
Syukur kita masih mampu melihat fajar pertama tahun 2020 dan masih diberi nafas untuk menikmati hidup di pagi Tahun Baru 2020 ini.
Syukur juga bila kita diberi kemampuan dan kesejahteraan untuk nikmati pagi pertama tahun 2020 ini sebaiknya.
Cuba kita luangkan masa untuk renungi 10 tahun lepas, di mana anda berada? Berapa usia anda ketika itu? Sepanjang 10 tahun lepas apa yang anda dah capai? Apa perkara betul yang anda dah lakukan dalam hidup anda?
Adakah sebarang peningkatan dari segi kehidupan, peningkatan dari segi bisnes dan kewangan yang anda capai? Kalau dah ada, soalan kami seterusnya adakah cukup setakat itu atau anda mahu lebih lagi? Kalau belum capai, bila anda nak capai semua cita-cita dan impian anda? Adakah anda perlu tunggu 10 tahun lagi? 10 tahun akan datang adakah anda masih ada kudrat untuk usahakannya atau anda dah sibuk dengan perkara lain?
Apa perkara yang anda sibukkan? Adakah perkara itu mampu bantu anda capai apa yang anda nak capai, tingkatkan tahap kewangan dan kejayaan bisnes atau satu ‘distraction?’
10 tahun akan datang, berapakah umur anda? Apakah tahap kewangan dan peningkatan serta kejayaan yang anda nak capai? Adakah anda rasa anda dah buat cukup terbaik untuk 10 dekad yang telah berakhir ni?
Jika anda bangun pagi ini dan tak tahu apa yang anda nak buat untuk 10 tahun akan datang, apa kata anda mulakan dengan tulis semua impian yang anda nak capai. Tuliskan dengan jelas bila anda nak capai, apa yang anda mahu, tuliskan selengkap yang boleh.
Ramai orang ada impian, masalahnya ialah mereka tak tulis impian mereka, apa lagi nak tengok dan bacanya setiap hari. Makin lama impian makin kelam dan semakin dilupakan. Belum cakap lagi tentang adakah mereka tahu macam mana cara untuk capai impian.
Sebenarnya ada dua golongan orang yang hidupnya tak berubah, tak kiralah dah masuk dekad baru atau tahun baru. Pertama, mereka yang mahu berjaya tapi tak sanggup nak buat perubahan atau buat sesuatu yang berbeza. Mereka berada dalam keadaan selesa, tapi setiap hari mereka cemburu melihat kejayaan orang lain atau mereka selalu merungut dan komplen tentang keadaan hidup sekarang.
Dan kedua, orang yang nak berjaya, mereka mencuba untuk lakukan banyak benda tapi tiada guru, tanpa ilmu dan bimbingan yang betul. Ini menyebabkan mereka asyik gagal. Kalau berjaya pun lambat dan terpaksa menghadapi cabaran atau buat lebih banyak kesilapan.
Jika kita nak ubah hidup, penting untuk kita bangun dan lakukan sesuatu yang berbeza. Ramai orang cakap nak ubah hidup tapi setiap hari merungut dengan keadaan hidup yang ada, tapi apa yang mereka buat supaya mereka dapat ubah hidup mereka? Merungut dan komplen tak akan selesaikan masalah.
Soalan terakhir kami, hari ini selepas 10 tahun berlalu, berapa umur anda sekarang? Bila anda nak bertindak, adakah anda nak tunggu 10 tahun lagi?
Anda ada dua pilihan, samada anda nak teruskan dengan apa yang anda ada sekarang atau anda mahu capai minima 10 kali ganda lebih baik melalui bisnes yang berjaya.
Nak kami bimbing? Layari www.nakubahhidup2020.com untuk info lanjut.