
Pada 4 – 5 Mei 2019 yang lalu berlangsungnya Program 10X Grow Your Business di Menara PGRM yang melibatkan seramai 2,000 ribu lebih peserta yang datang untuk mengembangkan bisnes mereka dengan lebih cepat.

Setelah menjalankan sesi coaching bersama sekumpulan usahawan yang digelar Titanium Circle selama hampir 4 tahun, kami dapati ada ramai usahawan yang telah berniaga dan mencapai tahap jualan jutaan ringgit tetapi mereka “stuck” di tahap tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk berkembang ke tahap seterusnya.
Sama ada mereka perlukan strategi yang lebih bagus, sistem perniagaan yang lebih teratur atau dana yang lebih besar untuk expand bisnes mereka dan kami lihat sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, bisnes usahawan kita tidak akan mampu bersaing lebih jauh lagi ke peringkat lebih tinggi.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan, kerana ramai dia antara mereka yang masih tak jelas dan tak faham tentang bagaimana nak kembangkan bisnes dengan lebih cepat, mereka tak tahu matlamat, misi dan visi bisnes dengan jelas. Bukan itu sahaja, mereka juga tak ada pengurusan bisnes yang kuat, dan masih menjadi Rashid dan Rashidah.

Selain itu, ramai di antara mereka yang mungkin tak sedar pun tentang potensi bisnes, dan tak tahu macam mana nak scalable bisnes tersebut. Ada juga di antara mereka yang masih berfikiran tradisional yang mana nak kembangkan bisnes mesti lakukan semua kerja dan jaga semua cawangan sendiri.
Dalam program yang berlangsung 2 hari ini, peserta didedahkan 10 perkara penting bagaimana nak grow bisnes mereka. Selain itu, mereka turut diberi pengenalan tentang Leadership dan bagaimana untuk membina team. Program ini ternyata membantu peserta yang hadir untuk lebih membuka mata tentang perkembangan perniagaan yang mereka jalankan. Banyak sesi sharing dan ilmu yang Dr Azizan Osman curahkan pada program tersebut.