Ads

Nak Ubah Hidup bukan hanya sekadar cakap “Aku Nak Ubah Hidup”, kalau cakap jer tapi tindakan tak ada tak guna juga. Baru – baru ni kita baru sahaja selesai program Nak Ubah Hidup di Setia City Convention  Centre (SCCC) Setia Alam, Shah Alam pada 30 Ogos 2019 – 1 September 2019  seramai 12,024 orang peserta kali ni.

Sungguh menakjubkan  kerana inilah satu-satunya program yang terbesar di Malaysia dan tujuan utama mereka yang datang ni sempena nak ubah kehidupan mereka dari biasa-biasa ke luar biasa. Yang paling best, kita semua dapat laungkan laungan “MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA” beramai-ramai untuk sambut kemerdekaan kali ke-62 dan menyambut tahun baru islam Awal Muharram 1441 Hijrah dalam masa yang sama.

Bermacam – macam kami dengar feedback dari lebih 12,024 orang peserta dari mula live event NUH 2019 sampai ke hari ni, di sosial – sosial media seperti Instagram, Twitter dan juga Facebook. Ini antara feedback yang kami dapat dari Facebook peserta NUH 2019.

Muhammad M Ridzuan

“Kalau ada orang kata hadir NUH ni hidup takkan berubah memang KELAKAR. Alhamdulillah.. Walaupun penat tapi bila ingat balik, macam mana Dr. Azizan Osman dan team RichWorks nak always give the best supaya energy kami naik balik dan teruskan komited. Memang betul apa doc cakap, kita kena ubah apa yang ada dalam diri kita dulu baru ubah orang lain. Alhamdulillah NUH kali ni kami fully sponsor dari 45 orang team! Thanks doc dan team RichWorks, kami semua nak shoot lagi tinggi lepas NUH ni.”

Balkish AL-baity

 “SYUKUR, ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH DAO, TERIMA KASIH SEMUA CREW RICHWORKS YANG AWESOME ” Alhamduillah nikmat 3 hari masuk kelas #NUH2019 sedang pregnant anak pertama masih gagah untuk terus menuntut ELMU, terima kasih crew kerana sentiasa prihatin dengan team ibu mengandung. Korang memang terbaik!!!”

Aliza Yunus

“Assalamualaikum semua. Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Dr Azizan dan team RichWorks atas penganjuran program NUH 2019. Saya terbaca di Facebook tentang program ini ketika masih di luar negara, Oman, tempat bermastautin selama 14 tahun. Saya amat bersyukur juga kerana program kali ini, saya akan kembali ke tanah air tercinta. Saya sangat bersemangat untuk menghadiri program ini dan Allah permudahkan segalanya. Semoga ia menjadi titik perubahan kepada saya dalam menjalani hidup disini. Terima kasih kepada semua kenalan sepanjang program  tiga hari ini.”

Ella Mustaffa

“Malam 1 muharram saya habiskan 101 impian saya. Walaupun tiap kali IMKK, saya tulis 101 impian 50% tercapai dan Allah makbulkan doa saya. NUH2019 101 impian saya berubah lebih kepada bantu orang lain. Saya nak upgrade diri, kewangan saya untuk keluarga. Impian untuk diri saya masuk TITAN dah 3 tahun. Tapi malam tu, suami saya ajak tanya tentang Spire je dulu. Terus ‘sign-up’. Saya bermentorkan DAO hampir 3 tahun, syukur dengan izin Allah. Even Spire, Insya-Allah saya bakal jadi TITAN seterusnya. Salah satu impian saya nak bantu keluarga dan adik beradik saya kaya dan dalam masa yang sama mereka dapat bantu orang lain. Balik NUH sampai 2 pagi, abang saya tanya pada NUH, mula-mula dia skeptical dengan DAO, saya bagi dia result-result titan dan result saya join IMKK, MMM dan pernah naik hotseat 2017 (masa ni husband saya yang naik disebabkan saya berpantang). Dengan Izin Allah abang saya nak join team saya. Itulah impian yang saya tulis tak sampai beberapa jam dan Allah izinkan ianya berlaku. Terima Kasih DAO dan Team RichWorks!”

Noor Amylieya Faziera

“2 bulan saya dan suami buat keputusan naik SPIRE. Menyesal…Saya takut nak bayar RM 50,000 suami isteri, tapi sebenarnya saya bodoh tak takut hilang company saya. Terima kasih juga dengan Team RichWorks sentiasa bagi kata-kata semangat dekat saya untuk jangan lepaskan peluang ini. Sebenarnya kami pergi class MMM 2018 November hingga Jun 2019 kami hampir drop disebabkan tak guna teknik Dr Azizan bagi. Bulan Jun lepas raya kami gunakan teknik Doc bagi. Alhamdulillah dalam masa sebulan sale saya dari RM30,000 melonjak naik RM420,000 hari ini.”


Nur Liyana Farahin

“Benda yang paling membunuh adalah comfort zone dan hilangnya pushing factor sebab dah capai semua target sebelum ni. Silap 4 tahun lepas adalah bila dah start selesa dan tak upgrade ilmu. Padahal ke MMM sudah 4 tahun. So, tanpa fikir panjang, terus submit untuk diketuk dan dibakar selama setahun ini. So let’s roar together, tak sabar nak bagi impact dan manfaat pada team insya-Allah. Jumpa di MMM pula. #NUH2019”


Suharyati Zainal

“Allahu. Tak tahu nak cerita saat ini Ya Allah. Rasa macam tak percaya. Ini adalah wish list 101 impian yang Doc minta kita tulis. Syukur Ya Allah, Allah gerakkan hati aku untuk buat tindakan yang betul. 1 September 2019, tahun Baru Maal Hijrah. Betul-betul doa dimakbulkan.”

Ains Hanafi

“Assalmualaikum… First off all nak ucap jutaan terima kasih kepada team RichWorks atas program yang sangat hebat NUH ni. Pertama kali dalam hidup, suami sudi jugak datang kali ni walaupun dah berkali-kali diajak. Sejak balik dari kelas, satu kelainan yang saya boleh nampak pada diri suami, kalau sebelum ini dialah orang yang paling banyak bagi pandangan negatif dan memang tak pernah pakai apa orang kata tapi kali ni rasa macam dia pulak yang banyak idea dan tak habis-habis duk puji Doc. Walaupun bini dia ni dah berada dalam circle Spire tapi tu laa. Selagi mana tak tengok dan dengar sendiri, selagi tu la minda tak terbuka, haha… Sekarang rasakan…Siap tanya lagi berapa yuran Spire.

Hery Gym Raub

“Win pertama lepas Program Nak Ubah Hidup 10X IMKK Mr Uniserve Sazali Samad mengunjungi gym saya untuk training malam semalam. Thanks Doc, team RichWorks dan kawan-kawan. Tolong doakan saya dapat menarik lebih banyak lagi kejayaan demi kejayaan selepas ni.”

Asma Wahap

Dari Awal tahun lagi saya join program RichWorks seorang diri, saya dengar kata-kata Doc terus dapat aura, saya ingat dan rindu akan team saya. Saya nak mereka rasa macam mana saya rasa dapat mutiara kata dari Doc. Akhirnya dalam bila Doc buat pre-lunch NUH pada bulan Mei, saya terus grab 39 pax VIP untuk ke Program Nak Ubah Hidup. Segala apa yang saya hajati tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Amacam..? Best ke best program NUH ni..? Ini baru sebahagian sahaja feedback yang cuba kami kongsikan. Mereka yang hadir ke NUH ni memang betul– betul ada yang tak ada duit, sehelai sepinggang bawa baju dan beg, tidur dalam surau, ada yang berada di tepi jalan dan yang tumpang bermalam rumah sedara  di sekitar sini. Keadaan macam ni pun mereka datang, anda..?

Kami faham nasib dan kesusahan mereka ni dengan macam-macam cabaran dan halangan dalam hidup terutamanya mereka yang jalankan bisnes. Dengan program 3 hari ni pun sudah banyak beri impact kepada mereka. Bagus ke bagus?

Rugi kan mereka yang tak hadir ke NUH 2019 baru-baru ni, memang aura dan energy dia memang lain macam. Ilmu yang tanpa henti diberikan oleh Dr. Azizan Osman membuatkan mereka ni ada yang tak nak balik ke rumah pun ada. Hebat kan?

Bagi anda yang tak berpeluang atau tak berkesempatan untuk hadir ke NUH 2019, anda boleh masukkan nama anda di waiting list www.NakUbahHidup2020.com untuk sertai Program Nak Ubah Hidup tahun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>