
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baiklah di negeri sendiri…Tapi duduk di negeri sendiri sehingga jadi seperti katak di bawah tempurung, pun tak bagus juga. Bukan ke betul kata orang tua, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman?
RichWorks, sebuah syarikat anak tempatan yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman semenjak tahun 2008, dengan misi dan visi utama untuk melahirkan seramai usahawan jutawan. Semenjak 11 tahun lepas, kami nekad untuk memberikan yang terbaik untuk mencapai apa yang kami inginkan. Bagi kami, bila kami berjaya lahirkan ramai usahawan jutawan, InsyaAllah kami dapat membantu meningkatkan ekonomi individu, ekonomi ummah dan ekonomi negara.

Program yang kami adakan, yang kini dah dihadiri hampir 700,000 peserta semuanya adalah demi membantu mereka untuk mampu menjadi insan yang bermanfaat melalui perniagaan mereka yang berjaya dan sehingga mereka sendiri mampu untuk buat pilihan. Pilihan dari segi masa, bila dan bagaimana mereka mahu lalui hidup mereka sebaiknya.
Syarikat kecil yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini bersungguh-sungguh untuk membantu ramai usahawan menjadi usahawan yang sebenar, dengan perniagaan yang melonjak naik sepanjang tahun sehingga mampu melakukan tindakan di luar kotak. Dan mencapai jualan mencecah jutaan ringgit.
Baru-baru ini kami telah membawa hampir 30 orang usahawan dari 16 perniagaan SME untuk program Inner Circle Meeting Titanium Premier yang berlangsung di Kota New York bermula 17–19 September 2019. Sesi ICM ini memang sentiasa dianjurkan di beberapa lokasi berbeza seperti London, Tokyo, Hong Kong, juga di Malaysia. Tapi kali ini ianya diadakan di New York.

Objektif utamanya ialah untuk mengadakan sesi mentoring dan coaching secara rapat di antara usahawan dengan mentor mereka Dr Azizan Osman, di samping mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di New York untuk mereka belajar dan membuka mata serta fikiran untuk belajar dan melihat sesuatu terutamanya dari aspek bisnes dan dari perspektif yang berbeza.
Betul lah kan…kalau dah 10 tahun berniaga, tak pernah keluar dari lokasi yang sama…dah tentulah anda takkan dapat melihat dan mengalami pengalaman baru yang mungkin dapat anda aplikasikan ke dalam bisnes anda.
Yang lebih menarik, usahawan yang hadir ini, bukan semua berasal dari keluarga usahawan. Kebanyakan dari mereka sebelum ini adalah seorang pekerja biasa, tapi dengan tekad dan azam, ilmu, mentor dan komitmen membantu mereka untuk pecut dan buat tindakan dalam bisnes sehingga mencapai satu tahap yang mereka sendiri tak percaya!
Dan, ada antara mereka yang berasal dari keluarga yang sangat susah, yang bermula dari zero dan sehingga dapat menjejakkan kaki ke Kota New York pun, mereka masih tak percaya bahawa mereka dah sampai hingga ke tahap ini.

Nak jadi usahawan, mental kena ready! Kata orang, cabarannya memang besar. Tapi kalau kita lihat sejarah New York itu sendiri, mereka tak bermula dengan gah. Banyak cabaran yang pernah dilalui, ada peperangan, ada ancaman, ada perang saudara, ada revolusi, ada zaman kemelesetan, ada era kejatuhan, dan macam-macam lagi namun pada setiap era dan kejadian yang berlaku mereka terus bangkit sehingga akhirnya New York menjadi sebuah kota yang paling pesat membangun, paling ramai penduduk dan paling aktif di seluruh benua.
Sama seperti bisnes, jika kita pilih untuk berada dalam keadaan selamat jadilah kita seperti katak di bawah tempurung. Selamat! Tapi langsung tak tahu apa-apa dan akan ketinggalan dengan perubahan sekeliling. Untuk itu, kami telah membawa usahawan-usahawan yang berjaya ini yang terdiri daripada pemilik jenama terkenal seperti Das Abdul Global, E-hati International, Ayden Averroes, Loving Hijab, Momentum Internet, Eskayvie, Sabella, Hasnuri, Che Nor Food Solutions, Faith Fleur, Hayda Scarf, Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI), Rempah Mak Siti, King’s Char Kuey Teow, Husmat Furniture dan Unlimited Dreams Sdn Bhd ke New York untuk melihat perkembangan bisnes di negara orang dan bagaimana mereka boleh aplikasikannya di tempat mereka.

Anehkan! Bagi orang biasa-biasa mungkin mereka fikir, kenapa pemilik restoran Char Kuey Teow, pemilik bisnes sambal, pemilik pusat tuisyen, pemilik bisnes bantal, pemilik bisnes tudung dan pakaian, pemilik produk kecantikan perlu belajar sampai ke New York, tak cukup ke apa yang ada di tanah air sendiri? Sama ke market New York dengan Malaysia? Sama ke risiko berniaga di New York berbanding di Malaysia?
Isunya bukan tentang pasaran New York, bukan tentang risiko perniagaan di kota New York atau bukan berkaitan dengan nak buka cawangan di New York, tapi bagaimana apa yang berlaku dalam dunia perniagaan di New York secara keseluruhannya, yang boleh diaplikasikan dalam bisnes di tanah air…dan sudah tentu dengan environment berbeza, dan sementara Dr Azizan Osman yang juga sedang menuntut di Chicago akan memberikan satu pengalaman yang paling terbaik dengan impak yang lebih tinggi.
Nak buat bisnes, jangan setakat jadi jagoan di tempat sendiri. Luaskan kuasamu! Menjadi katak yang berbunyi kuat di bawah tempurung takkan menjadikan anda tampil lebih hebat di luar sana.