
Kalau sebut je ubat gigi? Jenama apa yang keluar di fikiran anda? Cuba fikir tentang minuman bergas, jenama apa yang keluar, yang anda fikirkan? Kami pernah buat ujian seperti ini di kalangan peserta program kami. Bila sebut je ubat gigi, majoriti akan sebut COLGATE!

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Brand Footprint
pada tahun 2017 ke atas 18,000 jenama yang ada di 43 negara seluruh dunia, kajian tersebut dah senaraikan 20 jenama yang paling terkenal di dunia. Baca ni untuk inspirasi anda semua.
Macam mana jenama-jenama ini mampu bertahan sehingga beratus tahun? Bagaimana jenama mereka tetap kekal dan ada dalam pasaran sehingga sekarang?
Tak lain tak bukan kerana kekuatan pemasaran yang mereka lakukan. Pernah ke anda tengok Coca Cola berhenti buat iklan, pernah ke anda tak nampak atau dengar iklan Colgate di mana-mana? Mereka tak pernah berhenti dari buat marketing.

Dan inilah yang diterapkan dalam Program Millionaire Marketing Mastery – bagaimana kekuatan marketing dapat bantu kuatkan jenama bisnes telah terbukti dengan ramainya bilangan peserta program MMM yang dah mampu cipta jenama walaupun mereka bermula dari kosong dan tak ada apa-apa.
Contohnya seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, WonderCheese, Int3tree, Roket Email, Kings Char Kuey Tiaw, Charms, Eskayvie, Sailajah, Jus Lega dan banyak lagi. Mereka ini antara usahawan tempatan yang meningkat naik selepas hadir ke Program MMM, Alhamdulillah.
Ramai orang, bila mereka gagal dalam bisnes mereka salahkan produk, salahkan kilang, dan salahkan semua benda tapi mereka tak tahu 80% bisnes gagal kerana pemiliknya gagal untuk buat marketing yang berkesan. Marketing yang berkesan bermaksud, untuk setiap kos marketing yang dikeluarkan akan membawa peningkatan dalam jumlah jualan yang berkali ganda.

Peniaga biasa-biasa kat luar sana suka menyalahkan keadaan ekonomi bila perniagaan mereka tak maju. Sedangkan mereka sebenarnya tak tahu walaupun keadaan ekonomi teruk orang masih lagi membeli masalahnya mereka tak beli dari kita tapi mereka beli dari orang lain!
Alhamdulillah – kami bangga dengan peningkatan peserta program MMM Disember lalu yang mereka kongsikan dengan kami.
Sebagai contoh: Puan Azimah dari Azra Empire ni yang dah datang program MMM pada Disember lalu. Beliau hanya stokis produk kecantikan. Sebelum ni, beliau adalah seorang pekerja kilang dan selepas kilang ditutup dia mula berniaga. Tapi bila berniaga tak ada ilmu, dia berniaga macam-macam. Tak tahu nak fokus kat mana. Dulu hanya buat RM1,000 sebulan – dah lah percaya dengan kata-kata negatif kawan-kawan tentang cari ilmu. Tapi sebab dia nak berjaya, dia buang ego dan datang cari ilmu – dan dari MMM Disember tu sehingga sekarang beliau dah mampu buat RM14,000 – stokist je!

Satu lagi kisah Tuan Zubir Wahab, pemilik Zubed Machinery dan Services, katanya selalu lingkup dalam bisnes. Buat bisnes pun macam tak serius. Masa tu bisnes hanya boleh buat maksimum RM5,000 sebulan tapi lepas datang ke MMM Disember – income terus meningkat ke RM18 ribu sebulan. Dulu dia selalu salahlan bisnes, tapi sekarang baru dia tahu, semuanya salah diri dia yang tak tahu macam mana nak berbisnes yang betul.
Yang last ni lagi mengejutkan kami.
CikPuan Ayuniza, – ni dah beberapa kali datang program kami. Dulu masa dia datang ke program kami dia dah buat peningkatan sehingga RM70,000 sebulan. Tapi bila dia upgrade lagi ilmu dia dalam bisnes dan hadir ke MMM Disember baru ni, income dah meningkat ke RM100,000 sebulan.

P/S : Peningkatan tu boleh berlaku dan tak akan ambil masa yang lama jika anda ada ilmu dan komited bertindak. Bayangkan, selama-lama ni mereka berniaga dan buat income geli-geli, macam gaji sebulan kerja je..tapi bila dah ada income terus melonjak dan tak perlu ambil masa bertahun-tahun pun. What if anda yang ada ilmu lonjakkan sales bisnes seperti yang mereka ada? Macam mana jadinya?
Jika anda rasa lonjakkan sales adalah penting untuk bisnes anda di tahun 2019, dan jika anda ada 10 minit untuk kami bercakap dengan anda – PM kami nombor telefon untuk kami hubungi anda segera.
#TeamRichWorks
#MMMMac2019
#100KUsahawanJutawan