Ads

Selamat melangkah ke tahun 2020, tahun yang penuh dengan peluang kejayaan!

Apakah persediaan anda dalam menghadapi cabaran perniagaan yang baru? Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari dan setiap masa ada perubahan yang lebih baik akan berlaku dalam dunia ini. Perkara yang membezakan tahap kejayaan seseorang adalah adakah anda mengikuti perubahan tersebut? Atau anda masih dalam mood ‘nanti lah’, ‘cukup lah tu’, atau ‘kejap lagi lah’?

PERHATIAN! Tinggalkan sikap ini dan jangan bawa ke tahun 2020!

Jangan buang masa lagi!

Laksanakan langkah ini sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk berjaya di tahun 2020:

1) Sentiasa ke hadapan dan tonjolkan diri anda

Bertindak sebelum orang lain bertindak. Sentiasa jadi orang pertama yang memulakan sesuatu perkara dalam circle anda. Jangan ikut orang dan fikirkan perkara yang terbaik untuk diri anda.

2) Fokus realisasikan impian anda

Jangan buang masa fokus perkara yang menjatuhkan diri anda. Fokus dan plan tindakan untuk mencapai impian anda. Impian boleh direalisasikan sekiranya anda ada usaha dan komited dengan tindakan anda.

3) Berfikir untuk jangka masa yang panjang

Buat sesuatu keputusan dan tindakan untuk jangka masa yang panjang. Bukan buat sesuatu tak bersungguh dan hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang singkat dan merugikan anda.

4) Wujud attitude ‘give & give’

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Manfaat yang boleh anda berikan adalah dari segi ilmu, tenaga, masa dan bantuan kewangan kepada yang memerlukan. Lebih banyak kebaikan yang kita berikan, lebih banyak kebaikan dan rezeki yang kita dapat. Insya-Allah.

5) Sentiasa jaga tahap energy anda

Dapatkan tidur yang cukup dan tak terlebih tidur sehingga membuatkan kita lemah dan tak bertenaga. Kemudian, makan untuk menambah tenaga harian dan bukan makan secara berlebihan dan menjejaskan kesihatan. Perkara yang paling penting sekali, kekalkan stamina badan dan kecerdasan minda dengan bersenam. Luangkan masa untuk dapatkan energy yang sebelum memulakan aktiviti harian.

6) Belajar dan upgrade ilmu secara berterusan

Banyakkan membaca untuk tambah ilmu dalam diri anda. Belajar ilmu yang berlainan dari bidang anda untuk mendapatkan idea dari sudut yang berbeza. Sekiranya anda tak boleh belajar berseorangan, dapatkan rakan yang boleh bantu anda. Anda juga boleh hadir ke seminar ilmu untuk bertukar pendapat dan dapatkan ilmu dari circle yang positif.

Secara tegasnya, tahun 2020 bukan masa untuk anda ber’angan-angan’ dan beri alasan. Sebaliknya cipta kejayaan dan tunjukkan results kejayaan anda! Salam kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>