Ads

Mesti ayat-ayat macam ni ada dalam fikiran 3 orang usahawan ni sebelum mereka jadi diri mereka sekarang kan..Bukan apa, mereka ni dah lama sangat merasa hidup susah – tak tahan dah! Takkanlah selamanya nak hidup susah dan biar je nasib gitu je dari dulu sampai bila-bila kot?

Apa agaknya yang mereka buat dan macam mana mereka boleh ubah nasib sendiri dan keluarga? Nak tahu? Jom baca kejap kisah mereka ni dulu..Tapi janji dengan kami, ambil iktibar dan jadikan inspirasi tau.

nak ubah hidup

Untuk kisah pertama ni dari pengasas bersama Faith Fleur, wanita ni menyifatkan hidup dia malang sebab ada je musibah yang menimpa..Ini kisah tentang Puan Siti Mariam atau lebih mesra dengan panggilan Kyam.

Baru berusia 24 tahun, Puan Mariam dah berhutang sampai beratus ribu ringgit! Kehidupan dia hari-hari tak senang, tak tenteram..Puan Mariam pun ada inisiatif sendiri, dia cuba bantu suaminya berniaga di Pasar Malam. Tapi apalah sangat kalau berniaga takat gitu je…

Sebabkan tertekan dengan situasi tu, Puan Mariam mula terumbang ambing sekejap jadi ejen produk orang lain..Lepas tu balik pada kerja lama sebagai seorang jururawat. Masalahnya hutang bertambah, bukannya berkurang..

Dengan gunakan duit simpanan yang ada, bisnes online sendiri Puan Mariam lah yang sedikit sebanyak bantu mereka..Bolehlah daripada takda apa, fikirnya. Tapi, lepas hadir ke program RichWorks..satu per satu dalam hidup Puan Mariam dan suami.

Walaupun ilmu dalam bisnes bertambah dan keadaan bertambah baik, kehidupan Puan Mariam masih lagi tak lari dari dugaan. Tapi mereka kuat je, mereka percaya mesti ada sesuatu yang hebat menanti mereka..

Alhamdulillah..berkat usaha Puan Mariam dan suami bertungkus lumus korbankan segala penat, bisnes mereka makin meningkat naik malah makin dikenali ramai. Hebat, kan?

Untuk kisah kedua ni pula tentang pengorbanan seorang anak..Tuan Azahar Azmi, CEO kepada syarikat Ayden Averroes Holiday. Sejak habis sekolah, Tuan Azahar terpaksa korbankan 3 tawaran ke universiti sebab nak bantu adiknya yang lain dengan bekerja..

Betul, Tuan Azahar bukanlah lahir dalam keluarga yang senang. hanya harapkan gaji ibu bekerja sebagai pembantu kantin sekolah sehari RM10 ringgit je..nak tambah income, ibunya jual ais krim Malaysia. Tuan Azahar pula buat kerja-kerja petani sejak di bangku sekolah. Kesian kan?

“Alah bisa tegal biasa”, mungkin itu agaknya yang Tuan Azahar rasa bila “dah biasa” dibesarkan dalam serba kurang mampu. Tapi, semuanya berubah bila dia cuba buat bisnes sendiri dan tak menjadi..Tuan Azahar tebus kesalahan tu dengan hadir ke program RichWorks.

Dari situ Tuan Azahar lebih jelas dengan niat dan matlamat nak berniaga..Sejak tu, kehidupan Tuan Azahar berubah sampailah membanggakan ibunya. Sampai sekarang Tuan Azahar berterima kasih pada RichWorks dan Dr Azizan Osman yang banyak bantu hingga kini.

Amacam? Tu baru kisah pertama dan kisah kedua, belum lagi yang ketiga. Kisah ketiga ni, lagi best tau! Boleh buat korang meleleh air mata..Tapi, sediakan tisu dulu, mana tahu betul betul meleleh air mata pula kan

Kisah ketiga ni tentang Puan Noor Farahdilah..Siapa sangka, wanita tinggi lampai ni adalah pengarah bagi syarikat keselamatan – Securido Guard Services? Ada ke orang wanita nak buat kerja keselamatan ni? Baca dulu kisah Puan Farahdilah ni..

Bagi Puan Farahdilah, kehidupannya adalah sangat silam dan hitam..Keluarga yang dibesarkan dalam keadaan senang pada mulanya bertukar menjadi papa kedana bila syarikat keluarga terpaksa gulung tikar..

Macam-macam konflik keluarga yang terpaksa Farahdilah sampaikan dia jadi memberontak sepanjang dia membesar..Lepas tu, ayahnya yang memenuhi segala keperluan dari pakai dan makan minum.

Ayahnya lah sumber kekuatan bagi Farahdilah dan adik-adik..Farahdilah ikut je jejak langkah ayahnya bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan. Sejak tu, dia mula terdetik nak buka bisnes kawalan keselamatannya sendiri..Dari situ wujudlah Securido Guard Services.

Walaupun terpaksa lupakan cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, Farahdilah tahu ini adalah impian dia bersama keluarga..Dengan bantuan dari mentornya, Dr Azizan Osman dan RichWorks, Farahdilah makin yakin dengan bisnesnya ni..

Tak sangka kan sebenarnya 3 usahawan ni ada hidup yang sangat perit dulu? Alhamdulillah, mereka dah berjaya ubah hidup mereka dan keluarga yang sebelum ni nampak macam takda harapan…

Sebenarnya ramai lagi orang kat luar sana mungkin masih lalui kehidupan macam mereka ni dulu..Cuma, tak tahu macam mana nak ubah. Semua orang boleh buat perubahan, cuma nak dan tak nak je…

Nak dibantu? PM je supaya team kami boleh bantu lebih lanjut atau layari www.NakUbahHidup.com. Peluang dah depan mata. Ilmu dah panggil mari, takkan nak terlepas lagi? Dapatkan tawaran pecah dewan ni sekarang!

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>