Ads

Bila anda ada perniagaan, sudah tentu anda mahukan keuntungan dan mempunyai peningkatan dari hasil perniagaan anda. Betul betul? Tetapi apakah cara terbaik yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bisnes supaya tidak berada pada tahap yang sama (stagnant) atau peningkatan yang sangat perlahan.

Ramai orang berfikir, cukuplah sekadar tahu berbisnes dan menjual sahaja. Ini kerana apabila perniagaan mereka sedang menghadapi masalah mereka seolah-olah tiada harapan lagi untuk meneruskannya malahan ada yang terus tutup perniagaan. Ini sangat menyedihkan.

Sebagai seorang peniaga anda wajib mengetahui 4 cara ini yang mampu anda berdaya saing dan membuatkan perniagaan anda terus kekal di pasaran.

1.Fahami misi bisnes anda

Sebelum anda mulakan bisnes, anda perlu tahu apakah misi sebenar anda berniaga. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa dahagakan pencapaian atau melakukan sesuatu yang lebih baik, disebabkan anda telah menetapkan satu misi yang perlu dicapai.

Selain dari itu anda perlu tahu apa keperluan anda untuk mulakan bisnes, siapa yang memerlukan servis atau produk anda, adakah bisnes aku ini mampu membantu orang di luar sana dan sebagainya. Sentiasa bertanya soalan pada diri, pekerja kita atau rakan kongsi demi kepentingan jangka panjang bisnes anda.

2.Mempunyai strategi pemasaran

Sebelum anda memulakan pemasaran anda perlu mempunyai strategi dan juga jadual bagi setiap pemasaran yang ingin digunakan. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam situasi yang bersedia. Seperti pemasaran di musim–musim perayaan, kebiasaannya bermula lebih awal 3 bulan untuk memastikan pemasaran berjalan dengan lancar sekaligus meningkatkan jualan bisnes anda.

Walau bagaimananpun pelbagai strategi boleh gunakan seperti menggunakan Zero Kos Marketing tanpa mengeluarkan duit terlebih dahulu. Seperti email marketing, FB Live setiap hari yang mampu menaikkan rating page anda pada pengguna FB dan sebagainya.

3.Target menjual kepada pelanggan yang tepat

Sebelum anda mula menjual, anda mestilah membuat kajian terhadap siapa yang anda ingin pasarkan. Contohnya anda mempunyai kedai kucing yang menjual segala keperluan kucing, jadi anda perlu sasarkan kepada semua pemilik kucing yang berdekatan dengan kedai kucing anda.

Ini berlaku atas kajian yang telah anda lakukan dengan mengambil kira berapa rumah yang membela kucing di sekitar kawasan kedai anda. Selain itu, anda boleh memberi risalah atau mengantungkan bunting di sepanjang jalan untuk mereka datang ke kedai. Walaubagaimana pun ini dapat membantu anda tersalah sasarkan kepada pelanggan yang tidak tepat, yang menyebabkan kerugian pada bisnes anda.

4.Berikan layanan terbaik kepada pelanggan anda

Pelanggan lebih sukakan layanan yang kita berikan seperti kawan kepada mereka. Terutama sekali kita sentiasa berikan senyuman ketika berhadapan dengan mereka. Ini adalah salah satu cara membuatkan pelanggan lebih selesa untuk berkomunikasi dengan kita.

Selain daripada itu, pelanggan gemar jika kita dapat membantu mereka membuat keputusan ketika membeli. Di mana kadang kala sangat membantu mereka dan dengan wujudnya layanan yang terbaik ini membuatkan jenama anda akan lebih diingati. Malah, mereka juga akan cadangkan kepada rakan-rakan mereka yang lain tentang bisnes anda itu. Ia juga adalah antara teknik marketing mulut ke mulut yang secara tak langsung mempromosikan bisnes anda itu. Dan secara tidak langsung, ia  membantu perniagaan anda untuk kekal lebih lama di pasaran.

One comment

  • Mej (B) Norizan Abu
    Mej (B) Norizan Abu
    Reply

    Saya berminat nak jadi macam Sabrina hebat. Boleh buat rumah utk ibu n bawa haji ibu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>