Ads

Kebanyakan orang akan menganggap masalah sebagai beban kepada diri mereka. Namun, berapa ramai antara anda yang meletakkan masalah yang dihadapi sebagai cabaran yang harus dilalui? Tahukah anda, antara syarat untuk menjadi seorang usahawan, anda mestilah pemilik syarikat dan anda adalah orang yang mampu untuk membuat apa sahaja keputusan dalam syarikat serta penyelesai masalah dalam syarikat anda.

Sedar atau tidak ramai antara anda yang suka lari daripada masalah dan disebabkan hal ini juga menjadi punca kepada  kegagalan usahawan di luar sana  untuk membina bisnes mereka.  Adakalanya, apabila sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak berjaya, anda akan mula tidak serius dan hanya melepaskan batuk di tangga.

Anda mudah untuk berputus asa dan membiarkan sahaja perkara tersebut tanpa memikirkan bagaimana untuk melakukan yang lebih baik. Adakah anda rasa ini adalah jalan yang terbaik untuk lari daripada masalah? Adakah ianya boleh diselesaikan dengan sekelip mata?

Sebenarnya, ramai juga yang mempersoalkan jika lari daripada masalah adakah ia boleh diselesaikan? Sudah lali dengan ayat-ayat drama ini, tapi mengapa masih lagi berlaku, lebih-lebih lagi anda sebagai usahawan haruskah anda membiarkan sahaja ia berlaku dalam bisnes anda? Lebih teruk lagi seandainya masalah itu berpunca daripada perkara yang kecil dan anda mula menyalahkan staff anda.

4 cara ini mungkin akan dapat membantu anda untuk mencari jalan menyelesaikan masalah:


1) Mengawal emosi

Kebiasaannya orang yang menghadapi masalah emosinya akan berada dalam keadaan yang kurang terkawal. Mungkin juga marah, tertekan dan bercelaru apabila menghadapi masalah. Langkah yang terbaik adalah anda perlu tarik nafas, bertenang dalam 10-15 minit supaya anda dapat mengawal diri. Dengan ini barulah anda akan rasa tenang untuk selesaikan isu yang berlaku.

2) Mengenalpasti masalah

Apabila anda berada dalam keadaan tenang ia akan memudahkan anda untuk berfikir dan mencari punca mengapakah masalah ini berlaku. Kadangkala anda mungkin tidak sedar punca masalah ini adalah daripada tindakan anda sendiri.

3) Membuat perbincangan dan menyelesaikan masalah

Tak semua masalah boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.  Anda perlu membuat perbincangan dengan individu yang terlibat dengan masalah tersebut. Jika ia melibatkan staf, anda perlu memanggil staf tersebut untuk berbincang dengan cara yang baik supaya keputusan yang anda akan lakukan adalah yang terbaik. Jika ia melibatkan pelanggan, anda juga perlu membawa mereka ke kawasan yang lebih tenang supaya perbincangan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

4) Perlaksanaan

Akhir sekali, selepas perbincangan telah dilakukan, keputusan yang terbaik adalah daripada persetujuan kedua-dua pihak. Pentingnya untuk selesaikan masalah ini adalah sebagai pengajaran supaya ia tidak akan berulang kembali dan pengalaman ini akan menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Kesimpulannya, jika anda memiliki kepimpinan yang hebat dalam organisasi, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lancar, ianya dapat menjadikan bisnes anda berkembang dan tumbuh dengan lebih baik. Jika anda masih lagi berada pada tahap syarikat menjadi kucar-kacir  hanya kerana tidak dapat menyelesaikan masalah antara staf, ini menunjukkan tahap kepimpinan anda masih lagi kurang dan lemah.

Inilah sebabnya ramai yang mengatakan bahawa kegagalan terbesar bagi seorang leader adalah bagaimana mereka mengawal staf dan menyelesaikan masalah dalaman syarikat mereka. Jadilah pemimpin yang menunjukkan kematangan, bertindak dengan berani dan bertanggungjawab. Anda juga perlu terapkan ciri-ciri ini kepada staf anda. Percayalah setiap pengalaman mengajar kita perkara yang baru. Belajar dari pengalaman dan moga bisnes yang dibina akan jadi lebih berjaya selepas ini!

Hafiz Jasmi
Vice President Mentorship Program (SPIRE)

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>