Ads

“Kenapa lah staf aku ni takde yang kerja lama. Paling lama pun bertahan 3 bulan, 6 bulan. Lepastu blah..Dah ajar elok-elok, trained kerja itu ini tapi masih jugak staf lari. Alahai…mental koyak betullah!”

Percaya atau tidak, ini adalah antara keluhan bos-bos yang mana stafnya selalu lari dan kerja tak lama. Betul-betul? Mesti stress…Mana nak ingat hal syarikat lagi, mana nak serabut dengan famili lagi, ni lagi tambah ‘sakit’ bila staf pulak buat perangai. Aduh…

Sebagai bos, kita perlu tahu jugak kenapa staf banyak yang lari. Adalah ianya berpunca dari anda ataupun hal-hal yang lain? Kami senaraikan beberapa kemungkinan yang mungkin anda boleh celik mata sedikit tahu isi hati staf anda yang tak bertahan lama dalam perniagaan anda. Mungkinkah anda termasuk dalam salah satu kategori seperti di bawah?

➳ Bos ni cepat complaint dan suka cari kesalahan

➳ Tiada atau kurang komunikasi dengan staff
➳ Gaji tak mencukupi
➳ Bos tak hargai staff
➳ Bos tak tepati janji (kata nak naikkan gaji staff…tapi habuk pun tarak)
➳ Bos bagi kerja banyak sangat (Overworked #muntahhijau)
➳ Tak ada peluang untuk berkembang
➳ Bos tak reti manage

➳ Bos tak bagi arahan dan gambaran yang jelas (Little direction)

➳ Bos tak reward staf

Kalau nak disenaraikan memang tak akan habis. Maunya terlebih muka surat nanti. Terlalu banyak sangat perkara yang buat mereka ni tak tahan lama. Sebagai usahawan, anda perlu ambil berat kepada staf anda. Terutamanya kepada staf, ejen, stokis dan juga dropship bisnes anda itu. Mungkin mereka ini tak berada di depan mata, tapi anda sebagai bos, anda perlu tahu apa tanggungjawab yang perlu anda lakukan kepada mereka supaya mereka lebih cintakan anda.

Adakah terdapat kekurangan di pejabat atau di syarikat anda yang buatkan mereka tarik diri? Makan hati mungkin? Mungkin anda tak berikan kepastian kepada mereka tentang hala tuju syarikat anda. Menurut Dr Azizan Osman, tak ada orang yang akan bagi confident dan certainty kepada orang yang tak pasti dengan apa yang dia nak capai.

“Pasti pun belum tentu orang confident inikan pulak yang belum pasti? Sebab tu staf, ejen, stokis, dropship tak stick dengan anda. Orang datang dan pergi tak nak jadi dropship anda. Hari ini bukan senang nak cari stokis, dan dropship. Semua orang nak cari stokis. Semua orang nak bina ejen dan stokis. Semua orang nak fight for ejen.”

“Kalau kau setakat jadi founder buat cantik tunjuk muka cantik, dan kata jadilah ejen aku. Selamat Hari Raya lah jawabnya…sebab orang lain bukan setakat buat cantik, dia akan guide, bantu support ejen tu sampai successful by example. Sebab hari ini adalah sebab semua orang ada pilihan. Dia boleh pilih nak jadi ejen, stokis, dropship kat mana-mana syarikat dia suka sebab banyak pilihan. Results speak louder than anything else. Results matters in the end of the day,” jelas beliau dalam program Marketing Millionaire Mastery (MMM) yang berlangsung Disember lalu.

Sentap ke sentap? Nahh…kami bantu anda untuk tunjukkan 5 Cara Bagaimana Nak Handle Team Supaya Mereka Tak Hantar Surat Resign kepada anda:

1) Tunjukkan Keyakinan

Keyakinan. Apa yang membuatkan orang yakin dengan anda adalah ilmu! Ilmu buat orang yakin. Bila ada ilmu, anda pergi belajar, anda belajar marketing macam mana upgrade bisnes, macam mana nak upgrade direction bisnes. Bila semua ni anda lakukan, staf anda akan yakin dengan anda tak? Yakin… “Eh dia pergi belajar lah, dia upgrade lah, ada perubahan.” Orang akan certainty dengan anda. Staf anda dan juga pelanggan anda.

2) Upgrade Ilmu

Kita sentiasa upgrade diri, kita sentiasa improve diri dengan apa yang kita buat. Belajar. Ilmu beri kita keyakinan, results beri kita keyakinan. Ilmu, result dan apa yang mereka lihat beri keyakinan. Dia lihat perubahan…Anda buat marketing ada perubahan, ada results. Orang nak lihat orang nak tengok sebab manusia ni seeing is believing.

Jadi kalau anda ada produk bagus, testimonial bagus tapi anda tak guna, anda tak share dan tak showcase, tak tonjolkan. Asyik cakap produk kita bagus, hebat…bukti mana? Manusia nak bukti!

3) Ceritakan Direction Syarikat

Kalau sorang-sorang jer tahu hala tuju syarikat memang takkan membantu berkembangnya syarikat tu. Kenapa anda tak kongsikan kepada staf anda? Anda harus ingat, staf juga adalah ‘orang kuat’ dalam syarikat anda yang membantu anda untuk mencapai matlamat syarikat anda itu. Tanpa mereka, macam mana syarikat itu nak ‘berjalan’?

Contohnya, anda seorang kapten kapal, anda mahu mengemudi kapal semestinya memerlukan anak kapal untuk membantu anda mengemudi kapal tersebut. Jika harapkan anda seorang jer, memang tenggelam kapal tu nanti! Betul-betul?

Dengan perkongsian dan penceritaan hala tuju syarikat anda itu nanti pasti akan membuka mata staf anda. Ke mana hala tuju, apa benda yang nak capai. Tunjukkan jalan ke mana anda nak bawa syarikat anda itu… Adakah mereka faham dan mahu sama-sama seiring sejalan bersama anda?

4) Latih Team Dan Motivasikan Mereka

Latih team anda dan lakukan training kepada mereka. Ajar step by step apa yang kena buat. Ataupun mereka boleh bekerja dalam kumpulan. Sentiasa buat meeting jumpa dan ambik tahu tentang mereka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memotivasikan mereka. Staf yang diberi motivasi yang tinggi boleh menghasilkan kejayaan. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan kemudiannya mereka melakukannya dengan jayanya.

Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat hidup mereka di samping memenuhi objektif syarikat. Barulah mereka akan menganggap pekerjaan itu bukan beban sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Faham ke faham?

5) Sediakan Suasana Kerja Yang Santai

Elakkan memberi tekanan kepada staf untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka melaksanakan tugasan tersebut. Jika tugasan itu penting maka beri kelonggaran kepada staf tersebut untuk menangguhkan dulu tugasan yang sebelumnya. Selain itu, mungkin anda juga boleh melakukan aktiviti seperti Ice Breaking ataupun perhimpunan staf seperti di waktu sekolah dulu sebelum memulakan kerja.

Jadi tak adalah staf yang masuk pagi-pagi tu muka dah masam mencuka. Hilang mood satu hari tau. Semasa perhimpuan tu, anda mungkin boleh kongsikan cerita ataupun pelbagai lagi perkara yang boleh buat staf anda bersemangat untuk mulakan tugasan yang diberi pada hari tersebut. Bukan anda jer yang boleh bercakap kat depan tu, staf-staf juga boleh kongsikan cerita mereka. Tak gitu?

Sebagai kesimpulannya, anda sendiri sebagai ‘ketua rumah’ di dalam syarikat anda sendiri harus alert dan plan bagaimana untuk handle team anda supaya mereka suka untuk bekerja di bawah arahan anda. Ingatlah mereka juga manusia, jika dimaki hamun dan selalu marah-marah, staf mana nak tahan dengan sikap macam tu kan?

Dalami dan selami hati mereka agar mereka akan lebih bersemanagt untuk membantu anda dan syarikat untuk lebih berjaya dan cemerlang di masa hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>