Ads

Nak tanya sikitlah…Sekarang ni dah masuk November, sekejap je lagi kita akan jejakkan kaki ke bulan Disember. Sedar tak yang tahun 2019 akan berakhir? Kurang dari 100 hari je lagi tau. Tapi, masalahnya bisnes anda dah ready ke nak hadap tahun 2020 akan datang ni?

Ada orang dia kata dah bersemangat sangat nak melangkah ke tahun 2020. Yelah, mana taknya…Tahun 2020 ni betul-betul melangkah ke satu era yang berbeza daripada sebelum ni. Persoalannya, siapa je yang nak tahun 2020 dia sama je macam tahun 2010? Tak ada kan..

Anda rasa anda dah ready nak ‘melangkah’ ke tahun 2020? Fikir balik, inilah sebab anda kena check ada 5 sebab anda tak ready nak ke tahun 2020..

1- Bisnes masih di tahap yang sama

Orang lain masing-masing dah ‘move on’ dari satu level ke level yang lain dalam masa beberapa bulan je, jualan mereka pun meningkat. Tapi bila sampai diri sendiri je, bisnes sama je dari dulu sampai sekarang. Inilah petanda yang anda perlu cari ilmu dan mentor yang betul dan tepat.

2- Katanya ‘takut’ dengan pesaing

Anda rasa anda sorang je jual produk home made? Ramai lagi orang lain kat luar sana yang jual produk lebih kurang je..Tapi apa yang membezakan anda dengan orang lain? Kalau ‘takut’ dengan pesaing, kenapa masih selesa ada di level yang biasa-biasa?

3- Hanya fokus pada masalah semata-mata

Asyik-asyik masalah je, masalah ni cerita macam mana pun masih takkan ada sudahnya..Tapi masalahnya, sampai bila nak fokus pada masalah je? Apa kata fokus pada cara untuk selesaikan masalah ni?

4- Tak rasa perubahan tu penting

Siapa kata perubahan tu tak penting dan tak perlu? Mungkin perubahan tu satu perkara yang sukar pada mulanya tapi perubahan nilah bukti yang hidup anda ada peningkatan dan perbezaan. Contohnya, dulu tak berjaya tapi sekarang dah berjaya. Kan bagus dengar perubahan macam tu?

5- Tak sedar bisnes OK atau KO

Dah berapa lama buat bisnes? Sedar tak bisnes dalam keadaan OK atau KO? Jangan tak tahu, ada orang yang fikir bisnes mereka baik-baik je padahal dah hujung-hujung tanduk..Situasi ni bahaya, kalau tak dipulihkan sebelum berakhir tahun 2019 ni memang rugi alamatnya!

So, anda ada mengalami 5 sebab macam tadi tak? Apa rasanya kalau anda boleh buat persediaan ke tahun 2020 bermula sekarang? Make sure anda betul-betul ready untuk melangkah ke tahun 2020 yang akan lebih mencabar!

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>