
Mata kasar kita sering lihat jumlah followers di media sosial, Instagram dan Facebook terutamanya adalah definisi kejayaan sesebuah brand tanpa sedar betapa struggle nya ‘askar’ di dalam brand itu untuk buat duit dengan jumlah followers yang sedia ada. Kita beranggapan “wow banyaknya followers founder mesti kaya ni”. Pernah terlintas macam ni tak? Lagi-lagi founder kepada brand itu terkenal atau lebih dikenali sebagai sosial media influencer. Tapi, kalau anda seorang usahawan, anda mesti selalu tertanya-tanya kenapa followers anda di Facebook dan Instagram ramai, tapi sales anda tetap sendu. Ini antara sebab-sebabnya..
- Anda tak bina ‘kolam’ anda
Haa apa itu kolam? Kolam ini umpama anda menarik orang yang betul-betul fokus dengan produk anda ke satu medium yang lain. Dari situ, anda boleh menerangkan tentang brand ekuiti anda. Jangan terlalu hard-selling tau nanti pelanggan lari!
2. Anda terlalu menjual, kurang bagi value
Jika anda usahawan tudung dan hari-hari anda post tentang produk anda, anda perlu berhenti melakukan begitu. Hal ini kerana, manusia cepat bosan jika anda terlalu push untuk jual produk anda dan manusia lebih menghargai jika anda memberi mereka nilai yang menguntungkan diri mereka. Oleh itu, anda boleh post cara dobi tudung anda, cara menggayakan tudung anda dan sebagainya.
3. Anda pandang ringan komen peminat produk anda
Rata-rata kita lihat komen-komen yang tak dibalas di brand sosial media yang ramai followers. Cuba anda bayangkan yang sosial media platform anda tu adalah kedai fizikal anda dan bila orang datang kedai anda nak bertanya, anda tak layan, anda tak jawab ataupun reply. Cuba letakkan diri di tempat mereka, apa perasaan anda kalau anda tak dilayan? Mesti anda akan boikot kedai tu kan. Kalau nak lagi mesra dengan pelanggan, sebutlah nama mereka, jika walk-in susah nak tahu nama, ni dah terang lagi bersuluh nama mereka di sosial media tu. So, lepas ni sebut nama orang yang komen anda tu tau,hanya ucap terima kasih je dah memadai!
4. USP anda tak begitu kuat
Dalam era e-commerce ni, bukan anda sahaja yang menjual apa yang anda jual. Berjuta orang jual apa yang anda jual. Betul betul? Jadi zaman ini, anda perlu kenal pasti apa yang produk anda unik berbanding produk lain di luar sana. Highlight kan Unique Selling Proposition (USP) anda tu.
5. ‘Quality build quantity’
Anda dah jelas dengan perancangan bisnes anda untuk 10 tahun akan datang? Kalau anda betul-betul jelas anda akan berusaha untuk capai misi dan visi syarikat anda. Anda tak perlu risau lagi dengan kuantiti followers anda kerana anda yakin ‘quality build quantity’. Berbalik kepada point nombor satu tadi, dah bina kolam ke belum?
Kesimpulannya, tanpa pelanggan siapalah usahawan. Tanpa mereka bisnes anda tidak akan grow dan maju. Jadi, kita perlu menjaga mereka sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk kita mencari pelanggan baru, dengan menjaga pelanggan sedia ada sebaiknya mereka mungkin akan refer produk anda kepada kenalan atau keluarga mereka. Jangan lupa ‘worth of mouth’ marketing masih berbisa tau. Cuba anda praktikkan kelima-lima tips ini dan kemudian kongsikan dengan kami apa impaknya kepada bisnes anda! Boleh boleh?