
Anda bengang? Cemburu? Lihat kejayaan orang lain. Boleh pakai kereta mewah, rumah mewah, baju berjenama terkenal, bawa keluarga berjalan-jalan ke luar negara. ‘’Bestnya kalau aku berada di tempat dia sekarang.’’
Berapa ramai antara anda yang selalu ada perasaan ini? Cemburu dengan kejayaan orang lain. Tapi tak pernah cari jalan bagaimana seseorang itu boleh capai kejayaan yang diimpikan. Cakap kosong tak ada tindakan, tiadalah hasilnya. ‘’Kejayaan tidak membina sikap yang bagus tetapi sikap yang bagus akan membina kejayaan’’- Dr Azizan Osman
Jom fahami apakah 5 sikap orang yang berjaya.
1. Tidur yang mencukupi dan bangun awal
Ciri-ciri orang berjaya adalah orang yang sentiasa membuat persediaan awal. Sekiranya kita bangun awal pagi setiap hari kita sentiasa dalam keadaan sedia dalam setiap perkara. Kerja kita juga akan berjalan dengan lancar jika kita mulakan hari kita di awal pagi. Orang mahukan kejayaan tidak boleh malas untuk bangun awal pagi!
2. Bersenam dan jaga kesihatan
Kesihatan amatlah penting dalam hidup kita, kita mestilah amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Kesihatan yang baik boleh memberi impak kepada bisnes kita. Jika kita lemah dan tidak sihat maka kerja kita banyak tertangguh. Oleh itu, pentingnya jaga kesihatan untuk berjaya.
3. Senaraikan perkara yang kita ingin capai
Orang yang berjaya juga sentiasa ingatkan diri sendiri apa yang perlu kita buat setiap hari. Kita sebagai team leader juga perlu bertanya kepada team apa yang mereka hendak capai dan cara untuk capai target tersebut. Dengan cara ini, kita mampu membuat perancangan awal untuk capai target tersebut.
4. Senaraikan pencapaian yang kita dapat
Pencapaian kecil memberi impak yang besar kepada kita. Dengan pencapaian inilah kita mampu tingkatkan lagi usaha kita dan bukannya berada di tempat yang sama.
5. Pastikan breakfast setiap pagi
Mulakan pagi anda dengan breakfast, sekurang-kurangnya minum air kosong segelas setiap pagi. Pastikan perut kita tidak kosong di awal pagi untuk pastikan badan kita sentiasa sihat dan bersemangat setiap hari.
Hafiz Jasmi
Vice President Mentorship Program (SPIRE)