
Siapa tahu pengorbanan seorang ayah membakar semangat seorang anak sulung yang dianggap harapan keluarga. Kisah Puan Puteri Farahain bermula dengan situasi beliau ternampak ayahnya berhutang dengan seorang pakcik Cina kerana tidak ada wang untuk makan dan barang keperluan.
Sebagai seorang anak, Puan Farahain tahu tanggungjawabnya untuk membela nasib ayahnya lebih-lebih lagi bila ayahnya merupakan pencen dan veteran tentera. Puan Farahain memulakan pengalaman berniaganya sebagai dropship bisnes online. Apa yang orang tak tahu, bisnes online ini lah yang menyara beliau sekeluarga.
Bagi Puan Farahain, ayahnyalah penyebab untuknya menyara keluarganya walaupun jangka hayat ayahnya tidaklah selama mana yang diharapkan. Puan Farahain nekad untuk kekal di sisi keluarga dan terus berniaga kerana ianya amanat ayah.
Dengan semangat dan sokongan yang beliau ada, Puan Farahain meneruskan bisnesnya, Jamu Puteri yang dikeluarkan pada 2016. Bermula dengan 30 botol pertama, Jamu Puteri bermula tanpa persediaan kerana tidak mempunyai ilmu yang betul dalam berniaga.
Selepas ketiadaan ayah lagi mematahkan semangat Puan Farahain. Fokusnya terganggu mengakibatkan berlakunya perselisihan faham antara beliau dan semua ejennya yang seramai 600 orang ketika itu. Cacian dan makian menjadi kata-kata terakhir mereka lemparkan kepada beliau. Jualan pula makin merudum teruk.
Puan Farahain mula nampak RichWorks pada tahun 2017. Ketika itu, Puan Farahain sedang sarat mengandungkan cahaya mata pertamanya. Dengan hadir ke program RichWorks, beliau belajar lebih dari sekadar bisnes. Baginya, ilmu berharga yang beliau dapat tenaga yang positif dan tahu hala tuju bisnes.
Kejayaan paling manis beliau ialah apabila jualannya mencecah RM20,000 sehari dengan hanya menggunakan ilmu yang tak perlu mengeluarkan kos dan bajet yang besar. Sehingga kini, jualannya semakin meningkat naik sehingga RM63,000 sebulan.

Seperti Puan Puteri Nurfarahain, kami pasti anda pun ada kisah yang tersendiri dalam mencapai impian dan hidup senang seperti orang lain. Tapi, itu semua bergantung pada diri anda sendiri sama ada betul-betul komited NAK UBAH HIDUP atau tidak.
Kalau anda komited untuk ubah hidup… Pastikan anda join program Nak Ubah Hidup pada 30 Ogos- 1 September ini di SCCC, Shah Alam. Jadi antara 15,000 yang menyertai dengan layari www.NakUbahHidup.com sekarang.