
Tahniah kepada semua #AnakDidikDrAzizan yang bertungkus lumus di MAHA 2018. Kami sangat bangga dengan anda yang tekun buat tindakan. Awak semua hebat sangat!
Ada dari anda yang dulu pernah gagal dalam hidup, pernah tersungkur dengan masalah hutang, masalah gagal dalam bisnes, masalah buat bisnes berkali-kali tapi tak jadi, dan kini dengan mentor, ilmu, strategi dan tindakan – anda dah boleh melangkah jauh dan buat tindakan lebih besar.
Antara mereka ialah jenama Baja Milagro milik Hj Mat Jantan, Faith Fleur milik Tuan Abdul Halim dan isterinya Puan Siti Mariam, Jerux Liur Leleh dari Tuan Megat Saifulriza, Qalish dari Puan Aisyah Kamsani, In3Tree dari Tuan Sudirman, Jus Lega dari Puan Siti Hawa, dan ramai lagi yang buka booth yang tak tersebut namanya di sini.
Ada #AnakDidikDrAzizan yang sanggup datang dari Sabah dan Sarawak untuk sertai MAHA 2018. Kan betul…? Bila ada ilmu dari Mentor Usahawan yang dah terbukti berjaya, anda lebih yakin nak buat tindakan yang lebih besar.
Sejujurnya – sepanjang MAHA berlangsung, kami dapat lihat dan nilai – yang mana satu usahawan yang berniaga tanpa ilmu, yang mana satu berniaga dengan ilmu. Yang mana satu yang berkongsi kebaikan/manfaat dan mahu selesaikan masalah pengguna, yang mana satu nak menjual je….
Kami nak senaraikan 7 Perkara Betul Yang Usahawan #AnakDidikDrAzizan Buat Di MAHA 2018, yang mungkin anda boleh belajar sesuatu darinya:
1) Kumpul Database – Ingat lagi ke, Database Is King! Ini ilmu dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang pernah anda pelajari. Di MAHA 2018, terlalu ramai pengunjung sehinggakan nak berjalan pun dah tak boleh…! Apa kata masa inilah anda ambil peluang untuk kumpulkan sebanyaknya database supaya selepas tamat MAHA 2018 anda masih boleh berhubung dengan pengunjung MAHA bukan setakat beli sekali dan pergi macam tu je…
2) Bantu selesaikan masalah – Ramai orang yang datang ke MAHA ini ada banyak masalah. Dari masalah sekecil ketuat di kaki, masalah rambut gugur, masalah perut lapar sehinggalah masalah kewangan yang besar…InsyaAllah semua ada! Teruskan kenalpasti bantu mereka selesaikan masalah dengan highlightkan bagaimana produk anda boleh bantu mereka. Highlightkan apa AKIBAT bila masalah mereka tak diselesaikan SEGERA! Kan semua ni dah anda belajar di MMM.
3) Testimoni / feedback – Anda boleh menjadi semakin maju dengan feedback dari pelanggan. Apa yang mereka rasa tak berkesan atau tak betul, anda cuba kaji dan betulkan. Testimoni yang baik,anda guna untuk tujuan bina keyakinan pelanggan baru di masa depan.
4) Magic Numbers – Ingat lagi ilmu ni!
Jangan lari fokus! Remind team anda untuk setiasa fokus kepada target yang anda nak capai.
5) Fokus! – Akan ada orang yang approach anda untuk JV, untuk luaskan pasaran di luar negara, untuk buat itu buat ini, untuk perkenalkan anda dengan ‘kawan’ mereka….Fokus kepada matlamat anda. Ingat pesan Dr Azizan Osman ni – “kalau kawasan anda sekarang pun tak cukup anda kuasai, tak cukup kenal anda siapa, anda belum buat cukup baik lagi.” Kenali pasaran anda sebaiknya. Mahirkan diri anda untuk atasi masalah yang ada di hadapan mata dari anda nak tengok gajah yang besar di seberang laut sana – faham ke faham!
6) Result – showcase result anda, apa kejayaan yang anda pernah capai. Siapa yang anda pernah bantu, apa masalah paling teruk yang produk anda pernah selesaikan. Kadang-kadang ini yang bantu orang ramai untuk buat keputusan nak beli dari anda atau dari orang lain.
7) Ingat adab berniaga – Nak buat orang nampak, perlu ada caranya. Perlu ke terpekik terlolong nak minta pelanggan datang ke booth anda? Mungkin ada cara yang lebih baik. Jaga ‘BRAND ‘ anda. Jangan sebab terlalu nak mengejar sales sampai anda jatuhkan jenama sendiri dengan aksi-aksi yang tak sepatutnya.
Perkara paling susah ialah nak dapatkan kepercayaan – jangan cemarkan kepercayaan orang terhadap jenama anda.
Kami bangga dengan anda #AnakDidikDrAzizan dan peserta Program RichWorks – terutama yang pernah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang ambil peluang untuk tawan MAHA 2018 kali ni.
P/s: Ada beza usahawan yang ada ilmu dan usahawan yang tak ada. Bila booth sebelah kena serbu dan booth awak tak..jangan le muncung sangat! Mungkin sebab mereka ada ilmu dan awak tak…
Nak ilmu, mulakan dengan sertai FB Group Nak Ubah Hidup. Ada banyak ilmu dan video percuma yang kami beri. Nak tahu lebih lanjut, boleh PM Team kami.
#TeamRichWorks
#Maha2018
#AnakDidikDrAzizandiMaha2018