
“Setiap hari berjumpa kawan-kawan mereka tanya – Kau buat apa? Kenapa tak sekolah? Nanti besar kau nak jadi apa? Masa tu saya memang rasa tertekan…malu…” Kata Puan Namasra Ma’raning, pemilik Masrom Boutique yang menjual pakaian muslimah.
Bukan pilihan dia atau sesiapa pun tapi sebabkan kekangan kewangan dia terpaksa terima perjalanan hidup dia yang macam tu.
“Saya terpaksa berhenti sekolah sebab mak mintak untuk bagi peluang kat abang-abang sekolah sebab tak mampu nak bayar…”
Puan Namasra tak duduk saja. Faham dengan keadaan kewangan keluarga masa tu, dia pilih jalan untuk bekerja sebagai pembantu butik pada usia 14 tahun. Gaji? Tak banyak pun masa tu sebab dia masih bawah umur. Mula-mula RM250 je sebulan dan lama-lama dengan prestasi kerja yang baik gaji dia naik kepada RM450 sebulan.
Tapi dia syukur, sekurang-kurangnya masih ada orang yang nak ambil dia bekerja. Teringat balik kata-kata kawannya dulu – Nanti besar kau nak jadi apa?
Dari situ dia mula fikir sampai bila nak kerja dengan gaji RM450. Dia kena buat sesuatu dan satu-satu jalan yang dia adalah berbisnes. Sejak tu, Puan Namasra mula bercita-cita untuk jadi macam bos dia dan mula kumpul duit gaji hingga cukup RM20 ribu untuk buka bisnes sendiri.
Ingat berniaga ni mudah tapi dia silap. Bila berniaga dengan tak ada ilmu dia tak ada duit nak rolling modal. Seolah-olah semalam berniaga, hari ini tulis cek (duit keluar) untuk barang esok. Macam tu lah rutin bisnes dia. Sampai satu masa bisnes dia nak dah tutup.
Siapa boleh tahan kan? Anda ada tak alami keadaan bisnes macam Puan Namasra ni? Hari ni berniaga, esok dah dah habis. Penat pun tak hilang lagi duit dah habis. Bengang kan…
Tekanan tu buatkan Puan Namasra kenal Dr Azizan Osman. Mula tak percaya tapi bila tengok video di Facebook baru dia percaya dan mula join program RichWorks. Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) ubah 360 darjah kehidupan dia.
Dan, selepas join Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) sales dia terus meletup! Dari RM800 ribu naik kepada hampir RM2.9 juta pada tahun lepas.

Nampak tak betapa pentingnya ilmu? Daripada “nobody”, Puan Namasra dah jadi “somebody”. Anda yang baca ni dah berniaga lebih dari 3 tahun tapi belum rasa RM1 juta pertama?
Klik sekarang www.richworks.com/wasap untuk kami bantu anda!
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#NUH2020
#BangkitBerniagaBangsaku