
Semua orang nak capai kejayaan dan realisasikan impian mereka. Tapi, tak semua orang sanggup untuk ubah mindset mereka. Macam mana nak berjaya?
Sebenarnya penghalang semangat anda bukan ‘manusia beracun’ sahaja tapi mindset anda sendiri. Selagi ada ‘suara-suara kecil’ yang berbisik di telinga anda, anda masih berada di dalam zon bahaya!
“Boleh buat ke?” “Macam mana kalau?” “Nak buat, tapi…”. Inilah suara-suara bisikan yang sentiasa menghantui minda anda dan menghalang anda untuk buat tindakan.
Ada 8 mentaliti yang anda perlu tinggalkan apabila melangkah ke tahun 2020:
1. Stop sibuk nak puaskan hati orang lain
Tanya semula diri anda. Adakah anda buat bisnes sebab nak menunjuk dan puaskan hati orang lain? Kalau anda hanya cuba nak puaskan hati orang lain bermakna anda tak sayang diri anda sendiri. Anda tak ada pendirian diri dan hanya ikut cakap orang lain sahaja. Sikap ini juga akan membawa padah terhadap diri sendiri.
2. Jangan takut nak berubah
Takut nak berubah adalah salah satu ketakutan yang membunuh banyak impian manusia. Hal ini kerana, takut nak berubah menyebabkan kita hanya akan berada pada tahap yang sama. Ramai orang tak nak hadapi situasi kegagalan sebab kegagalan selalunya memalukan dan menyakitkan. Tapi mereka tak sedar bahawa gagal itu adalah faktor yang mesti dihadapi untuk orang yang nak berjaya. Dari kegagalan ini juga lah yang menjadi ‘turning point’ untuk orang ambil tindakan untuk berjaya.
Orang yang takut nak berubah kebiasaannya kerana mereka tiada ilmu. Kemudian, mereka mementingkan pandangan orang lain tentang diri mereka. Mereka dah rasa selesa dan takut untuk mencuba benda baru.
3. Jangan takut berbeza dengan orang lain
Manusia yang takutkan perbezaan adalah manusia yang tak yakin dengan diri sendiri. Cabar diri untuk lakukan tindakan luar dan keluar dari ‘zon keselesaan’ anda sekiranya anda pilih untuk jadi luar biasa!
4. Jangan takut kritikan dan stop overthinking
Cara penerimaan terhadap kritikan yang menentukan keadaan anda sekarang.
Kalau anda rasa kritikan itu sebagai penamat hidup, anda tidak akan menjadi seorang yang berjaya. Orang yang takut dikritik mempunyai sistem ketahanan diri yang lemah. Orang yang takut dikritik akan bersikap mahu mengelak dan melarikan diri. Mereka juga takut untuk mencuba perkara baru.
5. Stop rasa diri dah bagus dan tak nak MOVE FORWARD
Buang ego dalam diri kalau nak berjaya! Bila anda rasa anda dah bagus sebenarnya anda adalah orang yang paling ketinggalan sebab anda tak nak belajar ilmu baru.
6. Terlalu berkorban untuk kebahagiaan orang lain
Orang yang sanggup berkorban untuk orang lain setiap masa adalah orang yang takut kehilangan. Bila terlalu takut kehilangan akan membuatkan kita berani ambil tindakan untuk buat benda yang kita suka dan sayang supaya sentiasa ada dengan kita. Selain itu, perasaan terlalu takut kehilangan apa yang kita ada sekarang akan membuatkan kita takut untuk ambil tindakan untuk pergi ke tahap seterusnya. Perasaan takut kehilangan juga akan menghalang kita untuk capai impian kita.
Contohnya: Takut kehilangan kawan-kawan atau saudara-mara dan mendapat tentangan pendapat daripada mereka. Ada yang sanggup lupakan hasrat dan impian yang mereka ingin capai. Dalam menuju kejayaan, pasti akan ada kehilangan tapi InsyaAllah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
7. Jangan terlalu rendah diri
Terima kekurangan diri anda dan cari kelebihan lain yang anda miliki. Sentiasa berfikiran positif terhadap diri sendiri. Yakinlah bahawa anda lebih baik dari apa yang anda fikirkan. Tingkatkan kepercayaan diri dengan bergaul dalam lingkungan orang-orang yang dapat menimbulkan sikap positif pada diri anda. Kata Dr Azizan Osman, segala kekayaan dan kejayaan bermula dari MINDA anda!
8. Stop rasa tak ada hala tuju hidup
Ada banyak peluang dalam hidup, anda yang pilih dan tentukan hala tuju hidup anda. Sekiranya anda gagal dan mengalah, fikirkan semula tanggungjawab dan ‘turning point’ untuk anda mulakan hidup baru!