
Setiap hari kita bangun pagi, berat rasa nak bangkit tinggalkan katil. Otak terus terfikir, banyak benda yang nak kena settlekan hari ni. Nak tak nak, kita seret kaki. Pergi uruskan diri seadanya, start enjin dan redah trafik jam pagi-pagi.
Dan bila tengahari, kita pergi makan. Sembang dengan kawan-kawan, nak bayar makan pun berkira. Ambik lauk ikut agak-agak yang paling murah. Time dah masuk 3 minggu lepas gaji, mula lah tak makan. Biskut kering pun dah cukup lah…Duit yang ada hanya cukup-cukup je nak teruskan hidup sampai akhir bulan. Pening kepala nak fikirkan perbelanjaan ahli keluarga lagi….
Paling teruk bila terpaksa berhutang untuk teruskan hidup setiap bulan. Pinjam sana sini. Bila petang, kita redah trafic jam, dan roda hidup kita pun berputar sekali lagi. Setiap hari kita hadapi cabaran yang sama, masalah yang sama, tekanan hidup yang sama. Setiap hari kita ulang-ulang benda yang sama. Soalan kami nak tanya – sampai bila?
Bila fikirkan semua, ramai orang yang pernah hadapi situasi ni…dan ramai orang yang dah pernah berjaya keluar dari keadaan hidup yang sesak dan tertekan macam ni.
Dr Azizan Osman pun pernah lalui zaman sukar dalam hidup. Bisnes yang dia buat dulu banyak yang tak jadi, dia terjebak dalam masalah hutang sehingga terpaksa gadaikan rumah emak sendiri.
Kemudian, dia jumpa mentor yang beri nasihat untuk dia belajar bagaimana nak ada bisnes yang berjaya dan Dr Azizan Osman pun mula bekerja buat door to door sales sehingga satu masa dia dah berjaya..
Tapi masalah lain pula muncul.. bila asyik bekerja dan kejar sales hidup pun terabai, semua aspek utama dalam hidup pun huru hara.. dan masa tu lah, beliau mula terfikir untuk ubah diri dia..dan bila dah berjaya dia nak bantu lebih ramai orang untuk jadi insan yang lebih bermanfaat.
Semua orang sebenarnya boleh ubah hidup menjadi lebih baik. Masalahnya nak dengan tak nak je..Tapi sampai bila nak biarkan hidup dalam keadaan tertekan, teruk dengan pelbagai masalah..tertekan dengan masalah hutang, masalah kewangan, hati yang tak bahagia dan tenteram…? Takkan nak hidup macam tu selama-lamanya.
Kami di RichWorks nak membantu 15,000 peserta yang bakal hadir ke Program Nak Ubah Hidup yang baru dilancarkan secara rasminya hari Sabtu lepas di mana program ini bakal membantu anda 10 kali gandakan semua aspek dalam kehidupan termasuk kewangan, kebahagiaan, kekayaan, dan banyak lagi..jika anda komited untuk hadir selama 3 hari dari 30 Ogos ke 1 September di Setia City Convention Center (SCCC) Shah Alam dan komited buat tindakan berdasarkan ilmu yang anda perolehi..InsyaAllah, anda mampu ubah hidup anda.
Ramai orang NAK UBAH HIDUP, tapi mereka tak tahu macam mana nak design perjalanan hidup mereka untuk capai kejayaan..semuanya akan anda dapat jawapannya di Program Nak Ubah Hidup.,
Dah lebih 2000 orang mendaftar dalam tempoh tak sampai 48jam! Pastikan anda tak terlepas untuk hadir..kalau anda nak ubah hidup anda, dan taknak berada di tahap yang sama untuk tahun-tahun akan datang.
#TeamRichWorks
Marha marha marha