
Siaran langsung khas dari Dr Azizan Osman pada 15 Februari yang lalu dari Shah Alam Convention Centre (SACC) semasa program Millionaire Marketing Mastery Monthly Group Coaching 2 adalah bertujuan untuk berkongsi dengan usahawan di luar sana tentang Top Result Marketing RichWorks dalam membina usahawan jutawan dari Zero to Million.
Selama 12 tahun RichWorks dah melahirkan ramai usahawan jutawan melalui program mentoring dan coaching dari Top 50 Marketing and Advertising Leaders, Dr Azizan Osman. Selama 12 tahun ini juga ramai usahawan dah transform hidup mereka menjadi luar biasa.
Segalanya bermula apabila impian mereka mula besar. Jika dahulu mereka berbisnes hanya untuk mencari rezeki, tapi kini kebanyakan usahawan yang dilahirkan RichWorks niat berbisnes untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Acap kali Dr Azizan Osman tekankan, “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.” Hadis ini banyak meruntun hati para peserta kami. Mereka berusaha lebih kuat untuk bina bisnes berjaya untuk pastikan mereka dapat manfaatkan diri mereka untuk bantu lebih ramai orang lain mencari rezeki melalui bisnes yang terbina.
Merujuk kembali kepada RichWorks Megalive pada tanggal keramat 15 Februari 2020, usaha RichWorks Megalive: Showcase Result Marketing ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan usahawan di luar sana apakah rahsia di sebalik kejayaan mereka dan apakah top 3 strategi marketing yang mereka lakukan serta bagaimana mereka boleh bersaing dalam industri yang sama dan tetap tingkatkan jualan.
Yang menakjubkan usahawan berjaya yang dipertontonkan mampu capai hasil jualan yang memberangsangkan dalam tempoh 6 hingga 24 bulan sahaja. Dr Azizan Osman turut menekankan kenapa formula M.E.S.T.I perlu untuk bina bisnes berjaya.
Ramai yang ghairah melihat orang lain berniaga dan berjaya merubah hidup mereka. Akan tetapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak ada ilmu berniaga atau mereka tidak ada mentor yang terbukti berjaya kerana Result Matters. Lebih teruk, mereka lebih rela ‘melanggar dinding’, menghabiskan duit dan buang masa.
Rujuk kembali formula M.E.S.T.I.
Abjad M itu sendiri membawa makna Mentor yang pakar dalam bidangnya, yang ada results yang terbukti berkesan dan telah membantu ramai orang untuk berjaya
Manakala E pula adalah Elmu iaitu ilmu tentang emosi manusia dan juga mengenal emosi diri anda sendiri sebagai usahawan. Ramai usahawan tak tahu bahawa emosi usahawan amat penting untuk bina bisnes berjaya. Seterusnya S adalah sistem. Bisnes perlu ada sistem yang teratur dan sistematik.
Yang paling utama adalah T iaitu tindakan yang konsisten, buat sampai jadi.
Akhir sekali, I untuk impian. Sebesar mana impian anda untuk nak kan kejayaan dalam bisnes dan hidup anda.

Sementara itu, Dr Azizan Osman juga sempat berkongsi kisah Nabi Musa yang mahu berguru dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir dianugerahkan pengetahuan tentang perkara yang bakal berlaku. Pada satu hari, apabila Nabi Khidir dan Nabi Musa berlayar dengan menumpangi seorang nelayan secara percuma, Nabi Musa terkejut apabila Nabi Khidir melubangkan kapal layar itu.
Keadaan itu menjadikan Nabi Musa tertanya-tanya. Nabi Khidir kemudian menjelaskan yang kapal itu bakal dirampas oleh lanun yang jahat. Jadi, Nabi Khidir cuba selamatkan kapal itu untuk memudahkan nelayan itu mencari rezeki kerana lanun tidak tertarik dengan kapal yang dah rosak.
Dalam kisah ini dapat kita contohi untuk diaplikasikan di dalam dunia perniagaan. Kenapa ramai orang memilih untuk berguru dengan seseorang yang tidak ada ilmu yang lebih mendalam berbanding mentor yang dah hasilkan ramai usahawan berjaya. Tidaklah kami ingin menyamakan Dr Azizan Osman dan Nabi Khidir. Sama sekali tidak. Tapi jika difikir dengan logik, mengapa usahawan yang baru nak mula berniaga akan mulakan dengan konsep ‘main redah’ sahaja?
Tanpa ilmu dan bimbingan tidak mustahil bisnes yang dibina akan lingkup setelah tiga tahun. Majoriti bisnes yang berkonsep ‘main redah’ akan mengalami nasib sebegitu. Atau mungkin anda tak perlukan mentor kalau hidup atau bisnes anda tiada apa yang anda ingin ubah.
Kesimpulannya, bimbingan mentor sangat penting untuk bina bisnes berjaya. Mentor sendiri akan pastikan kesilapan yang beliau lakukan tidak diulangi oleh anak didiknya. Tidak perlu untuk kami besungguh-sungguh untuk anda dibantu melalui bimbingan Mentor. Cukuplah Mega Live Showcase Result Marketing membuktikan segalanya. Sekali lagi, tak perlu percaya kata-kata kami. Cukuplah Result Marketing itu yang berbicara.
Adakah anda salah seorang daripada 21 ribu penonton Megalive ini?
Anda nak bina bisnes lebih berjaya lepas dengar sharing dari MenThor? Sebelum itu, pastikan keinginan anda ingin berjaya bukan umpama ‘toge’ yang mudah rapuh apabila ‘dijentik’. Faham ke faham?
Jika anda serius nak dibimbing pastikan klik