Ads

Ini adalah di antara perkara yang terlalu banyak berlaku. Azam tahun baru biasanya “terkubur” dalam masa 2 minggu sahaja selepas tahun baru! Amacam?

Sebuah artikel dari majalah Business Insider (2018) menyebut- 80% dari manusia, dah ‘give up’ dari berusaha nak capai azam tahun baru bila menjelang Februari dan satu lagi artikel dari Majalah Forbes (2017) menyebut dari 95% manusia yang ada azam tahun baru, hanya 8% manusia yang komited dan berjaya mencapainya.

Ramai dari manusia yang ada hari ini..yang putus asa untuk capai cita-cita di tahun baru.  Nak tahu kenapa?

1/ Sebab azam mereka tak realistik.  Contoh, nak jadi millionaire dalam masa setahun, tapi tak tahu caranya bagaimana, nak mulakan dari mana, macam mana nak kaya?

2/ Azam mereka tak cukup details.  Tak tahu bila nak capai? Apa yang nak capai? Berapa?  Mereka tak jelas..mereka nak apa sebenarnya.

3/ Mereka nak capai sesuatu dan nak lebih berjaya dalam hidup, tapi mereka tak nak lalui prosesnya. Kalau boleh, mereka nak bangun dan celik mata terus berjaya…

4/ Ini penting! Ramai orang gagal capai azam sebab mereka tak pandai uruskan masa.  Mereka terperangkap dalam urusan seharian dan tak luangkan masa sebaiknya untuk buat perkara yang bantu mereka capai azam.

5/ Mereka tak fokus dan mudah distracted!  Mudah terganggu dengan perkara-perakara yang buang masa.  Contoh, tengok YouTube dan layan Media sosail yang tak berkaitan sampai berjam-jam lamanya…

Mudah nak berazam dan bercita-cita, tak tak mudah nak menjadikannya kenyataan.  Lebih-lebih lagi kalau anda ada 5 sikap ini.  Ramai orang, bertahun-tahun berazam dan asyik gagal, sehinggakan mereka dah tak rasakan azam dan berjaya capai azam itu penting.

Tak bosan ke, hidup dah makan tahun tapi sama je, tak ada yang berbeza, tak ada peningkatan dan perubahan? Nak tahu apa 5 perkara penting yang boleh bantu anda lonjakkan tahun 2019 dan jadikannya berbeza dari tahun-tahun lepas yang selalunya sendu dan biasa-biasa je.

Dalam hidup ini jika anda betul-betul nak jadikan 2019 tahun kejayaan anda anda perlu tanya diri anda 5 perkara ini:

1/ Adakah anda tahu apa yang anda nak capai? Bila anda nak capai? Kenapa anda perlu mencapainya di tahun 2019? Adakah anda dah cukup bersedia? Adakah anda tulis azam anda dengan jelas?  Azam yang tak ditulis hanya angan-angan…

2/ Siapa yang akan bantu bawa anda untuk naik ke atas?  Adakah orang yang bantu anda telah berjaya bantu orang lain juga sampai ke destinasi sebelum ini? Apa kemampuan dia? Apa pengalamannya?

3/ Apa yang anda perlukan? Apa persediaan yang perlu ada? Setakat tahu saja adakah cukup?

4/ Apa tindakan pertama anda kena buat? Apa perancangan anda yang sebenarnya?

5/ Siapa yang akan menyokong anda? Siapa yang akan anda bawa bersama? Dan macam mana anda nak jelas dan yakinkan kepada mereka kenapa anda nak pergi ke puncak dan kenapa anda perlu sampai ke puncak kejayaan pada tahun 2019?

Apa yang kami nak kongsikan dengan anda di sini, takkan mudah anda nak capai lonjakkan dalam hidup, kerjaya dan bisnes di tahun 2019 jika anda tak bersedia dari sekarang.  Bagaimana anda memulakan tahun 2019, menentukan apa yang anda akan capai di akhirnya nanti.

Kalau peserta Program RichWorks, Dr Kavi yang sebelum ini hidup penuh hutang dah mula pecut di tahun 2019, dengan jualan mencecah RM300,000 kenapa anda masih nak tunggu?

Dan Tuan Hasbullah, Founder Jenama pakaian muslimah Hasnuri yang dulunya seorang ustaz yang berniaga dan rugi tapi minggu pertama 2019 dah buat sales lebih RM100,000 kenapa kita masih nak cari masa sesuai nak mulakan?

Hidup anda, kejayaan anda…anda sendiri tentukan?

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>