Ads

Khamis, 16 Mei 2019 adalah tarikh di mana ramai peserta yang hadir ke Program Smart Cashflow Management (SCM) mula kerut muka dan stress bila dengar celoteh Tuan Nasrul sebagai speaker yang bertanggungjawab memberi ilmu kepada peserta berkenaan dengan cashflow yang bertempat di Laman Seri, Shah Alam.

Walaupun dalam menahan lapar dan dahaga, kelas yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini betul-betul menguji kesabaran peserta yang hadir. Manakan tidak, setiap kata-kata yang keluar dari Tuan Nasrul betul-betul menusuk ke jantung mereka.

Kami percaya setiap perniagaan yang dijalankan ada masalah dengan cashflow. Ada 2 punca kenapa bisnes anda tak ada duit dan tak nampak duit. Yang pertama adalah duit keluar disebabkan timing yang tak teratur dan sebab yang kedua adalah pengurusan kos yang lemah.

Dalam Program Smart Cashflow Management (SCM) objektifnya adalah untuk membantu usahawan mencapai pengurusan kewangan bisnes yang bersistematik dan efektif serta mahir tentang pengurusan Cashflow dengan mengajar kepentingan rekod aliran tunai keluar/masuk secara konsisten tanpa gagal setiap hari.

Program ini telah bantu lebih dari 2,000 ribu usahawan dan staf mereka untuk celik dan tahu tentang kepentingan urus dan kawal cashflow dalam perniagaan.

Program SCM yang dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) ini yang akan bantu anda betulkan masalah Cashflow dalam bisnes anda dan BONUS – Anda akan diajar bagaimana perlu ada dan sediakan sistem filing yang betul.

Kami pasti kelas yang dijalankan ini membantu peserta untuk plan dan uruskan cashflow syarikat mereka dengan lebih baik selepas ini. Jangan sampai bisnes tak berkembang dan sales menurun. Ini adalah sebab anda tak bertanggungjawab dalam mengurus hal duit. Marketing ialah duit keluar, dan sales ialah proses duit masuk. Tetapi, proses mana yang mengurus duit supaya tidak keluar terlalu banyak sehingga rugi? Haa… jangan sampai jadi begini ya!

Kepentingan penjagaan duit ini sangat utama. Malah dalam kehidupan peribadi juga, skil urus duit itu sangat penting. Kalau tak, hari kedua gaji dah RM0.00 dalam akaun. Seram! Jadi uruslah duit syarikat anda dengan baik dan sistematik. Jangan sampai akaun anda tiba-tiba buat magik pulak ya…

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>