Ads

Tahniah, kerana anda seorang yang berani! Berani untuk mengambil tindakan, berani untuk menggalas tanggungjawab dan berani untuk mengharungi cabaran dalam mengemudi bisnes anda. Apakah perasaan anda apabila melihat anda kini telah berjaya mencapai apa yang anda inginkan dengan hasil titik peluh anda dalam membina bisnes? Sudah pasti anda akan berasa gembira dan bersyukur setelah bertahun-tahun membina bisnes dengan pelbagai situasi yang berlaku. Adakalanya terasa masa itu sangat singkat, adakalanya terasa  masa itu sungguh cemburu dan begitu cepat berlalu.

Pada ketika ini, ramai orang yang akan mengaku andalah keluarga, andalah sahabat sejati dan andalah yang terbaik. Tetapi berapa ramai yang melihat kejayaan yang anda kecapi kini bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai dan bukan seperti yang mereka sangkakan. Siapa sebenarnya yang membawa nama anda sehingga kejayaan itu memihak kepada anda? Cuba renung seketika.

Masa mula-mula bisnes, hanya anda seorang sahaja. Kemudian, dalam perjalanan membina bisnes anda perlukan bantuan orang lain dan anda beranikan diri untuk menawarkan kerja kepada orang yang anda tidak kenal sebelum ini. Andakah anda sedar bahawa mereka juga adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anda? Tanpa mereka adakah anda mampu berada di tahap yang sekarang. Sudah pasti untuk membangunkan bisnes dan menjadikan bisnes anda kukuh untuk lima tahun akan datang , anda tidak akan mampu lakukannya seorang diri.

Ramai orang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas yang diberi dengan baik. Kalau boleh, anda nak interview semua orang hingga anda berpuas hati dan berjaya mencari pekerja yang mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan. Mungkin ada yang fikir, rugilah kalau tak cari pekerja yang betul-betul boleh buat kerja. Bayar mahal-mahal tapi harapkan pagar, pagar makan padi. Ada juga yang sanggup habiskan masa hanya untuk jalani sesi interview sahaja. Buang masa!

Cuba lihat masa mula-mula anda bina bisnes, adakah anda tahu semua perkara? Mustahil anda boleh lakukan seorang diri tanpa bimbingan atau ilmu. Sama juga dengan apabila anda menerima pekerja baru, mereka juga perlukan bimbingan, mereka perlu dilatih dan mereka juga perlu sokongan moral dari anda sebagai majikan. Jika mereka tidak melakukan kerja dengan bagus atau tidak boleh melaksanakan tugas yang diberi dengan memberi pelbagai alasan, adakah anda akan memilih untuk ‘’terminate’’ mereka?

Apa anda fikir tindakan tersebut tidak merugikan anda? Angkat tangan kanan, letakkan di kepala. Fikir betul-betul. Adakah betul tindakan yang anda lakukan dan adakah anda boleh membina bisnes seperti yang anda inginkan? Ada yang mengeluh, kenapa saya nak yang kena ajar mereka, saya tak tahu nak ajar orang, dan mereka sepatutnya tahu apa yang perlu mereka lakukan. Inilah realiti yang berlaku. Anda sebagai pengasas syarikat yang mempunyai hak untuk memilih jalan yang terbaik untuk melihat bisnes anda maju dan berkembang. Jika inilah halangan yang selama ini berlaku, mengapa anda tidak mengambil tindakan untuk menghantar pekerja ke kelas latihan atau ‘’training’’?Apabila anda train team anda, mereka akan lebih cepat faham dan tahu yang anda sangat perlukan mereka. Sama-sama berada di ‘landasan’ yang sama!

Jika anda ingin bisnes anda maju, semua yang terlibat dalam bisnes anda juga perlu di ‘’upgrade’’. Sampai bila anda nak lihat dan berada dalam keadaan yang selesa? Masa tidak akan menunggu anda, tetapi masa akan berlalu meninggalkan anda. Renung-renungkan…

Hafiz Jasmi
Vice President Mentorship Program (SPIRE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>