Ads

Yeke nak buat bisnes sendiri kena guna modal yang banyak dan besar? Tapi kenapa sampai ada yang terpaksa meminjam? Ni 3 bukti anda tak perlukan modal besar untuk mulakan bisnes…

Anda confirm kenal punyalah dengan 3 otai usahawan ni. Mereka dulu pun mula dari rumah, siap ada yang mula dari tepi jalan je… Jom baca kisah mereka kat bawah ni kalau nak tahu.

Mesti korang familiar dengan gambar orang peluk bantal kat billboard sepanjang-panjang highway kan? Itulah dia Tuan Das Abdul – pengasas untuk produk bantal hotel 7 bintang, dialah otai yang jual bantal tu. Kisah dia ni menarik! Korang kena baca…

Tuan Das Abdul ni lahir dalam keadaan serba serbinya lengkap, kerja engineer pula tu..tapi dia nekad nak bawa keluarganya berhijrah dari Kelantan ke Johor Bharu setelah masalah melanda hidupnya. Jauh beb!

Hidup memang struggle gila… Tapi Ditakdirkan Allah S.W.T, dia tonton video Dr Azizan Osman di Facebook tentang ‘mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan’. Secara kebetulan, di tangannya ada bantal…Dari situlah terdetik nak jual bantal di car boot.

Tu pun tak senang ye… Hari-hari dia tak tenang bila dia mampu jual 20 biji bantal je sebulan. Dari situ dia fikir nak datang ke program RichWorks, nak belajar dari Dr Azizan Osman. Bijaknya Tuan Das ni, dia bawa bantal ke hulur ke hilir sebagai marketing, kalau korang pernah ternampak dia mesti ingat sampai sekarang kan?

Bisnes yang mula dari but kereta tu makin lama makin nampak hasil sampailah sekarang ni dah ada gudang sendiri..Daripada 20 biji bantal yang dijual sampailah sekarang dia dah jual lebih 800,000 biji bantal, power beb!

Amacam? Power ke power Tuan Das Abdul ni? Tu baru kisah pertama, kisah kedua ni pun boleh tahan hebatnya…Siapa sangka, kedai char kuey teow yang semakin besar dan berkembang ni bermula dari bawah pokok kat tepi jalan je, korang pernah tahu tak? Ni nak cite ni..

King’s Char Kuey Teow memang tak perlu diperkenalkan lagi. Mungkin susah nak percaya macam mana perniagaan yang hanya bermula di tepi jalan, dari bawah pokok kini dah ada premis sendiri. Tuan Aizat Zulhailie dah buktikannya!

Sebenarnya dulu, Tuan Aizat taklah bersungguh nak hadir ke program RichWorks..yelah berniaga tepi jalan je, nak belajar apa je? Tapi lepas diajak isteri pertama kali, macam-macam idea dia dapat untuk berniaga.

Ramai yang pandang rendah dan fikir bisnes dia ni takkan ke mana, tak boleh pergi jauh..Semuanya sebab dulu Tuan Aizat cuba macam-macam bisnes – dari jual roti canai RM20 sehari, berniaga lauk-pauk, jual burger, jual ayam goreng sampailah berniaga Char Kuey Teow di pasar malam. Lagipun, tahap pendidikan dia bukanlah tinggi mana..

Tapi bila dia dah ada ilmu dan belajar macam-macam dari program RichWorks, bermentorkan Dr Azizan Osman… Dia berjaya tutup mulut-mulut yang mengata dan pertikaikan kebolehan dia sendiri. Buktinya, orang yang datang ke Port Dickson tak sah kalau tak singgah kedai dia. Femes weh!

Kalau Tuan Das Abdul dan Tuan Aizat mulakan bisnes dari tepi jalan je… Macam mana pula dengan pengasas produk kosmetik mesra wudhuk, Nurraysa ni? Yang ni pun menarik untuk korang jadikan inspirasi. Baca jap ye…

“Apa Sa?” Korang mesti familiar sangat-sangat dengan tagline ni kan? Percaya atau tak, sebelum produk dia ni dikenali ramai melalui billboard, televisyen dan radio hingga menjadi pilihan ramai wanita..dia mula dari rumah je!

Dulu, Puan Nur Aini Zolkepeli ni seorang suri rumah je..Berbekalkan hanya RM500 yang dipinjam dari duit gaji suaminya Tuan Saiful Anuar, bermulalah produk rumpai laut yang dihasilkan sendiri dari rumah je. Tu pun tak mudah ye…

Disebabkan wujud persaingan yang banyak antara peniaga, Puan Aini cuba buat sesuatu yang baru dengan menghasilkan sabun rumpai laut pula…Sebab betul betul nak kembangkan bisnes, Puan Nur Aini dan Tuan Saiful Anuar hadir ke program RichWorks.

Walaupun bisnes dah makin besar, selagi Puan Aini dapat ilmu yang berterusan dari Dr Azizan Osman, selagi tu lah Puan Aini yakin dengan Nurraysa yang bukan takat boleh ubah kehidupan mereka tapi bagi manfaat untuk orang lain juga. Sehingga kini, Nurraysa dah ada beribu ejen dan stokis di Malaysia, Singapura dan Brunei…Fuh!

Macam mana dengan kisah 3 otai ni? Mereka semua tak ada modal yang banyak dan besar pun untuk mulakan perniagaan, tak perlu terus ada kedai atau kilang pun..Boleh je buat sampai bisnes mereka makin berkembang.

Anda ada tak rakan-rakan, keluarga atau jiran tetangga yang dulu pernah berniaga tepi jalan atau mula dari rumah je? Kongsikan kisah 3 otai ni dengan mereka supaya mereka boleh terinspirasi.

Kalau nak kami bantu lebih lagi, komenkan di bawah atau PM team kami supaya team sosial media kami bantu anda atau layari www.NakUbahHidup.com sekarang sebelum harga meningkat pada 1 Ogos ni.

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>