Ads

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Terakhir telah sebulan berlalu.  Macam-macam cerita yang telah kami dapat dan maklumbalas dari peserta yang hadir ke IMKK November yang lalu.

Contohnya, Puan Nur Baizura, seorang guru dari Terengganu yang mengadakan kelas pengurusan rumahtangga dan keluarga sebagai sumber bisnesnya dah berjaya buat jualan sebanyak RM4,000 sehari hanya menggunakan ilmu dari kelas bimbingan secara vitual yang kami berikan kepada peserta IMKK November yang telah sahkan kehadiran ke Program Millionnaire Marketing Mastery (MMM).

Dan, Tuan Afiq Aiman yang berniaga popcorn, telah berjaya membuat jualan RM1,000 seminggu berbanding sebelum ini hanya buat jualan RM200 sebulan!

Betul kata Mentor Usahawan – Dr Azizan Osman, “tinggi mana ilmu anda menentukan setinggi mana pendapatan anda.” Dengan ilmu dari IMKK sahaja, dah ada ramai yang boleh tingkatkan pendapatan.

Tahniah kepada yang terus bertindak dan tak tunggu lama-lama.

Sepanjang kami mengadakan program IMKK kami dapati ada 3 perkara utama yang dilakukan oleh peserta IMKK yang boleh memberikan akibat buruk kepada diri sendiri.

1) Mula lakukan perkara baru

Dalam IMKK, ramai yang mula sedar bahawa mereka sebenarnya ada banyak potensi dan ada banyak matlamat yang mereka nak capai. Dalam IMKK juga mereka dah sedar kenapa selama ini mereka tak mampu capai semua yang mereka inginkan. Rupa-rupanya dalam diri tu ada penyakit malas, ada sikap suka bertangguh, ada tabiat suka beri alasan dan salahkan orang lain, ada rasa takut, dan yang paling banyak ramai yang dah rasa selesa dengan keadaan diri sendiri. Bila pergi IMKK, baru perasan – hidup yang ada sekarang tak selesa mana sebenarnya. Ada banyak lagi kejayaan yang mereka sepatutnya capai dan boleh capai.

Selepas IMKK, mulalah mereka buat perkara-perkara baru yang mereka rasakan boleh bantu mereka capai impian.

2) Mula tahu kenapa mereka perlu berjaya

Sebelum hadir ke IMKK, ramai yang rasa hidup mereka dah berjaya sangat. Cukuplah dengan apa yang mereka ada sekarang ni. Atau ada yang rasa mereka dah tak boleh berjaya lagi, apa yang ada sekarang dah kejayaan yang maksima, dah tak boleh pergi jauh. Tapi bila mereka hadir ke IMKK, mereka akan jumpa lebih ramai orang yang boleh capai kejayaan lebih besar. Ada yang kurang upaya yang boleh bina bisnes dengan jualan mencecah jutaan ringgit, ada yang tidak tahu membaca yang boleh buka butik dengan jualan sehingga RM7 juta setahun, ada yang mempunyai Master Degree tapi pilih untuk buka pusat tuisyen dan lebih sanggup memberi manfaat untuk mengajar anak bangsa dari diri sendiri mengejar pangkat dan memanjat tangga korporat.

Dan bila peserta hadir ke IMKK, mereka sangat jelas, kenapa mereka PERLU lebih berjaya dari sekarang. Mereka perlu berjaya untuk diri sendiri, untuk ibu bapa, untuk keluarga, untuk jadi lebih bermanfaat kepada masyarakat, negara dan yang paling penting untuk agama.

3) Mula bina bisnes yang berjaya

Ramai yang sebelum hadir ke IMKK, tak rasa bisnes itu untuk mereka. Mereka fikir, bisnes hanyalah untuk orang yang ada Ijazah dalam bidang keusahawanan, dalam bidang perniagaan, dan bukan untuk mereka. Mereka ada tanggapan yang salah tentang perniagaan. Mereka fikir berniaga adalah satu pekerjaan yang diwarisi, tapi bila di IMKK setelah mereka jumpa kawan-kawan baru, mereka sedar sebenarnya siapa saja boleh mula berniaga.

Siapa saja boleh jadi usahawan berjaya dan miliki income sehingga juta-juta. Mereka sedar, sebenarnya mereka tersalah sangka.

Apa yang berlaku selepas IMKK, akan ada ramai yang memulakan bisnes. Mereka mula jadi agen atau dropship produk orang lain atau yang lebih berani mula buka perniagaan sendiri.

Bagi yang dah ada bisnes, mereka akan jumpa lebih ramai orang bisnes yang mampu buat income lebih besar dari mereka, dan mulalah terdetik di hati mereka untuk bina bisnes yang lebih berjaya.

Malangnya, ada antara mereka yang tersilap langkah. Ada yang terus berhenti kerja kerana nak berniaga, sedangkan mereka langsung tak ada ilmu bisnes. Mereka tak pasti pun, sama  ada bisnes mereka akan berjaya.

Ada juga yang terus buka bisnes baru dan abaikan bisnes yang lama kerana mereka rasa bisnes lama tidak lagi menguntungkan. Sedangkan nak membuka bisnes baru sudah pasti ada cabaran baru yang mereka sendiri tak tahu dan tak pasti cara untuk mengatasinya.

Ada juga yang terus memulakan bisnes dengan modal yang besar. Sanggup membuat pinjaman bank, menggunakan kad kredit untuk memulakan bisnes dan ada juga yang sanggup bergolok-gadai. Sedangkan, mereka tak pasti pun cara terbaik untuk memulakan bisnes dan langsung tak tahu adakah bisnes mereka akan berhasil.

Betul…tak cuba tak tahu bagaimana hasilnya. Tak dipecahkan ruyung bagaimana nak dapat sagunya. Tapi, jika bertindak melulu tanpa ilmu, yang sakit bila dah jatuh dan terhantuk nanti adalah diri sendiri.

Sebab itu selepas IMKK, kami adakan sesi virtual kelas di Facebook Group IMKK untuk kekalkan momentum peserta IMKK dan mengelakkan mereka dari bertindak melulu dan salah percaturan. Kami juga mengadakan program lanjutan Millionnaire Marketing Mastery (MMM) dari 21-24 Disember 2018 kerana dalam program ini akan padat dengan ilmu pemasaran yang menggunakan teknik Zero Kos Marketing, yang sangat sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan bisnes yang tak pernah rasa jatuh bangun dalam bisnes. Juga sesuai untuk yang dah ada bisnes dan mahu menjadikan bisnes mereka lebih baik dan lebih bersistematik kerana teknik Zero Kos Marketing akan bantu anda buat marketing tanpa anda mengeluarkan kos yang besar tanpa jelas dengan hasilnya.

Pokok pangkalnya, selepas IMKK apa yang peserta perlu buat ialah untuk kekalkan momentum dalam tindakan dan energy yang tinggi supaya segala pengorbanan anda di IMKK tidak sia-sia, segala impian dan doa anda akan tercapai berkat ilmu dari mentor, usaha dan tindakan yang berterusan.

Semestinya, ilmu adalah kunci kejayaan anda selepas IMKK. Jangan berhenti untuk menuntut ilmu dari mentor yang dah terbukti menghasilkan result seperti yang anda mahukan.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>