Ads

Kurang dari 130 hari saja lagi menjelang Tahun 2020!
Excited? Takut? Tak kisah? Ikut jelah? Cuak jugak ni? Apa-apa je…?
Kalau kita fikirkan 10 tahun dan 20 tahun dulu, di mana anda berada ketika itu? Masa tu apa yang anda fikir tentang tahun 2020? Kereta terbang, bas terbang, orang terbang?

Sebenarnya, tak banyak sangat perbezaan yang terlampau besar. Kita masih makan nasi, budu dan cencaluk masih ada, baju kurung tetap laku, lagu-lagu 70-an dan 80-an masih juga kedengaran, masih ramai orang perlu keluar pagi-pagi dan balik malam-malam untuk cari rezeki.

Mungkin ada banyak perubahan yang memberikan lebih banyak pilihan dan memudahkan kita untuk hidup. Sebagai contoh, dulu nak makan roti canai, perlu ke kedai mamak, sekarang dengan menggunakan aplikasi Grab Food dan Food Panda dan banyak lagi aplikasi sekarang dah boleh hantar dan terhidang roti canai di atas meja.

Dr Azizan Osman bersama 12,000 peserta Nak Ubah Hidup 2019

Kalau dulu, pengangkutan awam hanya bergantung kepada bas awam dan teksi, sekarang dah ada Grab Car, My Car yang boleh ambil dan hantar anda dari pintu ke pintu.  

Bercakap tentang perubahan, suka atau tidak kita terpaksa akui tempoh masa 10 hingga 20 tahun hanyalah sangat singkat. Ada orang, banyak perubahan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun, tapi bagi orang lain, ada yang tak ubah apa-apa.

Mereka masih tinggal di tempat yang sama, kerja di tempat yang sama, hidup dengan cara yang sama dan dengan gaji atau pendapatan yang lebih kurang sama. Kalau ada peningkatan pun, tak lah sebanyak mana.

Dan mungkin ada orang yang terpaksa telan segala situasi yang tak berapa menyenangkan kerana bagi mereka ‘hanya ini yang mampu aku lakukan’. Maka, bergembiralah mereka dengan keadaan hidup yang ala kadar dan biasa-biasa. Atau ada juga yang langsung dah putus harap untuk hidup lebih baik, walaupun sukar dan tak selesa…mereka akur sahaja dengan keadaan hidup yang mereka ada.

Malam Kemerdekaan turut disambut pada tanggal 31 Ogos bersamaan dengan hari NUH

Heii!
Hidup adalah sepatutnya perlu lebih meriah, lebih exciting, lebih banyak kejayaan yang perlu diraikan, lebih banyak kegembiraan dan rezeki yang perlu disyukuri dan dinikmati serta dikongsi dengan orang lain.  Hidup sepatutnya perlu lebih membantu dan menjadi insan yang paling bermanfaat supaya ianya jadi bekal kita di akhirat.

Ramai orang terperangkap dalam dunia pekerjaan. Tak salah bekerja, tapi adakah pekerjaan yang anda lakukan setiap hari menjadikan anda insan yang lebih baik dari sebelumnya?  Ramai orang susah nak melepaskan takhta dan jawatan kerana ianya dipandang tinggi.
Jika ada pilihan untuk tingkatkan kehidupan melalui perniagaan, adakah ianya boleh jadi satu pilihan bagi anda? Kami just nak tanya adakah anda rasa setakat hari ini…anda berpuas hati dengan pencapaian dan peningkatan hidup dan tahap kewangan anda?
Dan, suka juga kami nak ambil peluang ini untuk mengajak anda cek balik, adakah anda masih dibelenggu dengan hutang-hutang lapuk yang dah lama tak terbayar atau belum habis-habis bayar? Pernah tak anda terfikir bagaimana anda nak hidup bebas hutang dengan kadar yang lebih cepat? Pernah tak anda rasa anda dah penat cari duit tapi 80% darinya anda tak sempat pun nak rasa, dah ‘hilang’ pada hari pertama gaji tu diterima?

Nantikan NUH 2020 pada Januari tahun hadapan!

Ramai orang, dia hanya boleh menikmati hidup bila mereka dah tua dan dah pencen. Masa tu baru mereka ada masa, dan ada sedikit duit untuk nikmati hidup. Itu pun kalau ada duit. Dan ketika usia dah senja macam tu, anda rasa anda masih larat nak menikmati hidup? Masih mampu buat perkara yang anda impikan nak buat sebelum ni?

Seandainya, masa dapat diputar dan anda mampu nikmati hidup anda dengan lebih baik,  ada lebih banyak masa, ada kebebasan untuk buat pilihan dan tiada masalah kewangan dan anda boleh milikinya lebih awal…adakah anda rasa ianya sesuatu yang lebih baik?

Kenapa tak sekarang? Kenapa nak tunggu pencen? Jika anda tahu bagaimana anda boleh miliki semuanya sekarang, kenapa tidak? Kenapa nak tunggu sampai umur bersara?
Masa semakin pantas berlalu, usia makin cepat meninggalkan kita, tahun depan kita dah masuk era baru, dekad baru…takkan masih nak hidup di tahap yang lama?

Fikir-fikirkan…

Untuk info lanjut berkenaan Program Nak Ubah Hidup 2020, layari laman web https://nakubahhidup.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>