Ads

Apakah SATU intipati atau kunci penting yang saya belajar tentang kehidupan yang kompleks ini?

Jangan berhenti belajar setiap hari di mana pun anda berada dan berusaha memperbaiki diri dalam aspek2 kehidupan kita dengan ilmu dan bimbingan dari mereka yang menguasai ilmu tersebut.

Contoh,

Bertahun-tahun solat, adakah kita perbaiki solat kita dengan ilmu dan berguru?

Bertahun-tahun makan, adakah kita perbaiki cara kita makan dan apa kita makan dengan ilmu dan berguru?

Bertahun-tahun kahwin, adakah kita perbaiki perhubungan dan perkahwinan kita dengan ilmu dan berguru?

Semua aspek kehidupan, kerjaya, bisnes, tahap kewangan dan diri kita ini boleh diubah untuk diperbaiki. Of course ada banyak yang perlu diperbaiki tapi di situlah pentingnya ilmu menguruskan diri, aturkan masa dan disiplin serta prioritise.

Semua perkara ada ilmunya dan ada gurunya! Pilih guru yang ada ilmu serta bukti result dan banyak pengalaman (wisdom) akan shortcut kan perjalanan kita Insha Allah!

Terima kasih atas ucapan tahniah dari semua untuk majlis graduation & convocation saya menerima Master of Science in Marketing (MSc in Marketing) dari University of Salford, Manchester UK. It’s another progress saya dalam memperbaiki aspek-aspek ilmu saya untuk saya dapat menambah nilai hidup dan bisnes saya, anak-anak didik saya serta mereka yang nak bina bisnes yang lebih berjaya Insha Allah.

Alhamdulillah selama ini ilmu marketing yang saya kongsikan telah pun membantu ramai usahawan bina brand dan bisnes yang luar biasa dan semoga pencapaian kali ini dapat digunakan untuk bantu lebih ramai lagi Insha Allah! Never stop upgrading yourself & never stop learning! The more you learn, the more you grow! The more you learn, the more you earn!

Jika kita tidak berusaha bertindak dan belajar merubah hidup kita, kita nak tunggu bila dan siapa untuk merubahnya? Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu SEHINGGA kaum itu merubah apa yang ada pada dirinya! – (S. Ar’d 13:11)

Love, Azizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>