
Ramai antara usahawan atau Founder di luar sana mengadu tentang perihal pesaing. Ada yang mengeluh, ada yang risau dan paling takut ada yang nak give-up.
Memang kalau diikutkan, isu pesaing ni memang sangat memeningkan dan kadangkala boleh membunuh semangat kalau tidak kawal perasaan dengan betul. Mereka buka kedai tu kalau boleh nak buka dalam kedai kita atau kalau jual produk pula kalau boleh nak 99.9% nak sama dengan kita. Macam takde tempat lain atau macam takde produk lain mereka nak buat bisnes, kan?
Tapi kalau kita nak ikut rentak pesaing memang kita tidak akan ada kerja lain nak buat. Layan mereka jer kerja kita, tau-tau sales merudum, emosi terjejas atau staff pun lari. Jadi adalah lebih baik dari melayan mereka kita fokuskan apa yang terbaik kita boleh berikan kepada customer kita. Larikan fokus daripada pesaing ke pelanggan dengan beberapa tips di bawah. Harap membantu:
1. Tambahkan value kepada produk dan servis
Selalunya usahawan atau pun founder ni ada mentaliti untuk give more kepada customer. Contoh: Customer setia dan selalu beli dengan kita, mungkin kita boleh beri mereka free gift, sample product, kupon diskaun, 10% diskaun for next purchase, buku, e-book dan sebagainya.
Perkara ini mungkin simple pada kita tapi pada mereka sangat besar dan mereka sangat hargai pemberian dari kita. Seperti di NUH 2020 baru-baru ini ada value added yang kita beri seperti buku kisah inspirasi, kitkat dan sebagainya untuk hargai mereka semua.
2. Brand loyalty
Kita kena buat sesuatu supaya mereka loyal dengan brand kita dengan terus membeli dengan kita. Buat group khas di FB, layan mereka, beri mereka support dan sebagainya. Bina kepercayaan dengan tunaikan setiap janji yang kita pernah buat, cipta product dan services yang bagus yang ada result, jadi lebih kreatif dengan rewards, loyalty program, anugerah, incentives, hotseat, showcase, bagi lebih value dan sebagainya mereka lebih rasa dihargai dan akhirnya setia dengan kita.
3. Naikkan value company
Perbanyakan sharing tips, sharing benda bermanfaat, kerap buat live, product knowledge, bagi gift, bagi ucapan birthday, tidak kedekut ilmu, bantu ramai orang dengan bina kerjaya dan bisnes dengan kita dan sebagainya akan menaikkan value company. Kita akan kelihatan berbeza dari hanya mahu menjual dan mengaut keuntungan. Raving fan akan bertambah dan menyokong kita dalam pelbagai situasi.
4. Close GAP yang ada
Dapatkan feedback customer untuk tahu apa GAP yang ada antara company dengan customer. Jangan peram feedback tu tapi mula lihat satu-persatu untuk perbaiki kelemahan yang ada. Sediakan platform untuk memudahkan customer berinteraksi dengan kita. Kita belum AirAsia lagi yang ada beratus juta customer nak kena layan, jadi mereka mampu untuk limitkan direct interaction dengan customer. Sebagai alternative mereka sediakan sistem untuk permudahkan customer. Contoh innovate process supaya lebih bersistematik sehingga ada yang tidak perlu penggunaan manusia. Contoh self-check in di kiosk etc.
5. Support customer kita
Support customer kita dengan beri perhatian lebih kepada mereka dengan respond pada masalah dan pertanyaan mereka dengan pantas. Respond mereka dengan senyuman dan ikhlas walaupun mereka tidak nampak muka kita, beri mereka solution dan buat mereka happy. Dengan cara ini mereka akan rasa kita support mereka, hargai mereka dan akan terus buat mereka jadi customer kita forever.
6. Invest dalam system
Tengok semula semua proses yang melibatkan customer yang ada dalam company. Ambil satu persatu mengikut priority dan perbaiki lagi kualiti bagi memudahkan customer. Permudahkan urusan boleh menyebabkan kita menang dengan pesaing kita. Invest la sedikit mengikut budget kita contoh one time investment for long term benefit. Avana adalah salah satu platform yang sangat memudahkan customer.
7. Turunkan harga
Ini adalah pilihan terakhir, walaupun banyak tips di social media ada mencadangkan perkara ini tapi bagi kita adalah tidak sesuai. Sampai bila nak turun harga? Lama-lama jadi charity business. Kalau nak turunkan harga lebih sesuai buat stock clearance, jualan hujung tahun, sempena bagi clearkan stok yang berlambak tidak dijual tu.
Dari mengeluh baik kita betulkan mindset kita dengan jadikan kebengangan kepada pesaing untuk push business kita ke tahap lebih baik setiap hari. Terima kasih kepada mereka sebab mereka membuatkan kita rasa tidak selesa dan berusaha lebih kuat dari biasa untuk mencari ilmu, upgrade diri dan pushing factor untuk capai kejayaan lebih tinggi.
Ingat kicauan burung yang merdu dan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa akan hanya membuat kita alpa. Bosan kot kalau bisnes tiada cabaran langsung kan?
#IAmATitan #ShareTheWin #gangtitan #ResultMatters #BangkitBerniagaBangsaku
CheSuzz
Vice President High Net Worth Client