Ads

Program BEST adalah satu inisiatif yang RichWorks berikan kepada peserta-peserta program RichWorks yang nak dibantu dengan lebih dekat dan dapatkan khidmat nasihat tentang perjalanan bisnes mereka. Mereka datang dengan satu tujuan. Mereka mahu tahu keadaan bisnes mereka, apa kondisinya dan apa yang harus mereka buat sebagai langkah seterusnya.  Dan ada juga yang tak tahu dengan jelas apa matlamat bisnes mereka. Tidak mahu ketinggalan dengan ilmu bisnes yang kami sediakan ini, beberapa selebriti tanah air juga datang ke pejabat kami untuk tahu dengan lebih mendalam sesi Best yang kami jalankan ini.

Jalan Badminton di Seksyen 13 Shah Alam pada pagi itu sama saja seperti hari-hari lain. Cuma paginya agak berjerebu. Dari jauh, Logo baru W Merah yang melambangkan ‘We’ yang baru digantung di atas pintu masuk utama ibu pejabat RichQ ini seolah menyambut kedatangan berpuluh-puluh peserta Program Business Evaluation Session & Transformation (BEST) termasuk selebriti yang turt hadir ke sini.

Hanez Suraya antara selebriti yang hadir ke sesi BEST

Dari wajah-wajah yang hadir, yang duduk di kerusi hitam yang kami susun berbaris menghadap pentas kecil, kami lihat ada wajah-wajah yang pernah dan kerap kami lihat di media massa dan di media sosial.

Betul!
Ada Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob, ada Hanez Suraya, Rafidah Ibrahim dan Fazli Zainal juga Datin Kartini, bonda kepada usahawan terkenal – Neelofa.

Mereka datang kerana selain dari menjadi selebriti, mereka juga adalah seorang usahawan dan mereka serius nak tahu keadaan bisnes mereka dan apa tindakan seterusnya mereka perlu buat jika mereka nak bawa bisnes mereka 10 kali ganda lebih hebat dari keadaan sekarang.

Fazli Zainal (kanan) sedang mendengar salah seorang staf RichWorks memberikan penjelasan berkenaan dengan program BEST

Bukan senang ye…nak majukan bisnes.  Sedangkan mereka yang dah ada nama pun masih rasa perlu untuk belajar dan cari ilmu untuk buatkan orang ramai lebih nampak bisnes dan jenama mereka. Sedangkan mereka yang sudah ada followers sehingga mencecah ratus ribu di media sosial pun masih rasakan perlu untuk belajar ilmu marketing.

Rafidah Ibrahim, bekas juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene turut tidak terkecuali untuk hadir ke RichWorks

Kami rasa sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh mereka sebagai sumber untuk mereka cari ilmu demi nak kembangkan bisnes mereka.  Tak mudah untuk dapatkan kepercayaan dari insan-insan yang orang kata “mereka ni selebriti, buka mulut jual apa saja mesti laku…” tapi bagi mereka nak berniaga bukan setakat buka mulut dan jual apa saja.

Ada jenama yang mereka perlu kembangkan, ada bisnes yang mereka perlu bina dan jadikannya lebih berhasil. Ada masa depan yang sangat bergantung kepada kejayaan bisnes mereka.

Datin Noor Kartini, ibu kepada Neelofa hadir ke RichWorks untuk lebih mendalami ilmu bisnes

Kehadiran mereka buatkan kami tertanya-tanya, jika mereka yang bergelar selebriti ini, yang dah ada beratus ribu followers dan peminat, masih mahu belajar ilmu marketing demi nak memastikan bisnes mereka pergi lebih jauh dan berkembang 10 kali ganda di tahun 2020,  bagaimana kami di RichWorks nak berikan rasa dan kesedaran yang sama kepada lebih ramai usahawan di luar sana yang kami percaya sedang struggle nak membina bisnes.  Lebih-lebih di era ekonomi sangat mencabar dengan banyak syarikat besar yang terpaksa gulung tikar dan memberhentikan pekerjanya.

Bila selebriti yang hadir melangkah keluar dari pejabat kami, kami rasa syukur sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bantu mereka. Jika selebriti ini percaya kami boleh bantu mereka, kenapa tidak anda? Hubungi kami di 019-2442244 untuk info lanjut tentang program ini.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>