Ads

Bangunan pencakar langit dengan rekaan moden, kawasan sekitar yang bersih dan tersusun serta kemudahan infrustruktur yang sangat mudah didapati dan digunakan, memadam semua sangkaan negatif tentang Shenzhen.

Bandar Metropolis dengan 13 juta penduduk ini rupa-rupanya sebuah kota yang sangat moden dan menjadi tumpuan pelancong. Ianya dikatakan menjadi syurga shopping barangan berjenama dan juga barangan berasaskan teknologi dan gadget.

Jika anda pernah tonton movie lama yang berplotkan China di zaman 50 tahun dulu, mungkin anda dapat gambarkan bagaimana keadaan kemiskinan dan daifnya China ketika itu.

Semuanya bermula dari satu misi. Misi pemerintah China untuk tidak lagi hidup dalam kemiskinan. Misi untuk tidak dipandang sebelah mata oleh negara barat dan misi untuk menakluk dunia, bukan dengan peperangan yang meragut nyawa dengan menawan ekonomi dunia.

Prosesnya tidak mudah. Ketika awal Pemerintah China membuka pintu kepada dunia luar dan menawarkan kerjasama perdagangan dan politik, ramai yang skeptikal. Suara mereka tidak didengari malahan ada yang menuduh mereka bertujuan untuk menyebarkan fahaman komunis.

Tapi China tidak berputus asa. Mereka terus menghasilkan results, terus menunjukkan kepada dunia luar kemampuan mereka dari segi menghasilkan teknologi baru untuk membantu orang ramai.

Tapi, masih isu yang buruk-buruk menjadi pilihan untuk digembar-gemburkan. China kemudiannya diterjah dengan isu barang yang dikeluarkan yang tidak berkualiti. Selain itu, isu plagiat dan isu melanggar intellectual property jenama lain.

Pun begitu ianya tidak melunturkan semangat Shenzhen dan China untuk mencapai matlamat menjadi pengeluar teknologi terbesar dunia pada tahun 2025.

Bersatu! Itu kata kunci yang menjadi kunci kejayaan Shenzhen. Mereka bersatu untuk terus menghasilkan teknologi terkini. Mereka tidak berhenti melakukan kajian dan sentiasa fikir apa cara terbaik untuk membantu manusia menggunakan teknologi.

Dengan terbangunnya Huawei Technology, Alibaba dan Tencent serta peningkatan jumlah export barangan teknologi ke luar negara berbilion USD, terciptanya teknologi 5G yang menggerunkan US dan Britain dan terbinanya 15 pusat kaji selidik Huawei di seluruh dunia, ini menunjukkan China tidak akan berpaling lagi dan tak akan berhenti.

Terkenal sebagai bangsa yang kuat semangat, rajin, kental dan results oriented, penduduk China kini boleh berbangga dengan tulisan ‘Made In China’ yang banyak ditulis di kebanyakan barangan berasaskan technology dan gadget yang membanjiri pasaran dunia.

Sebagai usahawan, banyak yang anda boleh pelajari dari kisah Shenzhen China. Pada 14 hingga 16 Januari 2020 yang lalu berlangsungnya Inner Circle Meeting Titanium Premier di Shenzhen China. Kami yakin sesi kali ini membuka mata ahli Premier untuk membuat tindakan lebih besar di bawah bimbingan MenThor Dr Azizan Osman.

Tahun 2020 ibaratnya seperti kita mahu melayari kapal di lautan yang lebih dalam dan luas dengan destinasi yang lebih menarik. Cabarannya pasti ada, bezanya dengan bimbingan secara dekat dan personal oleh MenThor, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkanNya.

Game yang anda main selepas anda kembangkan perniagaan adalah bukan game biasa-biasa. Anda dah tak perlu guna cara asas untuk bangkitkan perniagaan anda. Tapi anda perlu lengkapkan senjata yang lebih upgrade jika anda berada dalam game ini.

Mungkin ada di antara anda yang anggap membina bisnes ini mudah. Tapi tidak! Setiap bisnes dan perniagaan yang dibina ada journeynya yang anda perlu anda lalui. Shengzhen pun bermula dari tiada apa-apa sehingga ia menjadi bandar terkenal dan membangun.

Semoga anda mendapat manfaat dari sesi Live Update yang kami adakan sepanjang Inner Circle Meeting di Shenzhen, China!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>