Ads

Kerjasama (collaboration) antara satu-satu jenis perniagaan adalah diimpikan oleh kebanyakan usahawan untuk bina bisnes lebih jauh dan capai sesuatu hasil yang luar biasa. Tapi dalam masa sama ramai usahawan takut dan ragu-ragu kerana ia lebih dominan dengan impak negatif kolaborasi dalam bisnes.

Untuk anda yang berada dalam bidang perniagaan, kerjasama adalah teknik yang paling berpengaruh atau powerful untuk pemilik perniagaan kecil, tak kiralah apa pun industri atau jenis bisnes yang anda ada. Kolaborasi menghubungkan anda dengan orang lain, yang akan membantu anda kembangkan bisnes ke tahap yang baru.

Tak percaya? Atau anda rasa anda boleh bina bisnes dengan hanya bergerak sendiri? Anda kena baca artikel ini.

5 Sebab Perlu Kerjasama / Kolaborasi Dalam Bisnes

1) Meluaskan wilayah bisnes

Tak kira anda siapapun anda, jika berada dalam bidang perniagaan anda perlu ada ciri usahawan berjaya ini iaitu menjadi kebiasaan untuk berjumpa orang baru dan menambahkan kenalan. Untuk berjaya dalam bisnes, anda perlu melakukannya secara konsisten dan berterusan kerana mana mungkin sesuatu bisnes boleh berkembang jika hanya fokus pada satu kumpulan sasaran yang sama sahaja. Walaupun tidak semua kenalan anda boleh mewujudkan kerjasama bisnes, tetapi setiap kali berjumpa orang baru secara tidak langsung anda sedang mengembangkan wilayah bisnes anda.

2) Menginspirasikan diri dan bisnes

Adalah mudah dan menjadi kebiasaan atau rutin jika anda melakukan operasi bisnes yang sama setiap hari hingga terlupa ada sesuatu yang lebih baik, mencuba strategi bisnes yang berbeza dan mencuba teknik baru yang mungkin boleh menjimatkan masa dan wang.

Anda boleh belajar sesuatu yang baru di mana-mana sahaja tetapi jika tidak berkomunikasi, berkongsi dan membincangkan apa ilmu baru yang anda dapat ia mungkin menjadi sekadar input biasa atau mungkin juga diabaikan.

Jika ada kolaborasi, anda akan keluar daripada mengikut kepala anda sendiri untuk mendapatkan perspektif yang segar, mencetuskan kreativiti, mengkaji semula maklumat masuk secara objektif, dan menambah konteks baru kepada data yang anda kumpulkan supaya dapat menggunakannya dengan berkesan. Ini memberi inspirasi dan membantu anda berfikir dan bertindak dengan cara yang baru.

3) Peluang terbaik untuk belajar

Bila wujudnya kerjasama anda dengan orang lain, manfaat terbesar yang anda boleh dapat adalah peluang untuk belajar. Setiap interaksi yang anda yang berlaku akan mengajar anda sesuatu yang berharga kerana anda boleh saling berkongsi pendapat dan perspektif yang berbeza untuk mencapai satu matlamat yang sama.

4) Menyelesaikan masalah

Ini adalah manfaat yang ramai orang suka tentang kerjasama! Sebab jika seseorang buntu atau tidak mampu melakukan sesuatu, akan ada individu lain yang berperanan dalam kerjasama ini mungkin boleh membantu untuk menghasilkan apa yang dirancangkan.

Fikirkan apa kesukaran akhir dalam bisnes anda sebab bila dalam buntu, runsing atau tiada penyelesaian, kebanyakan orang akan segera mencari rakan kongsi, mentor atau sumber lain yang boleh dipercayai untuk membimbing bisnes mereka kembali asal, menyelesaikan kekusutan dan lebih berjaya. Ini kerana bila ada pandangan dan pengalaman berbeza, hasil yang akan diperoleh adalah melebihi perancangan awal yang nak dicapai.

5) Menjimatkan kos

Jika anda bekerjasama dengan perniagaan lain yang melibatkan perkongsian pembangunan dan perbelanjaan pemasaran, secara tidak langsung ia boleh mengurangkan kos kedua-dua belah pihak.

Jika anda bergerak sendiri, anda akan membelanjakan lebih banyak wang/kos kerana perlu menggunakan pelbagai sumber sendiri.

6) Win-win situation

Setiap kerjasama yang berlaku, selain mencapai matlamat sama, secara tak langsung boleh mencapai “win-win situation” seperti jenama bisnes akan sama-sama dikenali, bisnes mendapat kepercayaan walaupun kecil atau masih baru, dan lebih kenal potensi bisnes. Paling penting ini menunjukkan bahawa untuk menjayakan sesuatu, tidak semestinya memerlukan pelaburan kewangan yang besar jika anda berfikir secara kreatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>