Ads

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apakah permulaan utama yang membezakan kenapa ada yang berjaya ubah hidup dan tahap kewangan dengan yang tidak?

Jawapannya ialah…..adakah anda ada linear mindset yang mendatar, atau growth mindset yang sentiasa mahukan peningkatan.

Kami pernah tanya orang ramai, apa yang mereka tahu tentang Nak Ubah Hidup? Apa yang mereka rasa bila dengar perkataan Nak Ubah Hidup? Surprisingly, bila kami tanya, ramai yang ambik masa beberapa saat dan mereka balas soalan kami dengan satu pertanyaan – “Macam mana nak ubah hidup?”

Sebenarnya, ada orang tak sedar pun mereka perlu ubah hidup. Mereka rasa hidup mereka dah OK, dan selesa dengan apa yang ada, dah cukup semuanya.  Mereka tak sedar langsung tentang potensi diri mereka, dan bagaimana bila mereka besarkan potensi diri, mereka mampu capai lebih banyak perkara dalam hidup sehingga mampu ubah dan tingkatkan tahap kehidupan dan kewangan.

Ada orang, mereka nak ubah hidup menjadi lebih baik tetapi mereka tak tahu di mana tahap mereka berada sekarang dan berapa jauh mereka boleh pergi, dan apa perkara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mereka ubah hidup.

You see..tuan-tuan dan cik puan yang kami kasihi, keadaan ekonomi negara sebenarnya tak bagus.  Mungkin ada antara anda yang dan sedar dan terkesan dengannya. 

Kita lihat banyak firma-firma besar telah mula mengurangkan bilangan pekerja.  Malahan ada yang tutup terus.

Anda yang berniaga juga dah rasa terkesan. Ramai pelanggan dah mula kurangkan perbelanjaan dan hanya fokus kepada perbelanjaan asas sahaja.  Dan apabila ini berlaku ianya akan melarat dan mempengaruhi pusingan ekonomi negara dan dunia.

Dan lagi…Menurut laporan akhbar bertarikh 2 Mei 2019 – Ekonomi negara semakin perlahan! Jumlah eksport negara jatuh 5.3% kepada RM66.6 billion – bila eksport keluar berkurangan, bermakna permintaan juga berkurangan.  Dan menurut Alliance DBS Research prestasi lemah  dari tahun ke tahun menimbulkan kegusaran di kalangan pelabur.

Dan dengan indeks harga pengguna menunjukkan kadar inflasi yang tinggi.. Situasi ini diburukkan dengan keadaan suku pertama tahun 2019 yang lemah seperti yang dijangkakan.

Jadi semua ini akan beri impak kepada kewangan negara dan seterusnya kepada kewangan anda sendiri.  Soalannya, apa back-up plan untuk anda?Adakah anda juga akan turut hanyut dengan keadaan semasa, dan terima je apa situasi yang ada tanpa anda perlu buat apa-apa untuk memperbaikinya.

Anda mungkin rasa, “nak buat bisnes lah..” atau jika anda dah ada bisnes anda mungkin rasa “ nasib baik aku dah ada bisnes” tapi betul ke bisnes anda boleh bantu anda tingkatkan tahap kewangan anda? Adakah bisnes anda mampu bantu beri lebih pendapatan atau adakah ianya juga dapat memanfaatkan orang sekeliling anda?

Bagaimana anda nak ubah hidup anda? Bagaimana anda nak jadi dari Zero ke Million?  Apa langkah-langkah yang perlu diambil dan apa first stepnya?

Sepanjang kami menganjurkan program dari tahun 2008, kami telah temui banyak kisah kejayaan dan kisah perubahan hidup setelah mereka mula menjalankan bisnes sehingga mereka mampu ada jenama dan bisnes yang terkenal.

Antaranya ialah Puan Nur Aini Zolkepeli yang dulunya hanya seorang surirumah kini bergelar usahawan pemilik jenama Nurraysa sehingga ada 5000 agen di Malaysia, Singapura dan Brunei..

Tuan Das Abdul pemilik bantal hotel DAG yang dulu mula berbisnes dari carboot sales dan kini dah boleh jual bantal hingga RM 9 juta setahun.

Dan ini membuatkan kami percaya kami ada ilmu yang mampu bantu anda ubah hidup.

Memandangkan keadaan ekonomi yang tak tentu, dan memandangkan masih ramai anak bangsa yang perlu dibantu untuk mereka ubah hidup, dengan kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes, dan memandangkan kami dah bantu ramai peserta program kami dari orang biasa-biasa sehingga menjadi jutawan, dari zero ke million sehingga mampu ada bisnes yang besar, dengan jenama yang hebat dan terkenal – baru saja tadi Dr Azizan Osman melancarkan sebuah program baru – Program Nak Ubah Hidup yang bakal berlangsung pada 30 Ogos – 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Shah Alam.

Anda mungkin fikir ini sama je macam Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang sudah berakhir November lalu – anda silap..!

Ini bukan IMKK tapi ini 10X IMKK!

Dan, kami nak berikan sesuatu yang hebat untuk 1000 pertama yang mendaftar di mana dengan serendah RM198 untuk 1 tiket anda akan mendapat 2 lagi tiket TAJAAN RICHWORKS. Dan ini bermakna anda boleh pergi dengan 2 lagi rakan anda ke Program Nak Ubah Hidup.

TAPI, terhad untuk 1000 yang pertama sahaja!

Jadilah yang pertama yang mendaftar. Layari www.nakubahhidup.com untuk sekarang. Tawaran ini hanya dibuka sehingga Ahad 5 Mei 2019 ini.

#TeamRichWorks
#Salamkejayaan

5 comments

  • Salina
    Salina
    Reply

    Saya nak joint kelas ni sebab saya nak ubah hidup saya jadi lebih baik ✋

  • MUHANI BT MAT WI
    MUHANI BT MAT WI
    Reply

    Harus ke depan untuk terus berjaya

  • Siti roslihan bt mat rasik
    Siti roslihan bt mat rasik
    Reply

    Nk ubah diri, nk jadi orang yang lebih berjaya

  • NORMASTURA BINTI YUSOF
    NORMASTURA BINTI YUSOF
    Reply

    Saya ingin lebih berjaya, maju le hadapan dalam Bisnes

  • SUHAIDA BINTI SHAHIDAN
    SUHAIDA BINTI SHAHIDAN
    Reply

    saya ingin ubah hidup supaya lebih berjaya dalam bisnes dan mengecapi impian yang selama ini terkubur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>