
Dalam perjalanan hidup anda pernah tak anda mendapat herdikan, kejian, direndah-rendahkan dan dibanding-bandingkan hanya kerana hidup anda kurang berjaya daripada orang sekeliling anda?
Apa perasaan anda ketika itu? Apa kebengangan anda? Adakah anda hanya mengangguk tanda setuju? Atau anda berasa panas dan nak buktikan diri anda juga boleh buat sesuatu luar biasa yang boleh membuka mata dan mengubah persepsi orang pada diri anda?
Kami ada cerita nak dikongsikan dengan anda… Tentang bagaimana Tuan Mohd Ridzuan Baharum (Tuan Iwan) pemilik Iwan Mi Udang menghadapi segala liku dan cabaran di sebalik kejayaannya hari ini.
Bukan harta jadi ukuran kejayaan. Velfire full spec sebijik, motor besar BMW sebuah, rumah bernilai juta-juta…hasil dari bisnes yang berjaya mungkin dipandang sebagai alat bermegah-megah oleh mata-mata yang silap menilai.Hakikatnya, segala liku-liku dan cabaran di sebalik kejayaan Tuan Mohd Ridzuan Baharum hanya dia je yang tahu..

Dia dah berniaga dari bangku sekolah, demi nak tanggung perbelanjaan sendiri. Di saat remaja lain enjoy zaman persekolahan, Tuan Iwan dah bergelut dalam dunia perniagaan gerai roti canai. Hasil simpanan yang dia buat membantu dia buka sebuah restoran.
TAPI…dunia bisnes ni terkenal dengan perkara-perkara tak elok. Macam-macam masalah yang dia hadapi dalam bisnesnya, menyebabkan beliau nekad nak tinggalkan tanah utara dan bekerja di sebuah hotel di Subang. Berguru melalui pengalaman, membantu beliau jadi lebih mahir dalam industri pengurusan restoran dan kedai makan.
Bukanlah seorang yang bersekolah tinggi, tapi beliau mampu ubah hidup dengan bisnes yang berjaya. Semakin belajar dengan Dr Azizan Osman, semakin dia rasa dia perlu menjadi insan berguna. Segala “kata-kata” orang dijadikan penguat untuk dia ubah hidup.

Kata Tuan Iwan dalam sesi Mentoring One-on-One Titanium bersama Dr Azizan Osman “Selepas 19 tahun dah niaga, setahun sebagai ahli Titanium amat berbeza. Apa ilmu yang Dr Azizan bagi, kalau bagi 1 saya kaji hingga 10, lepas tu buat dan Alhamdulillah jadi.”
Maknanya, dia buat lebih daripada diminta kerana nak berjaya. Kalau anda… sanggup tak buat lebih untuk diri dan keluarga? Nak berubah tak ni?
Jual Mi Udang je…apa sangat lah… Tapi kalau pi utara, jangan tak cari Iwan Mi Udang, sekali rasa selamanya terkenang…Tahniah Tuan Iwan Mi Udang. Kami di RichWorks bangga dengan tuan…jumpa lagi di Program RichWorks akan datang.
Ya, betul anda sudah mendaftar. Tapi tak salah untuk anda contohi Tuan Iwan yang membawa keluarganya ke Program Nak Ubah Hidup 2019 kerana bercerita pengalaman tersangatlah berbeza dengan merasai sendiri pengalaman berada di program ini.
#TeamRichWorks