Ads

Anak Pak Maun berhias di hujung birai,

Dek menunggu Sang Jejaka Perkasa,

Walaupun ICM Langkawi sudah melabuhkan tirai,

Kesannya hingga kini masih terasa.

Masih di mood Bangsawan lagi rupanya! Manakan tidak, perkongsian Bangsawan Usahawan Titanium yang mengenakan busana Bangsawan selama 4-hari mana boleh dilupakan. Nak nak pulak, Majlis Anugerah Bangsawan Titanium yang berlangsung pada malam 5 Februari 2019 yang mengangkat 40 usahawan yang layak menerima 14 kategori anugerah yang dipersembahkan pada malam tersebut pasti membuatkan jutawan ini tidak boleh tidur lena kerana membayangkan saat bahagia itu.

Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar. Kali ini di ICM Dr Azizan Osman menekankan isu BRAND. Brand is a promise. Mungkin bagi sesetengah usahawan, brand atau jenama itu tidak penting. Sedangkan Brand adalah salah satu alat penting dalam perniagaan. Bagaimana untuk ‘hidupkan’ brand anda? Kupasan demi kupasan diberikan kepada lebih 180 Bangsawan Titanium pada Inner Circle Meeting yang berlangsung di Langkawi dari 5 Februari 2019 hingga 8 Februari 2019 di The Westin Hotel Langkawi ni. Memang tak panggung kepala Titanium semua mengambil nota!

Apa yang menarik, sesetengah daripada mereka teruja dengan sesi pembelajaran kali ini. Malah ada yang baru tahu tentang kepentingan Brand yang telah ditekankan oleh Dr Azizan Osman pada ICM kali ini. Ramai yang terbuka mata malah ada yang nampak jalan yang mana untuk mereka ambil langkah selepas ini.

Bukan itu sahaja, Dr Azizan Osman turut menekankan tentang apa perkara yang pengasas dan usahawan perlu protect dan defend dalam perniagaan mereka. Malah mereka turut diberikan tugas dan game yang berkaitan untuk mereka fikir tentang hala tuju syarikat mereka selepas ini. Sebagai leader dan ketua dalam syarikat, mereka sangat penting untuk mengemudi ‘kapal’ mereka untuk menjadi contoh kepada staf di bawah mereka.

Sesi sharing juga banyak dilakukan pada kali ini. Dengan adanya sesi sharing, ia akan memberi pendedahan dan maklumat yang mana mereka semua patut buat dan abaikan. Mungkin sesi sharing bagi sesetengah orang ia amat membosankan. Namun percaya atau tak, sesi sharing dari beberapa Titanium ini sebenarnya memberi pendedahan dan banyak juga AHA moment yang akan membantu mereka yang lain untuk take note apa yang penting.

Selain Brand, Bangsawan Titanium juga didedahkan dengan pengertian Brand Leadership yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu Tangible Benefit dan Intangible Benefit. Apa perkara yang boleh nampak dan apa perkara yang tak boleh nampak dalam syarikat mereka. Untuk tajuk ini, Dr Azizan Osman banyak highlights kan kepada mereka untuk lebih ambik berat dan ambil tahu tentang apa yang bakal mereka pelajari kali ini. Hurmm..sounds interesting…Nak tahu lanjut mestilah anda perlu menjadi salah seorang Bangsawan Titanium..tak gitu? In shaa Allah suatu hari nanti kami doakan anda akan menjadi salah seorang Bangsawan Titanium dari RichWorks.

Selain berada dalam kelas sahaja, ICM kali ini juga ada melakukan aktiviti luar yang dalam masa yang sama boleh mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Dan kali ini juga, ramai Bangsawan Titanium baru merasa pengalaman pertama mereka di sini. Antaranya Shuib Sepahtu, serta ramai lagi ahli Titanium yang baru. Antara aktiviti luar yang dijalankan adalah senaman bersama Personal Trainer dari Dr Azizan Osman sendiri yang diterbangkan semata-mata untuk memberi surprise kepada Bangsawan Titanium semua. Ia bukan perkara biasa yang kami buat tapi itu adalah salah satu elemen yang kami bawakan khas untuk mereka. Memang betul excited!

Mereka adalah usahawan yang berjaya. Dan antara mereka dah pun trending di Malaysia. Ada antara mereka yang bermula di program Seminar, IMKK dan ramai yang bermula dari MMM. Kalau anda nak jadi seperti mereka mulakan sekarang. MMM Mac 2019 akan berlangsung pada 1 – 3 Mac 2019 nanti. Daftar di sini www.marketingmastery.com.my untuk mulakan perjalanan anda sekarang, jika tidak sekarang, bila lagi? Apa saja yang kita buat, setiap hari kita kena buat benda baru, cuba dan tak boleh nak duduk selesa dengan apa yang kita ada. Ramai pengasas dan ada juga bisnes yang duduk dalam keadaan selesa. Mereka degil dan tak mahu bekerja keras. Titanium ni didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pelbagai jenis situasi. Dan ini menjadi penyebab untuk mereka terus belajar dan kembangkan syarikat mereka untuk jadi lebih baik. Kami seru kepada usahawan di luar sana, jangan buang masa, mulakan tindakan anda sekarang!

Ads

One comment

  • ROSLINA BINTI OSMAN
    ROSLINA BINTI OSMAN
    Reply

    Ya saya. Nak jadi usahawan yg sangat berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>