Ads

Bulan Februari bulan yang sangat crucial! Bulan Februari juga yang akan menentukan hala tuju anda untuk tahun 2020. Saya teruja nak share something tentang bulan Februari, tetapi apa-apapun kita kena bersyukur terlebih dahulu sebab dah berjaya habiskan bulan Januari.

Saya tengok ramai Titan dan SPIRE RichWorks yang berjaya capai jualan tinggi untuk bulan Januari. Mungkin ada juga antara mereka dan anda yang gagal capai sasaran jualan untuk bulan Januari, tapi itu bukan bermakna anda kena stop buat lebih baik. Anda kena terus Bangun! Bangun! Bangun!

Point yang saya nak share adalah bagaimana nak hadapi Februari dalam kerangka pengurusan bisnes. Dari aspek Compliance, Cashflow dan Costing bisnes anda untuk Februari 2020. Ada 4 point yang anda kena ambil kira:

1/ Jangan Rasa Selesa

Bulan Januari adalah permulaan tahun. Ada antara anda yang dah capai sasaran jualan bulan Januari. Tahniah…Cakap pada diri sendiri, good job! Tapi, bulan Februari akan jadi sedikit mencabar. Sebab apa? Ada antara anda bila dah capai target, lepas tu anda dah mula lemau.

Contoh: Katakan anda target nak capai jualan RM1.2 juta untuk bulan Januari, tapi anda berjaya capai RM1.5 juta, Apa anda patut buat? First…Anda patut bersyukur, itu satu achievement. Tapi problem dia bila dah over achieve, kita akan mula rasa selesa. Ibarat dunia ni macam milik kita. Bangun! Jangan poyo. Baru satu bulan capai dah mula lupa diri. Tak boleh macam tu. Kalau anda over achieve patutnya anda ubah target anda. Naikkan lagi target anda. Kena ada mindset always nak break the record. Tolong ingatkan diri sendiri jangan rasa selesa.

2/ Jangan Give Up

Kalau sales anda drop, tak berjaya capai target. Jangan GIVE UP. Katakan target anda untuk bulan Januari adalah RM1 juta, tapi anda berjaya buat RM500 ribu je…Jangan mengada-ngada nak kurangkan target dari RM1 juta tu jadi RM800 ribu. Cakap kat diri sendiri, kau dah kenapa?

Jangan macam tu. Ini baru first month. Jangan give up dulu. Tenang dan rileks. Kalau anda target RM1.2 juta setahun, jadi target setiap bulan adalah RM100 ribu. Tapi, untuk bulan Januari anda mampu capai RM50 ribu je… 

Jangan murung dulu, rileks dan tenang. Apa anda kena buat adalah kena usaha lagi untuk bulan Februari kena capai RM150 ribu untuk cover balik target pada bulan Januari. Jangan sesekali turunkan target sales anda. Kalau anda tak berjaya capai target jualan, dunia ni belum berakhir lagi. Anda kena usaha lebih lagi.

3/ Gaji Minimum RM1,200 Berkuatkuasa Bermula 1 Februari 2020

Apa anda kena buat bulan Februari ni? Ada berita yang sangat mencabar baru diumumkan. Anda yang beroperasi di 57 buah bandar utama, berkuatkuasa 1 Februari 2020 kadar gaji minimum di 57 buah bandar utama telah dinaikkan.

Jadi, apa kesan pada Cashflow, Payroll, bajet, kos dan kewangan bisnes anda terutama yang beroperasi di 57 buah bandar utama ni? Of course ada kesannya, tetapi sebagai majikan dan bisnes owner sepatutnya anda dah bersedia awal dengan plan B.

Bagaimana mereka tentukan 57 buah bandar utama ni? Penentuan ni dibuat berdasarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kawasan Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Kalau Majlis Daerah tidak terlibat dengan kenaikan gaji minimum ni. Siapa yang tak kena, boleh ucapkan Alhamdulillah. Siapa yang kena, anda juga patut ucapkan Alhamdulillah sebab ini membuktikan anda mampu bagi gaji yang lebih pada staf. Cuma, kalau staf yang tak bagus macam mana? Anda kena cepat-cepat cari cara untuk buat sesuatu.

4/ Novel Coronavirus

Ini adalah point yang sangat penting. Sekarang seperti yang kita sedia maklum, satu dunia especially di Asia Timur, berita tentang China di serang Novel Coronavirus. Negara kita masih lagi dalam situasi yang boleh dibendung, cuma kita juga perlu berjaga-jaga.

Tapi ada sesuatu yang penting anda kena tahu. Negara China adalah salah satu kuasa ekonomi besar di dunia. Bila mereka ni kuasa besar, sama ada kita eksport barang kepada mereka atau kita import barang dari mereka, kita tetap berurus niaga dengan mereka. Kita bergantung untuk dapatkan barang dari mereka. Di Malaysia, ada juga certain bisnes yang jual barang ke China.

Apa kesannya? Kesannya adalah, kalau kita bergantung kepada mereka untuk dapatkan barang, barang akan sangkut. Kalau kita yang hantar barang ke sana, pun akan sangkut juga sebab banyak penerbangan ditunda dan dihentikan sekarang. Contohnya, ramai pelancong China di Sabah tengah stranded sebab tak ada flight dari China. Sabah antara destinasi kegemaran pelancong dari China.

Like it or not, bisnes anda kalau berkait dengan sumber dari China, anda kena tengok balik bisnes anda. Akan ada situasi bermula Februari ni. Tapi jangan rasa murung pulak. Anda kena bijak plan dan buat strategi. Perkara ni sangat kritikal. Jadi jangan buat tak ambil peduli. Anda kena sangat-sangat berhati-hati, jaga-jaga dan kena alert dengan banyak benda yang sedang berlaku di luar sana.

Betul, rezeki yang Allah SWT turunkan Maha Luas. Tapi kita kena lihat bagaimana kita uruskan bisnes kita dan berapa banyak usaha yang kita dah buat. Kena tengok banyak aspek. Sekarang kita baru awal Februari, masih sempat untuk anda nak capai target bulan Februari. Yang penting, jangan give up selagi kita masih hidup.

Nasrul Hadi Shukran 
Vice President Finance, RichWorks International

#SmartAccountant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>