Ads

George Joseph Laurer yang membawa resolusi dalam dunia peruncitan dengan memperkenalkan kod bar sekitar tahun 1970-an mungkin tidak familiar untuk orang ramai. Tapi kalau sebut barcode je, mesti semua terbayang-bayang barcode yang ada pada pembalut makanan, minuman dan sebagainya. Aha! Beliaulah yang mencipta barcode ni. Awesome kan? Mungkin namanya asing bagi anda tapi ciptaannya digunakan hingga kini malah memudahkan dunia peruncitan!

Beliau baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir di usia 94 tahun pada Khamis, 5 December 2019 lalu di Wendell, Amerika Syarikat (AS). Bekas jurutera yang berkhidmat untuk syarikat komputer IBM ini merupakan pencipta bersama Kod Produk universal (UPC) yang boleh mengimbas pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan barangan.

Semasa beliau berkhidmat di IBM, beliau telah mencipta UPC dan turut menjadi jurutera kanan pada 1969. Pada 1973, beliau berjaya melopori pembangunan simbol UPC dan menjadi revolusi pada hampir setiap industri di dunia.

Pada 1973, IBM melancarkan produk itu dan urusniaga kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun berikutnya di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.

Kod bar adalah belang hitam putih dengan ketebalan berbeza yang mana ia hadir dengan 12 digit nombor. Ia digunakan sebagai identiti pengenalan setiap produk yang menjadi satu perubahan besar dalam dunia peruncitan suatu ketika dahulu. 

George Laurer pada tahun 2011 di Innovation Hall of Fame Inovasi Universiti of Maryland

Sejarah Barcode

Pada tahun 1932, Wallace Flint membuat sistem pemeriksaan barang di perusahaan retail. Awalnya, teknologi barcode dikendalikan oleh perusahaan retail, lalu diikuti dengan perusahaan industri. Seterusnya pada tahun 1948, pemilik kedai makanan lokal meminta Drexel Institute of Technology di Philadelphia, untuk membuat sistem pembacaan informasi produk selama checkout secara automatik.

Kemudian Bernard Silver dan Norman Joseph Woodland bergabung untuk mencari solusi. Pada 1970 buat pertama kalinya barcode dipakai secara komersial adalah pada tahun ketika Logicon Inc. iaitu membuat Universal Grocery Products Identification Standard (UGPIC).

Kewujudan barcode memudahkan pengurusan scan barangan

Apa yang anda boleh pelajari dari revolusi yang diperkenalkan oleh George Laurer ini adalah dalam berbisnes, anda juga perlu untuk melakukan penambahbaikan dan pembaharuan dalam bisnes anda. Baru lah boleh dikatakan ada kelainan yang dibawa pada tahun baru nanti. Setuju? Tapi, apakah penambahbaikan yang boleh para usahawan dan peniaga lakukan? Jom baca apa yang anda boleh tambahbaik bisnes pada tahun 2020.

3 Penambahbaikan Dalam Bisnes Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun Baru

1. Cara Berfikir

Ini adalah salah satu penambahbaikan yang perlu anda lakukan. Dengan berfikir secara matang akan mengelakkan anda daripada melakukan perkara yang tidak berbaloi. Ini kerana cara anda berfikir akan menentukan sejauh mana minda anda berkembang.

Dalam berbisnes anda perlu berfikir secara positif dan perlu bertukar pendapat dan idea dengan usahawan lain. Maka, anda akan dapat memperbaiki kelemahan yang ada supaya dapat ditambahbaik dengan sebaiknya.

2. Teknik Dalam Berniaga

Strategi dan teknik dalam berniaga memerlukan kelainan. Kelainan di sini bermaksud elakkan menggunakan teknik niaga yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. Ini untuk mengelakkan daripada pelanggan berasa bosan dengan teknik lama yang anda gunakan.

Gunakan teknik dan strategi yang berbeza-beza agar lebih efektif dan kreatif dalam menunjukkan sesuatu yang baru dan fresh! Jadi, jangan lupa lakukan perubahan!

3. Pengurusan Kewangan

Haaa, anda juga perlu lakukan perubahan yang baru dalam menguruskan kewangan. Terapkan disiplin dalam diri untuk merekod segala transaksi kewangan keluar masuk syarikat anda. Dengan adanya rekod yang jelas, anda akan nampak aliran wang keluar masuk tanpa ragu-ragu.

Hal ini untuk memastikan pengurusan kewangan anda lebih teratur dan sistematik. Rekod tersebut bukan sahaja boleh dijadikan bukti penggunaan kewangan malah dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Jadi, sempena tahun baru yang bakal tiba apa kata anda cuba lakukan penambahbaikan seperti di atas. Moga-moga bisnes anda bertambah maju dan maju lagi. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>