Ads

Cerita kejayaan pasangan suami isteri, Puan Siti Mariam Abd Samad dan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam yang juga merupakan pemilik Faith Fleur by CTMARY ini tidak bermula dengan mudah.

Bukan lahir dari keluarga yang kaya, mewah dan senang. Puan Siti Mariam merupakan bekas jururawat yang pernah berkhidmat selama 3 tahun manakala suaminya, Tuan Halim pula mencari pendapatan sebagai peniaga pasar malam. Jika tidak berniaga di pasar malam, beliau akan bekerja di kedai makan ibunya dengan gaji RM50 sehari.

Ketika beliau berusia 24 tahun, hidupnya sarat memikul beban hutang. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang kedai perabot dan banyak lagi yang kesemuanya berjumlah lebih dari RM100,000. Bayangkan berhutang sebanyak itu seawal usia 24 tahun! 

“Ini ujian dalam hidup saya. Saya terduduk pada waktu tu dan saya tanya pada diri saya, nak harap gaji je sampai kiamat pun tak akan habis bayar hutang-hutang saya. Saya nekad untuk ubah hidup saya. Nak tak nak kena buat bisnes untuk cepat bayar hutang.”

Wanita ini bersyukur dipertemukan dengan RichWorks oleh rakannya pada tahun 2017. Beliau bermula dari kosong bersama RichWorks sehinggalah bisnes beliau sekarang dah berjaya. Katanya dulu beliau hanya fikir dengan kerja makan gaji akan dapat banyak duit tetapi bersama RichWorks mindset beliau telah bertukar bahawa sebenarnya dalam hidup kita kena bagi manfaat kepada orang lain supaya kita juga akan dapat manfaat yang lebih.

Alhamdulillah bisnesnya mula menunjukkan hasil, semakin ramai ejen dan stokis yang join dan sales pun dah mampu capai RM 80 ribu – RM 100 ribu sebulan pada ketika itu. Dapat juga beliau langsaikan hutang-hutang yang ada. Cuma..ada masalah lain pula yang timbul.

Tak ada duit ada masalah, dah banyak duit pun kenapa ada masalah? Menurut beliau, bila dah berjaya naikkan sales sampai satu tahap beliau stuck dalam bisnesnya. Dalam masa yang sama duit bisnes beliau terlalu banyak yang bocor. Sales rasa macam banyak tapi hujung bulan tak tahu ke mana duit tu semua pergi.

Hadir ke Entrepreneur Foundation Program (EFP) https://richworks.com/efp/ menjadi satu titik permulaan pada Puan Siti Mariam kerana di program inilah beliau mula sedar masalah dalam bisnes beliau yang sebenarnya adalah tentang pengurusan duit bisnes.

“Masa EFP tu saya nampak banyak salah saya. Tak kira duit, tak urus duit, tak ambil gaji. tak carum KWSP. Balik kelas saya apply ilmu EFP. Perkara pertama saya buat adalah daftar perniagaan dulu. Saya mulakan dengan Enterprise dulu. Kemudian saya betulkan macam mana nak urus duit dan berapa akaun bank kena ada. Semua ilmu tu dari EFP. Bayar cukai pun saya belajar di EFP. Bila dah buat banyak duit, korang rasa duit tu korang punya. Bisnes tak boleh grow sebab korang guna duit tu. Salah guna dan urus duit bisnes akan menyebabkan bisnes memang tak boleh grow.”

Bila dah buat bisnes, sangat penting untuk urus duit bisnes dengan baik. Selain marketing, duit adalah nadi bisnes anda. Kalau tak ada duit macam mana nak grow, nak buat marketing, nak hire staf dan pergi belajar. Tak ada ilmu, bisnes pun tak boleh ke mana.

Bagi Puan Siti Mariam, mengimbas perbezaan hidupnya dulu dan kini beliau amat-amat bersyukur. Kejayaan manis yang beliau capai apabila tahun ini kali kedua beliau dapat bawa keluarga mengerjakan umrah.

“Saya tak pernah dapat kata-kata pujian dari mak yang dia bangga dengan saya. Jadi saya nak buktikan pada mak. Saya dah belikan mak kereta, belikan rumah, bawa pergi umrah.  Mak tak cakap kat saya, tapi dia cakap kat kawan dia. Bila saya dengar benda tu pun saya dah cukup bangga. Mak akan cerita pada kawan-kawan dia, kereta ni saya yang belikan, rumah ni saya yang belikan. Dulu saya ni anak yang nakal, degil, suka habiskan duit. Saya nak duit yang saya cari ni untuk bahagiakan dia di hari tua dan gembira dengan anak-anak dia.”

Lebih membanggakan beliau, segala ilmu yang beliau dapat bersama RichWorks beliau turunkan kepada team beliau dan mereka juga semakin berjaya dalam hidup dan bisnes.

“Result yang saya paling bangga bila team saya pun dah boleh beli kereta, selesaikan hutang, bahagiakan keluarga, hantar keluarga mengerjakan umrah dan bercuti. Saya travel jauh-jauh untuk pergi belajar dan ini adalah pengorbanan saya sebagai founder. Saya dah ada apa yang saya nak. Impian personal saya semua dah tercapai. Tapi ada satu impian saya belum tercapai iaitu selagi agen dan stokis saya tak berjaya capai impian mereka. Itu big why saya. Saya kena terus buat. Tak boleh selesa dan kena upgrade ilmu.”

Bagi Puan Siti Mariam, bila buat bisnes penting untuk sentiasa upgrade ilmu kerana hanya dengan yang akan membuatkan anda dan bisnes boleh grow.

Terinspirasi dengan perkongsian Puan Siti Mariam? Teruskan follow RichWorks. Anda juga boleh layari https://richworks.com/efp/ untuk tahu lanjut mengenai program Entreprenuer Foundation Program (EFP).

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>