
Sebut saja jawatan pensyarah, pasti ramai yang terbeliak mata. Manakan tidak, jawatan tinggi gaji ribuan ringgit ni pasti menjadi idaman makcik-makcik di kampung untuk jadikan menantu. Almaklumlah kerja hebat. Namun jangan tak tahu, walaupun gaji ribuan atau puluhan ringgit pun, jika tak pandai nak uruskan kewangan, lain jadinya.
Sama situasi dengan salah seorang anak didik Dr Azizan, salah seorang ahli aktif Titanium, Tuan Wahi Abd Rashid yang pernah bekerja sebagai Tutor di sebuah universiti awam di Sarawak sejak tahun 2005 dengan gaji permulaan RM1,900 ringgit sebulan. Namun, beliau menghadapi masalah tidak cukup duit dan berhutang kad kredit sebanyak RM40,000. Ni lah yang dikatakan punyai tahap kewangan yang kronik apabila hutang melebihi dari duit gaji!
Jawatan agak hebat kerana beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi iaitu Ijazah Sarjana Sains (Master of Science) dalam bidang Environmental Science. Namun apakan daya, walaupun mempunyai tahap pendidikan yang agak tinggi, beliau jahil dalam ilmu pengurusan kewangan. Akibatnya beliau selalu menghadapi masalah kewangan.
Bagi menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya, beliau berhijrah dalam mencari kesenangan, kebahagiaan, ketenangan hidup bersama keluarganya. Hanya ingin mendapatkan duit extra RM300 ringgit sebagai belanja untuk barang dapur, beliau mula mencari solusi yang boleh membantu tahap kehidupan keluarganya.
Kisah bermula selepas pelajarnya sering meminjam keretanya untuk ke sesuatu destinasi. Lalu beliau terfikir untuk menyewa keretanya itu kepada pelajarnya. At least ada juga income yang dia dapat. Dan bermula dari ini jugaklah, beliau tekad untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah selepas bisnes kereta sewa yang diusahakan oleh beliau mula mendapat tarikan. Tambah menarik, pendapatan berbisnes melebihi pendapatan beliau yang bekerja sebagai pensyarah.
Ikuti perjalanan Tuan Wahi yang sudah 12 tahun menjalankan perniagaan kereta sewa ini dengan menonton video di bawah. Kami pasti kisah beliau akan memberi anda inspirasi dan mengajar anda jangan cepat berputus asa. Saksikan sekarang.