
Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng dah bentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 lalu. Anda tengok tak? Mestilah tak kan? Anda biasa tengok drama Korea, drama pukul 7 tu. Yang tu lebih menarik minat anda kan?
Apa yang kami nak share kan adalah antara intipati Belanjawan 2020 kali ni especially untuk usahawan-usahawan ni. Anda tahu tak geran sebanyak RM445 juta akan diberikan daripada segi akses kepada pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan keusahawanan Bumiputera. Anda nampak ni satu peluang untuk disambar atau dilepaskan?

Nak cerita lebih spesifik nak bagi anda jelas – dari geran berjumlah RM455 juta tu akan dipecahkan kepada:
1/ RM150 juta untuk semua program pembangunan dan peningkatan kemahiran keusahawanan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
2/ RM75 juta untuk membina kapasiti PKS Bumiputera oleh SMECorp, yang merangkumi program untuk meningkatkan pemasaran, pembungkusan dan celik kewangan. I suka perkataan celik kewangan ni. Sebab apa? Sebab ramai usahawan yang tak celik-celik lagi bab jaga DUIT ni. Duit bisnes tu dibuat belanja ikut suka hati je..
3/ RM170 juta untuk akses pembiayaan melalui TEKUN Nasional, SME Bank dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).
4/ RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Kita ni bisnes biasa-biasa je…nak grow pun bukan mudah kalau bisnes kita tu Cashflow pun terkemut-kemut lagi. Bila ada peluang dan ruang yang ada, sebagai usahawan sepatutnya kena nampak benda ni dengan jelas. Jangan merungut tak dapat tu, tak dapat ni. Peluang ada depan mata tapi tak nak grab lagi.
Sebab tu masa dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP), selalu kami tekankan yang orang berniaga ni kena betulkan mindset dari seorang pekerja kepada mindset USAHAWAN. Nak tukar kepada mindset usahawan kena ada ciri-ciri ni:
1. Ambil tindakan
- Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Adakah anda rasa bisnes anda akan berkembang kalau anda sendiri tak mulakan tindakan untuk rebut peluang yang ada.
2. Ada perasaan takut
- Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat apa-apa dengan perniagaan. Ramai usahawan bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk bergerak ke hadapan.
3. ‘Obses’ Dengan Cashflow
- Cashflow atau aliran tunai sangat penting dalam sesebuah bisnes. Jangan hanya seronok guna kad kredit peribadi, anda dah rasa selamat. Aliran duit perlu dalam perniagaan jika mahu tahan lama. Ia umpama sungai yang mana air yang masuk dalam sungai mesti sentiasa melebihi air yang keluar atau pun sama banyak.
4. Bijak Mencari Peluang
- Usahawan harus bijak mencari peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan. Perniagaan yang mempunyai masalah besar sebenarnya ia menunjukkan mereka mencari peluang untuk memperbaiki diri dan operasi syarikat.
5. Berfikiran Jauh dan Unik
- Usahawan adalah mereka yang berinovasi, sanggup mengambil risiko dan menghasilkan idea idea baru untuk mencipta penyelesaian masalah masa hadapan. Adakah anda salah seorang usahawan seperti ini?
6. Komitmen Yang Tinggi
- Mempunyai komitmen tinggi adalah sikap yang sentiasa tertumpu kepada perniagaan yang dijalankan. Mereka sentiasa berusaha untuk memperoleh hasil yang terbaik mungkin dengan sumber daya seminimal mungkin.
7. Tidak Cepat Mengalah
- Jatuh bangun dalam perniagaan adalah normal. Jadi anda jangan cepat mengalah, malah jadikan ia sebagai salah satu pembakar semangat untuk kembali membina perniagaan yang baik.
Ok lah, kami harap anda baca dengan apa yang kami cuba share ni…nak masuk tahun 2020 dah…janganlah nak terus berniaga di tahap yang sama dan cara yang sama je. Tak tahu atau nak belajar…cubalah rajin-rajin membaca atau tanya pada orang-orang yang lebih arif. Boleh ke boleh?
PS: Jangan tanya kami pulak macam mana anda boleh dapatkan peruntukan seperti yang kami mention di atas tu. Just try go and explore okay! Semoga Berjaya.