Ads

Tahniah! Kepada lebih 11,000 ribu peserta IMKK Terakhir. Akhirnya ia melabuhkan tirai buat selamanya pada 4 November 2018 yang lalu. Perjalanan IMKK Terakhir ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bagi kami di Richworks. Namun kami gagahkan untuk buat yang terbaik habis.

IMKK kali ini adalah merupakan hasil kerja setiap seorang dari kami di Richworks, walaupun kami berbeza department dan bahagian. Dan setiap dari kami sangat bertungkus lumus berusaha untuk menjayakannya.

Bukan mudah untuk membawa 11,000 ribu peserta hadir ke dalam satu program keramat dengan tujuan untuk menyedarkan mereka bahawa mereka layak untuk hidup jauh lebih baik, mereka layak untuk hidup kaya dan berjaya dengan tahap kewangan yang lebih baik, dan mereka mampu membahagiakan diri sendiri dan orang tersayang.

Ada banyak proses yang perlu kami lakukan. Dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya, kami perhatikan setiap satu. Semuanya kerana kami mahu memberikan pengalaman paling terbaik yang tak dapat anda dan kami sendiri lupakan di IMKK kali ini, dan kami nak pecahkan semua rekod IMKK yang pernah kami adakan sebelum ini.

Setelah membuka pendaftaran seawal Mei 2018 dan persediaan dibuat sebaik-baiknya, akhirnya IMKK yang terakhir ini sudah sampai ke titik noktahnya. Tiada lagi IMKK menutupkan tirainya dan ia menjadi pengakhiran perjalanan IMKK sejak 2009.

Kami mengucapkan jutaan tahniah kepada semua peserta yang komited untuk hadir dari hari pertama hingga ke akhir, setiap air mata yang tumpah dan setiap azam dan impian yang anda bina di IMKK jangan sekali anda biarkan ianya terkubur.

IMKK ini yang terakhir tetapi semua peserta yang hadir sepatutnya melangkah gagah perlu teruskan perjalanan mencari ilmu menjejaki mereka yang telah berjaya.

Pesan Dr Azizan Osman “Apa yang kita tahu dan kuasa tindakan kita akan menentukan tahap pendapatan kita.”


Semua peserta yang hadir dah tuliskan 101 Impian yang mungkin buat sebahagian dari mereka, ia pengalaman baru dan pertama kali menulisnya. Ada yang berjanji dengan keluarga tersayang untuk hadiahkan mereka kebahagiaan dan ramai yang dah nekad nak tingkatkan tahap kewangan mereka. Pesan kami supaya mereka jangan sia-siakan azam mereka. Terus komited dan konsisten buat tindakan.

Dalam IMKK terakhir, kami bawakan barisan #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya ubah hidup mereka dalam sesi Showcase dan kami juga hadiahkan buku 100 Inspirasi Kejayaan sebagai bukti, sesiapa sahaja yang sentiasa upgrade diri dengan ilmu dan mentor yang terbukti berjaya serta buat tindakan mampu berjaya ubah dan tingkatkan tahap kehidupan In sha Allah.

Dan apa yang menarik di IMKK Terakhir ini, peserta sendiri dapat melihat bagaimana selebriti tempatan seperti Norman Hakim, Aeril Zafril, Along Cham, Angah Raja Lawak dan beberapa selebriti lain yang juga sanggup hadir kerana mereka juga nak miliki ilmu kejayaan. Tak kira siapa mereka sebelum IMKK, mereka sebenarnya layak untuk berjaya asalkan mereka mahu dan NAK bertindak lebih luar biasa dari sebelumnya.

Dan sepatutnya mereka yang hadir tak perlu ada lagi alasan untuk berjaya setelah mereka sendiri dapatkan ilmu kejayaan dari Mentor Kejayaan Nombor 1 Asia, Dr Azizan Osman. Mentor yang pernah merasai bagaimana peritnya hidup dengan hutang, sakitnya dikeji dan dicaci orang, dan siksanya bila tiada orang nak bantu tunjuk jalan kejayaan.

Kami mahu terus membimbing mereka yang komited untuk jadikan tahun 2019 tahun yang luar biasa sebagaimana kami telah dan sedang bimbing ramai yang lain yang telah berjaya dan berjaya lagi. Kami sangat-sangat menghargai dan kagum dengan kesungguhan peserta yang hadir untuk ubah hidup dan perbaiki diri.

Dengan kesungguhan mereka, dengan ilmu yang mereka ada serta dengan tindakan yang konsisten serta berterusan, kami yakin, InsyaAllah tak lama lagi kami akan dengar kisah kejayaan dari mereka.

Kami memohon maaf atas salah silap dan kekurangan di pihak kami. Kami berharap IMKK Terakhir ini menjadi kenangan terindah dan terbaik dan permulaan langkah kejayaan untuk semua peserta IMKK November 2018.

Kami doakan anda kaya dan berjaya.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>