
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang follow Facebook Azizan Osman Official Page, Instagram azizanosmanofficial, anda yang ahli Titanium dan Spire, student kami, anda yang pernah attend mana-mana program kami atau tonton YouTube Azizan Osman, dan sesiapa sahaja yang follow kami.
Saya just nak berkongsi sedikit apa yang saya rasa sambil kita menantikan Syawal dan Raya. Saya baru pulang dari Tanah Suci bersama ibu saya serta ahli keluarga yang lain.

Berkat doa anda semua, Alhamdulilah perjalanan kami dan ibadah kami dipermudahkan. Kami berasa amat bersyukur kerana Allah S.W.T mengundang saya dan ahli keluarga saya ke sana sekali lagi. Saya banyak mendoakan agar anda serta keluarga juga akan diundang sebagai tetamuNya setiap tahun Insha Allah.
Cabaran melakukan Umrah di penghujung 10 Ramadan kali ini semakin “meriah” dan
sesak bila Rajanya sendiri tahun ini mahu menyertai solat tarawih malam-malam
akhir Ramadan.
Bila Raja Saudi nak datang itu tidak ada masalah, cuma apa yang anda perlu tahu
ialah apabila Raja Saudi nak hadir tarawih, ia akan melibatkan beribu pengawal
keselamatan digerakkan. Sebelum beliau bergerak dalam kenderaan dari Jeddah
dari istananya ke istananya bersebelahan dengan Masjidil Haram Mekah, jalan
dari Jeddah ke Mekah akan ditutup untuk kegunaan orang awam atas dasar
keselamatan.
Penutupan jalan bagai membuatkan semua rancangan yang telah diatur menjadi huru-hara
dan porak-peranda. Ia menimbulkan banyak tanda tanya dan rasa tidak tentu bagi
kami semua ketika berada di sana. Beberapa kali kenderaan tidak dapat
masuk ke kawasan hotel langsung, walaupun mereka telah mencuba kerana jalannya tidak
dibuka.
Ini menjadi puncanya timbul sedikit kegusaran, salah faham dan perselisihan
sesama kita. Ada yang menyimpan rasa tidak gembira bila tidak nampak dan tidak
tahu cerita sebenar yang berlaku. Dan keadaan ini membuatkan ibadah kita penuh
dengan prasangka dan banyak perasaan kecewa.

Dan banyak pelajaran yang saya sendiri dapat dari
segala situasi ini, antararanya, “Kau nak buat apa sekarang? Ada perkara kita
boleh kawal dan banyak perkara di luar kawalan kita.”
Belajar untuk redha sahaja dan serah kepadaNya. Fokus kepada apa yang kita
boleh kawal atau ubah. Dapat diundang untuk melakukan Umrah pada 10 Ramadan
terakhir pun sudah satu nikmat tidak terkata di kala ramai lagi di luar sana
yang tidak pernah merasa.
Hidup ini banyak dugaan dan cabarannya. Banyak sangka-sangka dan menyangka. Apa
yang kita boleh buat pada hari Syawal yang mulia ini yang terbaik adalah: –
- Hulurkan tangan memohon maaf atas setiap sengketa dan sangka.
- Kita siapa untuk mengawal segalanya. Cinta, kasih sayang dan sillaturrahim mengatasi segalanya!
- Syukur kepada Yang Maha Empunya kerana masih diberi peluang untuk merasai sekali lagi Ramadan yang mulia dan Syawal yang bahagia. Entah, tidak tahu detik mana Dia akan memanggil kita.
- Ini juga peluang kita untuk memperbaiki diri kita dan ubah hidup kita!

Selamat Menyambut Hari Kemenangan di Hari Raya Aidilfitri yang mulia.
Maafkan setiap kata-kata dan jika ada terguris rasa. Hidup ini terlalu singkat untuk kita banyak bersengketa. Lebih baik kita fokus apa yang buat kita rasa bahagia.
Kasih sayang keranaNya!
Salam dari saya,
Dr Hj Azizan Osman
Mentor Usahawan #1 Asia