Ads

Ada yang seram tak baca tajuk kali ini? Aha…Jangan tak tahu ye, di zaman ni jika perniagaan anda tak mempunyai website, kemungkinan perniagaan anda dianggap tidak wujud! Kepada yang belum tahu, website adalah antara salah satu medium media sosial yang usahawan kini perlu titikberatkan.

Kewujudan media sosial sebenarnya bermula pada tahun 1978 ketika penemuan sistem papan buletin di mana kita boleh memuat turun maklumat, dapat berkomunikasi dengan menggunakan surat elektronik yang sambungan internetnya masih menggunakan saluran telefon dengan modem pada ketika itu.

Antara Media Social yang selalu digunakan warganet

Sistem papan buletin ini ditemui oleh Ward Christensen dan Randy Suess di mana kedua-duanya sama-sama meminati dunia komputer.

Pada tahun 1995, laman web GeoCities pula diwujudkan di mana laman web ini melayani Web Hosting iaitu layanan penyewaan penyimpanan data-data website agar halaman website tersebut dapat diakses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Kemunculan laman web GeoCities ini telah menjadi tonggak kewujudan kepada website–website yang lain.

Seterusnya, laman jaringan sosial bermula dengan SixDegree.com yang dikreditkan sebagai laman sosial pertama dan diasaskan pada tahun 1997 dengan ciri-ciri seperti profil, sahabat, dan mesej.

Ini lah antara serba sedikit sejarah kewujudan media sosial yang memang kita akui semakin hari ianya semakin penting terutamanya pada mereka yang sedang menjalankan perniagaan.

Adakah anda sedang menjalankan perniagaan ketika ini? Atau anda mempunyai barangan atau servis untuk dijual tapi tidak mempunyai laman web? Jika ya, ini samalah seperti perniagaan anda tidak wujud sebenarnya. Jika pada tahun 2018 yang hampir menjengah ke tahun 2019 ni anda masih berniaga tanpa website, memang susah untuk anda bersaing dan boleh dikatakan anda dah ketinggalan zaman.

Mengapa anda fikir orang melayari internet dan melawat laman web? Ya, untuk mencari maklumat. Dan jika anda berniaga, maklumat adalah amat penting. Sebab itu anda perlu mempunyai laman web dan laman web anda mesti mengandungi tentang apa yang anda boleh lakukan untuk pelawat laman web anda.

Di bawah ini adalah beberapa kelebihan dalam mempunyai laman web untuk perniagaan anda

1. Akses Kepada Pelawat

Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah

Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.

2. Akses Kepada Maklumat

Kemajuan laman web anda boleh dilihat kepada statistiknya

Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ? Anda juga boleh mendapat maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik laman web dan semua halaman-halamannya. Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda pada bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.

3. Kemudahan Pelanggan

Pelanggan mudah mencari anda sekiranya anda ada laman web sendiri

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu masuk ke laman web anda.

4. Meningkatkan Pelanggan

Anda mungkin popular dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana pula dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda? Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.

5. Pengiklanan

Digital Marketing adalah segala kegiatan marketing online yang anda boleh lakukan

Terdapat banyak cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui internet, memiliki laman web sendiri merupakan salah satu caranya dan ianya mesra alam. ‘Search Engine Optimization’ (SEO) sesebuah laman web mestilah bagus untuk promosi yang lebih baik. Jika anda sudah maju atau mempunyai peruntukan kewangan lebih, anda boleh cuba iklan di Facebook atau Google.

6. Lebih Murah

Perbelanjaan pengiklanan adalah mahal, terutamanya jika diiklankan melalui media cetak, radio, televisyen atau iklan berbayar di internet. Mempunyai laman web sendiri adalah cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan adanya laman web dan disertai dengan teknik pemasaran yang betul, promosi anda akan berjalan dengan jayanya.

7. Pautan

Pautan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk pemasaran viral (viral marketing). Jika terdapat banyak laman web yang menghubungkan kepada laman web anda, ini samalah seperti anda menyebarkan berita dalam laman web anda dengan lebih meluas lagi. Dan jika anda mempunyai laman web yang baik dengan isi kandungan yang baik yang dicari di internet, orang akan lebih cenderung untuk menghubungkan laman web anda kepada mereka. Ini bermakna pelawat laman web mereka juga terdedah kepada pautan yang menghubungkan mereka kepada laman web anda.

8. Meningkatkan Jualan

Laman web yang bagus dan selalu dikemaskini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.

9. Hubungan Yang Lebih Baik Dengan Pelanggan

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, anda boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malahan jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh menghantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin. Sistem maklum balas dalam talian adalah terbaik antara pelanggan dan anda. Selain membina hubungan yang baik dengan pelanggan, anda juga boleh memberikan mereka lebih banyak info mengenai perniagaan dan projek terkini anda melalui mesej atau e-mel.

10. Pelanggan Jangka Panjang

Anda ada laman web, maka anda akan ada pelawat dan pelanggan. Pelawat adalah orang yang singgah datang melihat laman web anda, manakala pelanggan adalah pelawat yang bertukar menjadi pembeli dilaman web anda. Bayangkan pelanggan ini menjadi pelanggan tetap anda, sentiasa membeli pada selang masa yang tertentu. Mempunyai laman web anda sendiri memberikan anda peluang untuk mendapat lebih ramai pelanggan atau pelanggan tetap yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

11. Peluang Membuktikan Kredibiliti

Kewujudan laman web menunjukkan anda mempunyai kredibiliti

Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai. Anda perlu memberitahu pelanggan anda mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui laman web anda. Dengan cara ini anda boleh mendapat maklum balas positif untuk perkhidmatan atau produk anda. Laman web anda juga boleh menjadi satu tempat untuk pelabur yang berpotensi untuk bergabung dengan anda untuk menjalankan perniagaan secara usahasama.

Pemilik perniagaan yang bijak akan juga membina laman blog untuk syarikat mereka. Mempunyai blog untuk menghantar kandungan terkini akan memastikan laman web anda menarik dan segar. Di samping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>