Ads

Ramai antara kita mengadu ada pelbagai masalah dalam “Partnership” business atau dalam usaha sama dengan orang lain. Mula-mula berkerjasama rasa sangat manis semua pun sayang. Selepas itu, ujian demi ujian muncul, dah mula rasa falsafah “ku sangka panas hingga ke petang rupanya ribut taufan melanda di tengahari” sangat tepat.

Masa tu kalau posting dia melintas di depan wall Instagram kita pun dah rasa geram semacam, belum lalu depan muka betul-betul lagi.

Sebab tu kita bukan boleh main “kahwin” jer dengan sesiapa. Macam bangun pagi terus nak Joint Venture (JV), terus nak usaha sama. Maklumlah kentut wangi masa tu, semua pun setuju, semua pun indah belaka. Sampai kita lupa ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk melindungi diri kita sendiri. Mungkin masa tu kita rasa “alah takkan la dia nak aniaya kita” atau “kawan baik kot takkan dia nak tipu” atau “nampak alim ulamak mustahil ada niat jahat”.

Siapa pernah kena? Anda pernah guna alasan yang mana satu untuk bekerjasama?

Nama pun manusia biasa yea, mudah termakan hasut, tertamak tiba-tiba, cemburu tidak tentu hala, hasad dengki datang bertandang dan pelbagai perubahan pun boleh berlaku.

Semua ini akan mengakibatkan pelbagai masalah antaranya:

1. Rasa down tahap paling low.

2. Kerugian mungkin beratus ribu atau juta.

3. Kerja turun naik mahkamah buang masa.

4. Kena ugut berpanjangan.

5. Hilang company.

6. Hilang maruah.

7. Mungkin juga boleh hilang nyawa.

Masalah ini boleh menyebabkan dahi kita berlekuk sebab tidur lengan sentiasa di dahi. Quality hidup sudah tiada lagi kerana banyak masa terbuang untuk selesaikan perkara ini. Tu pun kalau boleh selesai. Kini bangun pagi pun dah tiada kicauan burung lagi.

Jadi kalau benda ini berlaku apa nak buat? Tapi maaf, kali ini CheSuzz bukan nak share apa yang patut kita buat selepas kejadian ngeri dah berlaku tapi lebih kepada apa yang kita patut buat sebelum kita bersetuju untuk bekerjasama dengan sesiapa atau menerima sesiapa menjadi partner business kita.

Pepatah Mat Saleh ada menyebut “An apple a day keeps the Doctor away” atau kalau pepatah jawa “mencegah adalah lebih baik dari merawat”.

1. Kenal partner kita

Jelas sangat kan. Bukan setakat nak tahu nama dia jer dah nak berkongsi katil. Korek betul-betul pasal diri dan business dia. Jangan terlalu bersangka baik sangat, jangan rasa-rasa kita kenal sangat. Jangan agak-agak dia ada value dan visi yang sama dengan kita. Pernah ker dia ada buat usaha sama sebelum ini? Nama pernah disenaraihitamkan? Dalam CTOS bagaimana cerita yang dilaporkan?

2. Tandatangan surat perjanjian

Jangan percaya sangat bila dia cakap kita usaha sama ni based on trust sebab kita dah macam adik beradik dah. Adik beradik pun belum tentu tak tikam kita bila tamak melanda apatah lagi yang bukan adik-beradik.

Senaraikan semua kepentingan untuk diri kita dan company dalam pelbagai aspek seperti tujuan sebenar usaha sama ini, pembahagian keuntungan dan kerugian juga, pembahagian kos, jumlah share, skop-skop kerja dan tanggungjawab, syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi kedua belah pihak, perkara-perkara yang dipersetujui dan tidak dipersetujui, aspek-aspek undang-undang, tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya ada sesuatu berlaku dan banyak lagi perkara yang perlu disenaraikan dan dijelaskan untuk pemahaman dan persetujuan kedua-dua pihak.

Jangan anggap kita patut paham-paham saja sudah, kena perjelaskan, berbincang, adjust, negotiate dan betulkan sampai kedua-dua pihak puas hati. Pastikan istilah “Win Win Situation” diambil kira. Lepas dah setuju jangan simpan sahaja agreement tu, tandatangan selalunya dua salinan dan buat process stamping. Selalunya kita perlukan lawyer yang bagus dalam semua urusan ini.

3. Kena jelas penunjuk prestasi company

Kena ada prestasi indicator supaya jelas pada dua-dua parti yang bekerjasama. Bayangkan kalau target atau projection tidak dicapai? Pasti akan berlaku salah faham dan perselisihan pendapat. Adalah lebih baik untuk jelas tentang expectation dan sumbangan masing-masing sebelum tandatangan sebarang perjanjian. Penunjuk prestasi akan menyediakan pemahaman yang lebih jelas tentang prestasi company kepada kedua-dua pihak.

Sekiranya ada sebarang perubahan atau prestasi tidak seperti yang diharapkan, perbincangan segera boleh dibuat untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

4. Kena bersemuka dan berbincang secara terbuka

Tidak kira betapa sibuk kita sekiranya mahu berusaha bersama-sama. Adalah sangat penting untuk kedua belah pihak untuk selalu bersemuka dan berbincang semua perkara bekenaan usaha sama ini. Berbincang dan berterus-terang dalam semua perkara, sekiranya tidak dibincangkan dan disimpan di dalam hati takut nanti perkara kecik itu akan menjadi punca masalah di masa depan.

Ini juga penting untuk mengelakkan salah faham dan bermasam-muka dan timbul curiga antara satu sama lain di kemudian hari. Bukan itu sahaja ianya pasti akan melibatkan kerugian masa dan duit juga.

5. Buat rekod yang lengkap

Rekod yang lengkap ini termasuk lah agreement, semua minit mesyuarat, financial rekod, operation rekod dan semua rekod yang ada. Kena jelas siapa yang akan memegang rekod-rekod ini, di mana mereka simpan, siapa boleh access pada semua rekod ini. Begitu juga bagaimana record ini dijaga dan siapa bertanggungjawap menjaganya. Semua pun tahu kepentingan menjaga rekod tapi dalam hal usaha sama rekod akan jadi sangat berguna bila berlaku perkara tidak diingini di masa depan.

Jika kedua-dua pihak melantik key leader masing-masing untuk bertangunjawab pada usaha sama ini, akan jadi masalah bila rekod tidak disimpan dengan teratur. Bila mereka tiada lagi, pengganti akan ada masalah untuk mencari semula sejarah usaha sama ini atau terpaksa tanya merata tempat untuk korek semula bukti.

Rekod-rekod harus dikawal tidak boleh sesuka hati tambah, padam atau betulkan tanpa persetujuan atau pengetahuan kedua belah pihak.

6. Lantik penasihat yang betul

Kadang-kadang kita main pilih sahaja sesiapa untuk jadi penasihat kita dalam hal usaha sama ini. Selalunya orang yang tidak pernah pun buat usaha sama atau paling teruk business pun tak pernah buat.

Kalau company besar mereka akan melantik badan penasihat yang professional yang bertauliah untuk jadi penasihat. Yurannya pasti tinggi. Bagi saya memadai dengan melantik Lawyer yang berpengalaman dalam bidang usaha sama ini. Lawyer yang ada result yang bagus, berpengetahuan, kreatif dan yang penting apa yang dinasihati itu praktikal dan mengikut lunas undang-undang sedia ada. 

7. Rancang jalan keluar dari business dengan teliti

Selalunya bila nak usaha sama orang akan fokus pada perkara yang indah-indah sahaja untuk dibincangkan. Bagaimana sekiranya berlaku pepecahan atau ingin tamatkan kontrak perjanjian?

Apakah undang-undang usaha sama ada termaktub berkenaan perkara ini? Apakah yang adil bagi kedua-dua belah pihak sekiranya perkara ini berlaku? Adakah satu pihak yang ingin meneruskan business ini patut membeli share company dari pihak yang satu lagi? Atau bagaimana yang sepatutnya boleh dipersetujui bersama dan dimasukan dengan jelas ke dalam perjanjian usahasama ini.

Memang kita tidak mahu berpisah apabila sudah bercinta tapi siapa boleh jamin kebahagiaan akan berkekalan sehingga mati. Jadi dari mengelakan jatuh ditimpa tangga adalah lebih baik semua kemungkinan yang boleh terjadi disebut dan dipersetujui bersama di dalam perjanjian usahasama.

Semua point-point di atas hanyalah sekadar panduan sahaja untuk kita lebih berwaspada sebelum bertindak setuju untuk jalankan usahasama.

Bukan kita tidak perlu langsung untuk membuka perbincangan usahasama ini tapi kita perlu ada otak fikir perkara-perkara buruk juga, berhati-hati dan jelas tentang semua perkara sebelum bersama. Jangan terlalu ghairah dengan keuntungan dan kejayaan lebih besar bila berusahasama sampai kita terlupa banyak perkara terutama untuk melindungi diri dan business kita sekarang atau pada masa hadapan.

#IAmATitan
#ShareShare
#NakUbahHidup2020

CheSuzz
Vice President High Net Worth Client

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>