
Bisnes baju kurung yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah yang merupakan founder HASNURI ni hanya beroperasi di Kota Tinggi, Johor. Kawasan luar bandar yang mungkin orang tak nampak pun ada peluang untuk berniaga di situ.
Tapi apa yang buatkan bisnes mereka boleh mencanak naik dan berjaya? Apa benda betul yang mereka buat adalah, mereka tahu mereka tiada ilmu berniaga dan mereka belajar, cari ilmu dan betulkan asas pengurusan bisnes dulu. Tuan Hasbullah sebelum ini adalah bekas cikgu sekolah agama manakala isterinya Puan Nuriah merupakan seorang account assistant. Bayangkan, seorang guru dan seorang account assistant, tapi mereka pun tetap cari guru untuk belajar.
Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah adalah antara yang pernah hadir ke Program yang dikendalikan oleh Tuan Hj Nasrul Hadi C.A.(M) iaitu Entrepreneur Foundation Program (EFP), Cost Analysis Mastery (CAM) dan Smart Cashflow Management (SCM). Ketiga-tiga Program ini lebih fokus pada bagaimana untuk bantu usahawan faham tentang kepentingan pengurusan asas perniagaan seperti Cashflow, Akaun, Kos & Harga, Percukaian dan banyak lagi.
Bagaimana seorang yang ada pengalaman dalam bidang perakaunan masih datang belajar dan bagaiaman kelas EFP, CAM dan SCM ni membantu mereka?
“Sebelum ni experience saya dalam bidang akaun sekejap je. Saya ditugaskan untuk jaga Account Receivable (AR) dan Account Payable (AP). Saya tak faham menyeluruh kepentingan pengurusan akaun dalam bisnes. Bila saya sendiri dah terlibat dan buat bisnes, saya kena faham semua benda. Sebab tu kena cari ilmu. Bagaimana nak hire staf pun kami belajar di EFP. Memang buku teks EFP tu kami guna sampai sekarang dan staf pun guna buku tu sebagai rujukan. Buku EFP tu sangat-sangat berguna.” kata Puan Nuriah.
Bagi Tuan Hasbullah pula, hadir ke CAM, beliau belajar bagaimana untuk betulkan kos. Kos adalah blindspot paling bahaya dalam bisnes. Gagal urus kos, bisnes tak akan nampak untung.
“Bila kita sebagai founder ada basic ilmu kos ni, kita dah tahu percentage untuk setiap kos tu, dah membantu untuk kita plan berapa keuntungan kita nak atau berapa lagi kadar penjimatan kos yang kita boleh buat. Bila sebut adab berguru, buku-buku ni kita boleh beli kat mana-mana, tapi bila berguru ni, lain bila guru yang terangkan dan ajar kita. Sama macam baca Al-Quran. Lain bila ada orang yang ajar dan terangkan kita cara yang betul untuk baca Al-Quran.” tambah Tuan Hasbullah.
Betulkan asas bisnes… jaga kos dan duit bisnes, HASNURI kini dah tiada masalah untuk kembangkan team mereka. Daripada asalnya hanya mereka berdua yang ‘run the business’, kini HASNURI dah ada ramai team yang bantu mereka ‘drive the business’.
Asalnya dulu hanya Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah berdua, slowly mereka cari team dan tambah team.
2014 – 2015: Tiada Staf – Hanya Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah
2016: Ada seorang pekerja part time
2017: Ada 3 orang pekerja tetap
2018 – Ada 40 orang pekerja tetap
2019 – Ada 60 orang pekerja tetap
2020 – Ada 100 orang pekerja tetap
Kedua-dua mereka kini adalah merupakan Titanium Premier RichWorks yang dibimbing dan dimentor secara dekat oleh Dr Azizan Osman.
Menurut Puan Nuriah, apa yang mereka buat adalah ‘Trust The Process’.
“Dr Azizan Osman dah susun step untuk bisnes kami grow. Kami just follow dan buat je. Apa yang penting kami tunggu dulu, sabar dan buat step by step. Dr Azizan Osman akan ajar ikut level setiap orang, bukan terus boleh jump nak berjaya. Kami trust dan follow je apa Dr Azizan Osman ajar dan susun untuk HASNURI. Sampai sekarang juga kami respect Tuan Hj Nasrul, macam mana nak handle akaun, cara bayar gaji diri sendiri pun Tuan Hj Nasrul yang ajar macam mana nak tentukan. Dalam bisnes ada proses dia, kena sentiasa upgrade ilmu dan terus belajar.”
Bagi Tuan Hasbullah pula, “Bagi saya, setiap benda yang Allah cipta dalam dunia ni, mesti ada proses dia. Hidup pun ada proses dia. Benda ni kita tak boleh terus jump. Kejayaan Hasnuri pun proses dia tak terus jadi. Buat bisnes sama macam tanam pokok, kena jaga dengan rapi. Lepas saya kenal RichWorks, saya sedar saya tak tahu apa-apa tentang bisnes. Apa saya buat adalah, bila mentor tu dah ada result, kita follow je. apa dia cakap kita ikut je. Dia yang mengajar mesti dia lebih tahu. Apa je assignment yang saya dapat saya akan buat gila-gila, usaha dan buat sampai jadi.”
Terinspirasi dengan cerita Founder HASNURI? Teruskan follow RichWorks untuk dapatkan lebih banyak cerita dan perkongsian dari kami.