
Shah Alam – Tujuan utama ramai orang menjalankan perniagaan adalah untuk memiliki kewangan yang stabil dan menjana lebih banyak duit supaya dapat memberi kesenangan kepada keluarga serta membantu orang sekeliling dengan menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan.
Ramai orang fikir menjalankan perniagaan hanya semudah mendapatkan atau menjana lebih banyak jualan untuk dapatkan keuntungan. Tetapi mereka silap sebenarnya kerana banyak aspek penting yang mereka terlepas pandang dan tidak ambil serius.
“Kegagalan majoriti usahawan bukan kerana mereka tidak mahir buat jualan, tetapi kegagalan mereka adalah kerana tidak tahu kawal kos sehingga perniagaan mereka rugi.” – Tuan Nasrul Hadi.
Semua jenis perniagaan ada banyak ‘blind spot’ yang usahawan tidak nampak dan terlepas pandang. Antaranya adalah tentang kos. Gagal urus kos, gagal tetapkan harga yang betul, end up perniagaan anda akan rugi.
Buat bisnes ada untung tapi tak ada duit. Kenapa? Ramai usahawan tak tahu keuntungan mereka pergi ke mana adalah disebabkan kos. Kos adalah duit dan kegagalan mereka urus dan kawal kos dengan betul menyebabkan aliran tunai syarikat tidak teratur.
Kos paling besar setiap usahawan yang mempunyai premis kena kawal adalah elektrik. Sudah menjadi kebiasaan sikap manusia suka membazir elektrik, tetapi kesan buruk kepada perniagaan adalah perlu menampung kos bil elektrik yang tinggi setiap bulan.
Selain itu juga, usahawan perlu tahu dan faham sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ianya terus menjadi satu kos dalam perniagaan.
Kerana itu Richworks sentiasa mengambil inisiatif untuk bantu ramai usahawan tahu dan sedar apa kesan buruk yang akan berlaku sekiranya mereka tidak urus kos dengan betul. Pada 6 Oktober 2018, telah berlangsung program Pengurusan Kos Perniagaan dan Penetapan Harga Servis/Produk di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam.
Objektif program ini adalah untuk membantu peserta yang hadir tahu dan faham cara pengiraan kos yang betul untuk dapat margin keuntungan yang tinggi serta urus kos perniagaan dengan betul dan simpan duit perniagaan.
Rata-rata peserta yang hadir ke program ini akan dapat pelajari bagaimana mereka dapat:
- Tunjukkan cara sebenar bagaimana nak letakkan harga produk/perkhidmatan.
- Faham bagaimana nak tetapkan margin produk dan servis anda.
- Faham tentang formula 100-35-50-15, iaitu satu formula kira kos dan tetapkan harga.
- Tahu bagaimana cara anda boleh kurangkan kos dengan skill ‘tawar menawar’ dengan pembekal.
- Bagaimana untuk rancang tingkatkan jumlah pembelian pelanggan dengan upsell produk yang ada profit margin lebih besar.
- Bagaimana nak tetapkan GAJI sebagai usahawan
- Jelas mengenai cara-cara untuk uruskan kos-kos operasi seperti Sales & Marketing, Payroll, Overtime dan banyak lagi.
Program ini dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi, C.A.(M) yang merupakan seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Beliau memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.
Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).