Ads

Kata orang nak buat bisnes juta-juta kena ambil masa yang lama.  Mungkin betul bagi orang yang berniaga tanpa ilmu, tapi anak didik Dr Azizan Osman dah buktikan sebaliknya.

Minatnya usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook. Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan dia yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir”, jelas Puan Eriyca.

Tergiang-giang di telinga Puan Eriyca kata-kata MenThornya Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”. Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Puan Eriyca mendorong para pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari.

Puan Eryca bersama beberapa ahli Titanium Premier di ICM Shenzhen yang berlangsung pada 14 hingga 16 Januari 2020

Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan. Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang.

Puan Eriyca Baiduri berkongsikan perjalanan bisnes bersama Dr Azizan Osman

Puan Eriyca Baiduri atau mesra dipanggil Madammu ini turut membantu 3,000 orang ejen dan 120 orang stokisnya untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Puan Eriyca bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM4.2 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017. Akui Puan Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul. 

Masakan tidak, jenama ini lahir pada tahun 2017 dan dah mampu capai jumlah yang besar dan mengagumkan. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Puan Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik dan tenang. Beliau juga berjaya mengawal emosi dengan baik dengan team Noir. Yang paling berharga, pandangannya di dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.

Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini dah terpampang 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia. Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen. 

Dalam masa yang sama, Puan Eriyca tidak lupa usaha sama dari team Noir. Beliau telah berbelanja RM1.2 juta hanya untuk meraikan mereka! Besar sungguh penghargaan beliau kepada teamnya. Tahniah Puan Eriyca, team RichWorks bangga melihat jenama Noir setanding jenama antarabangsa!

Puan Eriyca semakin yakin dengan bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman bisnes beliau akan meningkat dan mencapai sasaran bisnes pada tahun 2020.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>