Ads

Buat bisnes sebab nak ada lebih masa tapi tanpa sedar 24 jam masa digunakan untuk berbisnes! Setiap orang impikan kebebasan adalah hidup mereka dan salah satunya adalah kebebasan masa.

Dalam bisnes, untuk pengurusan masa yang efektif adalah satu elemen yang paling penting. Namun, ia sangat sukar dilakukan walaupun anda telah menetapkan matlamat bisnes dan merancang perkara yang perlu dilakukan. Sebagai anda usahawan, pemilik bisnes atau peniaga yang selalu terkejar-kejar dan tak cukup masa, berikut beberapa tip untuk mendapatkan kebebasan masa anda.

1. Tetapkan Matlamat

Asas pengurusan masa yang baik adalah mengetahui ke mana anda akan pergi dan bagaimana untuk sampai ke sana. Penetapan matlamat boleh membantu anda membuat rancangan untuk membimbing perniagaan ke arah mana yang anda inginkan.

Tidak dinafikan adalah sukar untuk mencapai apa-apa tanpa matlamat yang khusus, realistik dan dalam tempoh masa tertentu. Jangka masa adalah sangat penting apabila ia melibatkan pengurusan masa, produktiviti, dan pencapaian matlamat. Anda juga perlu berusaha untuk mencapai matlamat kecil.

2. Rancang Aktiviti

Pada permulaan mungkin sukar untuk anda lakukannya. Tapi cuba lakukannya berdasarkan matlamat yang anda tetapkan untuk diri anda, dan tugasan yang perlu dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan.

Ini adalah salah satu cara paling berkesan untuk merancang aktiviti bulanan mengikut keperluan masa anda. Gunakan perancangan masa ini sebagai indikator untuk mengukur prestasi bulanan anda, semak maklum balas pekerja, dan mencari peluang perniagaan yang mungkin anda sedang perhatikan.

3. Ketahui Keutamaan

Anda tidak boleh menyelesaikan segala-galanya, setiap hari dalam satu masa. Kebanyakan kita akan sentiasa mempunyai beberapa item tugasan yang tidak selesai. Anda mungkin berfikir untuk membuat senarai tugasan keutamaan, sekurang-kurangnya anda lebih jelas yang mana tugasan yang menjadi keutamaan dan sebaliknya.

4. Bahagikan tugasan

Mungkin sukar untuk anda mempercayai seseorang, tetapi tidak ada salahnya dengan melepaskan beberapa tugasan kepada orang lain. Jika anda mempunyai tugasan yang banyak dan diluar kemampuan untuk menguruskannya, inilah masanya untuk anda belajar mengagihkan kepada orang lain supaya anda lebih fokus.

Bagaimana pun, pastikan itu bukannya tugasan utama anda. Kenal pasti juga sama ada individu itu mampu melakukannya atau sebaliknya, dan pastikan mereka diberi taklimat tentang hasil yang diinginkan.

5. Pilih sistem

Terdapat banyak sistem pengurusan masa dan produktiviti, termasuk perisian tertentu dan aplikasi dalam talian. Tidak semestinya sistem atau pendekatan yang anda gunakan sesuatu yang perlu dibeli, terdapat juga aplikasi atau perisian mudah alih yang percuma.

Ini adalah cara untuk memastikan segala tugasan anda boleh dipantau dan diselesaikan dengan mudah dan tersusun. Pastikan anda meletakkan masa untuk setiap tugasan pada setiap hari supaya tiada apa-apa yang terlepas pandang.

6. Elakkan gangguan (jika boleh)

Sekiranya anda seorang ahli perniagaan solopreneur, perjuangan terbesar yang mungkin anda hadapi adalah kekal produktif sendiri tanpa pasukan yang boleh membantu. Sebagai bos bagi diri dan bisnes sendiri, anda perlu bekerja dengan gigih untuk terus bermotivasi dan mengelakkan gangguan. Paling penting adalah pastikan anda boleh membezakan antara kehidupan kerja dan kehidupan peribadi atau keluarga bagi memastikan anda kekal fokus dan boleh selesaikan tugasan tepat pada masa ditetapkan. Belajar juga untuk pastikan setiap pembahagian hari anda akan membantu anda menguruskan masa anda dan memanfaatkan setiap jam yang berharga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>