Ads

Dah legend dalam bisnes tapi sibuk-sibuk nak belajar lagi? Kalau ‘Bisnes Baru Nak Up’ takpelah, tapi ini kan dah femes? Mungkin ni lah agaknya pandangan orang lain tentang mereka. Tak kisahlah bisnes baru nak up ke, bisnes dah lama up pun kena juga belajar dan tambah ilmu…Sebab apa? Korang baca dan kena belajar sesuatu dari kisah mereka ni.

Kisah yang pertama ni tentang Tuan Wan Mohd Hafizpengarah urusan Noor Arfa yang mengeluarkan produk batik. Kan femes brand dia ni, satu Malaysia hingga ke luar negara dah kenal dan berpusu ke kedai dia nak beli produk batik. Apa yang berlaku di sebalik tu?

Karier Tuan Wan Hafiz bermula bila diberi amanah kedua ibu bapanya untuk merasmikan pembukaan Melaka Batik House pada tahun 2009, kebetulan pula tarikh tu sama ketika isterinya melahirkan anak sulung mereka.

Pendek kata Melaka Batik House juga seperti anak pertama mereka yang perlu jaga dan pelihara. Namun langit tak selalunya cerah… berniaga tanpa ilmu dan gunakan takat apa yang dia tahu je akibatkan bisnesnya gagal.

Banyak sangat cara dia buat untuk pulihkan keadaan bisnes amanah kedua orang tuanya. Dah lantik 3 orang konsultan pun hasilnya sama – tak ada beza pun! Tuan Wan Hafiz jadi semakin buntu, asyik-asyik jumpa jalan mati je…

Sampailah satu hari isterinya ajak pergi ke program RichWorks untuk belajar bisnes dari Dr Azizan Osman. Mula-mula tu dia memang skeptikal, tapi bila dia fikirkan, kalau dah lantik 3 konsultan pun tak jadi apa, apa salahnya cuba cara ni pula…Dia pun redha dan ikutkan je.

Tak sangka pula, dari ‘ikut je’ sampai jadikan Dr Azizan Osman satu-satunya guru dan mentor bisnesnya. Lepas dah belajar banyak perkara dari program RichWorks, Tuan Wan Hafiz dah nampak perubahan dalam bisnesnya yang semakin memulih…

Atas usaha Tuan Wan Hafiz juga, dia dapat selamatkan bisnes keluarganya yang legend daripada terkubur…Pengalaman itu yang mengajar Tuan Wan Hafiz sekarang, jualannya untuk tahun ni je meningkat hingga RM5 juta!

Kisah yang kedua ni pula tentang Puan Siti Khawa Nasuha yang juga mewarisi bisnes keluarga. Mungkin ada yang fikir “oh jadi anak founder ni senang lah hidup”, padahal tak senang pun…

Walaupun Puan Siti Khawa Jannah adalah anak kepada pengasas Rempah Mak Siti, sebenarnya Puan Siti Khawa ni tak ada pengalaman langsung dalam bisnes..

Bayangkanlah, lepas habis belajar je tiba-tiba ‘terjun’ dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnes pula masa tu tak tentu arah, huru hara sebab kes penyelewengan berlaku dalam syarikat. Dahsyat, kan?

Bila dia dan suami fikirkan bisnes ni dah tak boleh pergi jauh dan mula putus asa, mereka terdedah dengan RichWorks yang dah bantu ramai usahawan tingkatkan dan kembangkan bisnes…

Alhamdulillah dengan ilmu dan komitmen hadir ke program RichWorks, Puan Siti Khawa dah berjaya bawa bisnes Rempah Mak Siti lebih jauh dan luaskan pasaran ke seluruh Malaysia dan juga memasuki pasaran Asia. Jualan mereka meningkat hingga lebih RM3 juta pada tahun ni je! Padu..

Kisah yang ketiga ni lagi best sebab dia lain sikit. Tuan Rosli Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Haji Oli ni pengarah kepada Oli Collection. Dia mulakan bisnes jual cadar dan sarung bantal ni sejak tahun 1990 lagi bersama rakan kongsinya…

Walaupun sikit pun tak ada kemahiran dalam bidang jahitan, Tuan Rosli Ismail bersama rakannya beli segulung kain dan sebuah mesin jahit dan cuba hasilkan jahitan sendiri. Jahitannya taklah cantik mana, tapi sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan!

Apa yang Tuan Haji Oli struggle, bila dia nak betulkan strategi syarikat dan bisnes gunakan teknologi yang hari hari makin berubah. Memang susah nak faham, perubahan tu memang susah nak buat pada mulanya… Yelah beb, dah 29 tahun berniaga, takkan tetibe je nak ubah kot?

Tapi, sebabkan dia komited dan berusaha belajar ilmu baru demi tingkatkan dan kembangkan bisnesnya. Hasil usahanya, jualan dari Oli Collection meningkat hingga lebih RM6 juta hingga setakat tahun ni je!

Bisnes-bisnes legend ni dah buktikan tak kiralah bisnes tu dah lama macam mana pun kena juga upgrade ilmu sebab persaingan makin hari makin banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan… Betul betul?

Anda ada tak rakan atau kenalan yang buat bisnes dah lama tapi sampai sekarang masih sama je…Nak kami bantu mereka? PM je team kami atau komenkan di bawah, nak lagi senang layari www.NakUbahHidup.com sebelum harga meningkat pada 1 Ogos ni

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>