
Untung rugi perniagaan wajib direkodkan setiap tahun. Ramai bisnes owner salah faham, kalau bisnes rugi, peniaga tak perlu declare cukai. Sebenarnya rugi ke, untung ke, tetap kena declare cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi anda yang ada perniagaan Enterprise, tahu kan pendapatan perniagaan perlu dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Borang B? Borang B ni apa? Borang B – pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian (Enterprise).
Banyak salah faham yang berlaku di kalangan usahawan tentang Cukai. Punca salah faham ni berlaku adalah sebab kurangnya ilmu tentang Cukai atau tak faham langsung tentang Cukai.
Apa yang kami nak kongsikan adalah tentang 5 Salah Faham Utama Pemilik Perniagaan Enterprise Tentang Cukai.
1/ Bayar Zakat Banyak, Tak Perlu Hantar Borang Cukai
Memang ramai peniaga terutamanya yang beragama Islam lebih sanggup bayar zakat yang banyak dari bayar Cukai. Tapi Cukai dengan zakat tak sama tau.. Ha.. tau tak ni? Zakat wajib untuk umat Islam, tapi Cukai adalah undang-undang dalam negara.
Zakat perniagaan boleh mengurangkan pembayaran cukai, namun anda masih perlu hantar borang taksiran dulu. Tak buat taksiran cukai (tak hantar borang) anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tak kira anda bayar zakat banyak mana pun.
2/ Perniagaan rugi? Tak Perlulah Hantar Borang Cukai
STOP.. Ini SALAH. Rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa. Kena sentiasa ingat perniagaan kita tak kira untung atau rugi anda tetap kena hantar borang (Borang B). Malahan kalau perniagaan rugi, lagiiii la kena hantar. Rugi kalau tak hantar sebab rugi tahun ini boleh ditolak dengan untung masa hadapan. Faham ke?
3/ Saya Berniaga Online Jerr… Tak Perlulah Daftar SSM & LHDN
Perniagaan online atau offline, ia tetap sejenis perniagaan. Semua perniagaan perlu berdaftar. Dropship pun sama. Kalau rajin update status gambar parcel pos laju menggunung dengan caption ‘Stok baru sampai, dah 5,000 orang order!’, memang saja la cari nahas kalau tak laporkan pendapatan tu.
4/ Bila Daftar Dengan LHDN Nanti Kena Bayar Cukai
Selepas berdaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kita bertanggungjawab melaporkan pendapatan perniagaan, lapor je dulu.. belum tentu lagi kita kena bayar cukai. Pengiraan cukai tak sama macam penyata untung rugi kita. Kalau perniagaan rugi, kita tak perlu bayar cukai. Malahan rugi tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.
5/ Semua Belanja Pemilik Perniagaan Boleh Claim
Amboi.. Bukan main lagi ye.. Habis segala perbelanjaan nak ‘claim’ sebagai belanja perniagaan. Beli susu anak, pampers pun nak masuk dalam akaun perniagaan. Ubah suai rumah pun nak masuk akaun perniagaan. Parah sangat ni.. Tak semua perbelanjaan boleh dituntut sebagai belanja yang layak untuk perniagaan. Hanya yang berkaitan secara langsung dalam perniagaan sahaja. Selain daripada itu tidak dibenarkan.
Harap info ni sedikit sebanyak dapat membantu dan di RichWorks sendiri kami sentiasa bantu usahawan yang keliru atau ada masalah berkenaan cukai atau aspek-aspek pematuhan pada undang-undang supaya anda tak berbisnes dengan cara yang salah dan merugikan.
Ps: Tak bayar cukai boleh kena denda sehinga 300% tau.