Ads

“Personal win for me when I can help you achieve. I feel proud bila I am able to tell your story, your results. Bagi I my pride adalah bila you boleh naik. Boleh keep on naik. Bila ada challenge boleh stay well dan keep on naik. Nakhoda yang power adalah yang bila ada cabaran dia masih boleh terus percaya dan berpegang sampai habis. Itu yang boleh define you as a person. Kalau you nak nampak orang tu power atau tak – tengok RESULT dia.” – Kata Dr Azizan Osman kepada pengasas Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed, Founder Eskayvie Sdn Bhd.

Bagi Dr Azizan Osman, hadiah terbaik untuknya ialah bila anak didiknya berjaya dalam bisnes dan boleh tunjukkan results. Dan inilah kisah Puan Kartika.

Puan Kartika pernah kongsikan perasaan bersyukurnya dengan kami kerana hasil bimbingan dari MenThor Dr Azizan Osman telah menyelamatkan bisnesnya yang hampir lumpuh dan tenggelam

Jenama Eskayvie amat dikenali sejak sepuluh tahun lalu dan pernah membuat jualan sehingga mencecah RM60  juta setahun. Dulu, iklan produknya boleh dilihat di majalah-majalah ternama dan menjadi pelopor kepada produk kesihatan keluaran tempatan.

Tapi langit tak selalunya cerah, kewujudan media sosial menyebabkan jualan Eskayvie pada tahun 2014 jatuh mendadak dengan hanya mencapai jualan RM31 juta setahun. Untuk menyedapkan hati, Puan Kartika menyalahkan faktor GST. Tapi apa yang membuatkan beliau semakin risau apabila jualannya pada tahun berikutnya terus juga jatuh mendadak sehingga RM8 juta dan tahun pada 2016 hanya sebanyak RM2 juta setahun.

Tidak tahu di mana silap, beliau buat sahaja apa yang beliau rasa boleh bantu bina semula bisnesnya. Paling menyedihkan, beliau tekad untuk tutup bisnes Eskayvie dan ingin mencuba peluang bisnes yang lain. Beliau juga menggesa staf beliau untuk letak jawatan dan mencari peluang kerja yang lain.

Sebelum ini beliau mampu berikan bonus empat kali setahun kepada staf Eskayvie tapi selama dua tahun zaman kejatuhan bisnesnya beliau tidak mampu pun untuk naikkan gaji staf. Puan Kartika Wati beruntung kerana 12 orang stafnya hingga kini kekal setia dan sama-sama mengharungi segala cabaran untuk bina bisnes lebih berjaya.

Tidak membiarkan Kartika jatuh seorang diri, stafnya menggesa beliau ke Program RichWorks. Awalnya Kartika malu untuk hadir ke program. Ego masih tinggi walaupun bisnes dah jatuh. Mana tidaknya, sudah 10 tahun berbisnes dengan strategi marketing yang gah, tiba-tiba masuk kelas pemasaran sama seperti orang muda yang baru nak mula bisnes.

Pada hari kedua program pertama RichWorks yang beliau hadiri iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), beliau terbakar dengan kisah kejayaan usahawan-usahawan muda yang mampu buat jualan bisnes mencecah jutaan ringgit setahun sedangkan mereka baru bermula dan perniagaan mereka tidak sebesar Eskayvie.

Akibat tekad jadi ahli Titanium untuk bina semula bisnesnya. Komited hadir ke program-program RichWorks, beliau mula bersemangat untuk bangunkan semula bisnesnya. Apa yang menarik, dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) https://marketingmastery.com.my/ Kartika mula sedar bahawa beliau tak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan cara pemasaran yang lama.

Era digital membuatkan beliau mula sedar beliau juga perlu menggunakan Media Sosial dengan aktif sebagai cara untuk memasarkan produk Eskayvie. Dan atas nasihat Dr Azizan Osman, beliau tahu produk apa yang Eskayvie perlu fokuskan dan beri lebih penekanan dan bagaimana dari situ mereka boleh gunakannya untuk mempromosikan produk lain. Selain dari itu, bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman juga membantu beliau meluaskan rangkaian stokis dan ejennya.

Puan Kartika pernah kongsikan perasaan bersyukurnya dengan kami kerana dengan bimbingan dari MenThor Dr Azizan Osman telah menyelamatkan bisnesnya yang hampir lumpuh dan tenggelam dalam perasaan ego dan rasa ‘dah tahu semua benda’.

Hanya selepas 3 tahun berMenthorkan Dr Azizan Osman, syukur Alhamdulillah jualan Eskayvie melonjak naik daripada RM2 juta kepada RM40 juta pada 2018 dan RM46 juta pada 2019. Beliau percaya dengan bimbingan dan kata-kata Dr Azizan Osman iaitu ‘do the best and trust the process’ dan akan terus bersama MenThornya.  

Kisah Puan Kartika adalah satu bukti bahawa walaupun bisnes dah lama, jika Founder tidak mahu upgrade ilmu, satu hari nanti bisnes akan merudum. Apa yang membanggakan kami di RichWorks juga ialah sikap rendah diri beliau yang masih kekal walaupun dan buat jualan lebih RM46 juta setahun.

Salam Kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>