Ads

RichWorks berjaya menjalankan program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 8 hingga 10 November (11 November tambahan untuk Pakej Super Super Supreme) di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Tahniah dan Terima Kasih kepada anda yang memberi komitmen dengan menghadirkan diri ke program MMM yang terbukti dah bantu ramai usahawan capai RM1 juta pertama mereka.

Semoga anda yang hadir dapat mempraktikkan semua ilmu yang telah anda pelajari dari  sepanjang program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan juga Mastermind Group Coaching (MGC). Lebih-lebih lagi anda yang betul-betul nak buat peningkatan yang lebih tinggi dan lebih luar biasa pada tahun 2020 akan datang ni.

MMM kali ni sangat berbeza daripada MMM sebelum ni. Bukan biasa-biasa, “MMM kali ni sangat awesome dan amazing!” kata kebanyakan peserta yang dah hadir tempoh hari. Lebih-lebih lagi yang berniaga, nak tambah kewangan untuk diri dan keluarga ataupun beri lagi banyak manfaat kepada orang ramai.

Dr Azizan Osman ketika di program MMM

Petik dari kata-kata MenThor Dr Azizan Osman, buat bisnes ni macam game, ‘understand the game’. Bila difikirkan balik, memang betul! Lagi tepat untuk orang yang dah ada bisnes, dan nak kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Cuba bayangkan anda main game, mesti ada level yang berbeza. Pada setiap level tu jugalah ada dugaan dan cabaran yang tersendiri. Makin tinggi level, makin mencabar game tu akan bawa anda. Betul tak? Bisnes pun macam tu juga. 

Sebagai seorang usahawan, kena selalu fokus dalam ‘game’ ni. Sekali je hilang fokus, terus tak faham dengan bisnes sendiri. Bahaya kan macam tu? Fokus ni termasuklah dari segi leadership, kembangkan team dengan train dan pilih key leaders sebagai ‘future leader’.

Seramai lebih 3,000 peserta komited untuk menuntut ilmu selama 3 hari program MMM

Bermula dari sekarang, founder atau usahawan seperti anda kena pilih game apa yang anda nak main. Sebab, kita tak mampu berlatih dan main untuk jadi semua benda. Sebab tulah bila nak berkembang anda kena ada lebih ramai orang.

Let’s say anda nak capai RM1 juta pertama atau lebih daripada tu, of course anda kena main game yang berbeza. Bukan apa, nak capai RM1 juta tak sama macam nak capai RM1,000 atau RM10,000. Cuba fikirkan semula, adakah anda nak main game di tahap yang sama atau nak naik level yang lebih tinggi supaya bisnes anda dapat berkembang? Tanya diri sendiri ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>